Tuesday, December 09, 2014

Kahwin kan anak.....bila ekk

Just sharing from a friend

''oh, sebenarnya saya mahu share sesuatu dari lecturer yang saya hormati. dalam kelas tadi, ada seorang sahabat bertanya,
'doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar?'
jawapan doktor sangat menarik bagi saya.
'kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kahwinkan dia terus. lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kahwin tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi'
'why?' soal saya dalam hati. kemudian hati saya jawab kembali, 'yela, tak bersedia la tu'
tapi jawapan doktor cukup berbeza.
'kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga, bangun tidur pun lewat dan saya bagi dia kahwin. what do you expect from her husband? a very good husband? sedang janji Allah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. anak perempuan saya belum cukup baik, saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik'
jawapan yang ringkas, tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri.
saya suka pendekatan Dr Ridhwan.
antara tips lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan doktor pada kami.
'lepas ni bila you all kahwin, ada isteri atau suami, then suami atau isteri you all buat masalah atau sakit. benda pertama yang you all kena buat adalah SOLAT TAUBAT. sebab dosa kita, boleh jadi sebab isteri atau suami atau anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya'
reflecting. it is the concept. sebelum kita nak tuduh orang lain salah, kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana.

No comments: