Friday, April 30, 2010

MARS 2010 dan booklet " Lelaki Pelindung Wanita"




Malam lusa, Ahad 2 hb Mei 2010, jam 8 malam akan berlansung lah acara gilang gemilang MARS 2010 (http://www.raudhatussakinah.com/mars-2010/).

Disamping semua hadirin akan mendapat hadiah cenderamata Booklet “Lelaki Pelindung Wanita” (fresh from the oven) dan majalah-majalah sumbangan Karangkraft, penampilan artis terkenal Aisyah yang telah berubah kepada penampilan yang lebih baik akan menjadi kejutan. Pastikan semua yang hadir mendapat cenderamata masing-masing untuk dibawa pulang.

Bagi mereka yang tidak berpeluang hadir boleh juga mendapatkan buku tersebut yang mempunyai 135 muka surat dengan harga RM13.50. Boleh didapati dari saya atau pejabat Wanita JIM selepas MARS 2010 berlansung

Dibawah ini serba sedikit mengenai penghijrahan Aisyah;

Di saat persediaan terhadap majlis ini menghampiri harinya, pihak pengurusan Raudatus Sakinah (RS) dipertemukan dengan Aishah, seorang penyanyi yang dulunya dikenali sebagai Aishah and The Fan Club. Beliau telah menghijrahkan dirinya dengan belajar mendapatkan serta menghayati ilmu agama melalui kelas2 pengajian. Subhanallah! Seorang yang sangat berusaha mencari dan terus mencari erti Islam yang sebenar.

Pertemuan ini berlangsung setelah beliau mendapat khabar tentang Raudhatus Sakinah dan majlis yang akan berlangsung. Beliau terpanggil untuk bersama dalam program kerana mempunyai prinsip untuk sebarkan syiar Islam dan membimbing anak-anak remaja. Just before this dia baru sahaja menyiapkan album baru tentang doa-doa yang dilagukan untuk menarik kembali masyarakat menghayati Islam.

Sebaik sahaja pihak RS mendapat gambaran sebenar pencariannya, pihak RS menjemput beliau ke Program ABJZ (Anda Bijak Jauhi Zina) Camp di MRSM Tun Ghaffar Baba, Melaka hujung minggu lepas untuk melihat dan mendengar sendiri apa yang RS dan ABJZ sediakan dan persembahkan untuk anak-anak ini. Aishah sangat teruja sebab impaknya dia sendiri terasa dan menangis di salah satu slot yang pihak RS persembahkan. Malah, beliau menyebut tentang jualan album baru doa ini nanti, ada percentage yang akan disumbangkan kpd RS dan ini akan melibatkan MOU insyaAllah. Sebelum pulang dari MRSM, Aishah tanya, "bila Kak Ros akan train saya pulak?" Subhanallah. ....Alhamdulillah ..Kami anggap ini sebagai langkah permulaan untuk kita membawanya bersama kita, InsyaAllah.

Dari titik tolak ini Aisyah akan turut serta menjayakan MARS dengan persembahan doa yang dijadikan nyanyian & lagu.

Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Pusat (JKP) JIM telah menerima beberapa pertanyaan tentang tentang pendirian JIM dalam hal ini.

Setelah berunding dengan para penasihat Fiqh yang faqih dalam perkara ini dan berbincang bersama JKP, kami mengambil pendirian bahawa adalah harus untuk Aisyah turut menjayakan MARS dengan persembahan nyanyian nya itu.

Berikut adalah sandaran kepada pandangan ini:

1. Penampilan Aisyah nanti adalah bersopan, menutup aurat dan tidak ada aksi keterlaluan di atas pentas.

2. Lagu-lagu yang akan disampaikan mengandungi isi-isi bersifat nasihat dan kebaikan.

3. Suara wanita adalah aurat. Terdapat khilaf ulama' dalam hal ini. Untuk MARS, JIM mengambil pandangan yang lebih ringan bersesuaian dengan objektif majlis dan untuk tujuan dakwah 'ammah.

4. Aisyah telah menunjukkan tanda-tanda positif untuk menghayati Islam dan ingin sama-sama terlibat dalam program JIM. Kita ingin mengambil kesempatan ini untuk meraikan hasrat beliau itu.

Terdapat banyak pandangan berkaitan perkara ini dan JIM mengambil pandangan yang paling menguntungkan dakwah dan Islam buat masa ini. Maka pendirian JIM dalam isu seperti ini akan ditangani secara case by case. JIM mengambil pendirian ini hanya untuk majlis kali ini. Maklumbalas lanjut amat dihargai untuk JIM menilai pendirian ini dari masa ke semasa untuk majlis-majlis lain di masa hadapan.

Walaupun JKP mengambil pendirian begini untuk majlis ini, pihak JKP ingin mengingatkan terutama kepada semua yang terlibat dengan MARS agar berhati-hati dan menjaga adab dan tingkah laku kerana keharusan ini tidak menghalang untuk timbulnya fitnah-fitnah lain

Mari kita sama-sama berusaha dan mendoakan MARS akan berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

Teruskan amalan baca surah al kahfi dipagi jumaat

Pagi ini hampir terlupa membaca surah al kahfi, amalan yang amat disukai oleh Rasulullah;
Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Sunday, April 25, 2010

ketika tangan dan kaki berbicara

ayah dan ibu

Surat Seorang Ibu

Lagu untuk emak

Rindu dan Terkenang emak

Tiba tiba hari ini aku teringatkan emak ku sayang dan terbayang wajahnya yang redup, terkenangkan pengorbanan yang tidak pernah minta dibalas dan kasih sayang emak yang tidak ada sebarang syarat.........................


ohhhh HARI ibu sudah semakin hampir!



Monday, April 19, 2010

Antara Sofa,Marwah & Quantum Ikhlas….




Ir Endok Sempo binti M Tahir


(Tulisan mama ini telah keluar dalam Majalah Perspektif, mama tak pasti tarikhnya)



Mama ingin bercerita tentang ibadah sa’i. Mama suka bercerita mengenainya walaupun musim haji masih jauh! Walaupun masa Mama melakukan ibadah sa’i telah berlalu hampir 20 tahun yang lalu, namun ingatan terhadapnya masih segar terutama apabila menjalani kehidupan yang serba mencabar. Apabila kehidupan semakin payah, ekonomi dunia yang semakin merudum, Mama rasakan aura ibadah sa’i memberikan suntikan semangat dan motivasi bagi Mama untuk terus melangkah.


Mama pegang kuat kuat kata kata emak Mama: “….Keadaan hidup kita dari muda hingga dewasa saling berganti, ada masa susah ada masa senang. Apabila kita susah, kita redha, kita berusaha kuat dan bersabar. Setelah kita senang kita bersyukur dan bersedekah. Apabila kita makmur hulurkan untuk kebahagian orang lain. Apabila kita kaya bantulah orang yang memerlukan.


Dalam kehidupan ini apabila kita susah, kita boleh berusaha lagi, jika kita silap kita masih berpeluang membetulkan keadaan, kita masih boleh melakukan sesuatu. Tetapi awas di akhirat nanti tidak boleh pandang kebelakang, tidak ada U –turn, there is no turning back, kita terus menghadapi Hakim Rabbul Jalil, kita kena menjawab di depannya samada kita senang atau pun susah, samada kita bersedia atau pun tidak….”


Sa’i ini merupakan rukun dalam Ibadah haji yang bermula dari sejarah isteri Nabi Ibrahim Siti Hajar, ibu Nabi Ismail. Namun diluar dari lingkaran Mekah dan musim haji ia adalah metafora kehidupan seorang pejuang yang tidak kenal erti putus asa.



Sa’i ialah perbuatan (ibadah) berlari-lari anak ulang alik sebanyak 7 kali dari bukit Sofa ke bukit Marwah…



Bayangkan bagaimana Siti Hajar yang bersendirian dengan anak kecil, berada di tengah padang pasir di tanah Arab yang tandus? Ia bingung kerana anaknya (Nabi Ismail) menangis kehausan, sedangkan susunya telah kering. Iapun berlari antara bukit Sofa dan bukit Marwah, mencari air demi anaknya yang kehausan, dia terus berlari…



Menuju puncak Sofa, dia tidak menemui air disana, diapun berlari turun menuju bukit Marwah, dengan harapan mencari air . Dia tidak menemui air yang dicari disitu..



Tanpa putus asa, ia berlari menuruni bukit Marwah dan menaiki bukit Sofa lagi, mencari air disitu atau mungkin mengharapkan seseorang boleh memberikan ia air. Namun dia masih tidak menemui apa-apa pun. Ia menuruni bukit dan dia terus berlari menaiki bukit, mencari air, dia tidak menemuinya, dia menuruni bukit, menyusuri padang pasir yang tandus, menaiki bukit, mencari, tidak menemui air lagi, dia turun semula. Demikianlah dia berulang alik turun naik bukit sofa dan marwah sehinggalah tujuh kali.



Akhirnya, Allah memberikan apa yang ia cari..



Tiba-tiba air segar zam zam memancut dari dalam tanah. Air pancutan ini mampu menghilangkan dahaga bayi kecil Ismail yang sedang dahaga ..



Dari manakah munculnya air tersebut? Bukan di bukit Sofa, bukan di bukit Marwah, bukan pula di antara keduanya….



Tapi dari bawah tapak kaki kecil Nabi Ismail yang memukul-memukul kan tumit kerdilnya yang lembut di atas pasir-pasir yang gersang dan panas membakar. Pancutan air itu dari satu tempat yang tidak terfikir pun adanya air. Tempat yang dianggap paling tidak mungkin ada air oleh Siti Hajar. Air itu dari arah yang tidak diduga-duga.



Itulah kehidupan. Itulah ketidak pastian yang ada dalam hidup ini. Namun ia satu keindahan yang hanya dapat dirasakan oleh hati yang pasrah terhadap keajaiban ilahi dalam zone ‘quantum ikhlas’. Ada banyak pelajaran keindahan kita boleh ambil dari kejadian tersebut.



Ketika kita terlalu inginkan sesuatu, biasanya kita akan bekerja kuat separuh mati dengan cara terbaik yang terfikirkan. Kita cari jalan yang paling munasabah, penuh kemungkinkan untuk mencapai keinginan tersebut.



Namun ada yang berjaya dan ada juga yang gagal.



Apabila kita gagal, kita sedih, kita kecewa, kadangkala kita putus asa. Kita takut untuk mencuba kerana kita rasa akan gagal lagi, sekaligus kita pun yakin kita dah gagal. Kita memang menganggapnya gagal.



Namun pernah kah kita terfikir secara rasinonal. Pernahkah terdetik dalam hati, pernahkah hati kita berbisik dan dikala itu nurani kita mula mencari makna. Kita perhatikan lebih saeksama, sesungguhnya ada hikmah dalam kegagalan itu. Mesti ada makna tersirat maka Allah tidak mengabulkan keinginan kita itu. Sebaliknya Allah sebenarnya telah memberikan perkara yang lebih baik, tapi bukan dari tempat dimana kita berusaha, tapi dari suatu tempat yang tidak pernah kita duga.



Dalam kehidupan Mama terutama dalam dunia perniagaan, Mama selalu sangat mengalami pengalaman sebegini. Mama acapkali gagal memenangi tender atau ‘project proposal’ yang Mama cadangkan tidak diterima kerana masalah yang remeh temeh, walhal Mama telah melakukannya sebaik mungkin.



Satu ketika beberapa tahun yang lalu, Mama dan kakitangan syarikat menyediakan sebutharga bagi satu tender untuk kerja-kerja pemasangan elektrikal dan mekanikal untuk satu kampus pusat latihan kemahiran di Daerah M (nama tempat ini bukan nama sebenar). Kami tidak tahu ini tender keberapa dalam bulan itu kami gagal utnuk mendapatkannya. Namun kali ini kami diberi harapan yang tinggi bahwa syarikat boleh dapat kerja kerja ini jika harga sesuai dengan kemampuan. Harga yang wajar dan syarikat mampu menyediakan kakitangan untuk menyiapkan kerja kerja dalam masa yang telah ditetapkan. Mama menghubungi, menelepon dan menghantar faksimili kepada beberapa ‘pembekal’ untuk memberikan sebutharga terbaik, Mama negotiate dan buat ‘costing’, Mama kira balik Mama review semula, Mama bandingkan dengan harga bagi projek projek yang pernah kami siapkan. Mama menyediakan time line menggunakan ‘microsoft project’. Lebih seminggu Mama tidur dan bangun dengan puluhan helai ‘tender drawings’ yang semakin lenyai, Mama ubahsuai BQ (Bill of quantity) entah keberapa kali apabila harga kabel (dan accessori lain) tidak menentu kerana harga Copper di pasaran dunia yang turun naik. Demikian juga dengan harga bahan binaan yang terjejas. Akhirnya kami masuk tender bagi kerja kerja elektrik dengan sebutharga RM4 juta bagi projek pembinaan kampus yang harga keseluruhan bernilai RM30 juta.



Apabila jawatankuasa penilai tender mengumumkan petender yang menang, syarikat kami kecundang. Kami mendapat nombor 5 terendah dari 10 kontraktor elektrik memasuki tender.




Syarikat yang menang tender berada pada tangga ke empat(4) terendah dengan harga RM3.95 juta. Mama lemah longlai, tidak bermaya. Mama mengambil cuti beberapa hari untuk mengumpul kembali semangat yang telah hilang. Mama tidur siang dan malam untuk menebus malam malam yang hilang semasa mengemaskini dan menyediakan tender dokumen yang berjilid-jilid dan masing-masing 4 inci tebalnya.



Beberapa minggu kemudian seorang kawan lama suami Mama (sdra R) menelefon beriya iya benar untuk bertemu dan bersembang dan sekaligus sembang mengenai Islam dan permasalahan ekonomi negara. Agenda terakhir dalam sembang itu, R menawarkan kerja yang sama profilenya di kampus lain daerah J. Syarikatnya telah menang satu tender kerja-kerja pemasangan elektrikal dan mekanikal tetapi dia sedang mencari sub kontraktor untuk kerja-kerja elektrikal sahaja. Katanya harga kos bagi kerja elektrik ialah RM7.9 dari keseluruhan harga pembinaan projek sebesar RM85 juta.



Dengan separuh hati, mungkin kerana masih penat bercampur dengan sedikit keterputus asaan, kami kata kami setakat ingin mencuba untuk memberi sebutharga. Kami semak drawings, mengira costing dan mengisi BQ kemudian kami hantar dokumen sebutharga itu 3 hari kemudian. Harga yang kami berikan ialah RM7.5 juta. Esoknya R telefon, minta kami datang untuk pembentangan verifikasi projek dan harga. Selepas itu bincang untuk tandatangani perjanjian setuju terima tender. Seminggu selepas itu lawatan tapak projek sekaligus upacara serah tapak (site acquisition) kerana kontrakor utama telah hampir siap kerja- kerja ‘piling’ dan orang elektik kena masuk tapak untuk kerja kerja pemasangan ‘pipings’ di underground beam.





Mama sehingga kini menganggap itu bukan hasil dari kerja keras kami. Kami tidak berusaha sekuat tenaga seperti apa yang kami curahkan bagi tender yang dibuat untuk kampus di daerah M tadi. Logiknya memang kami tidak dapat tender itu, Kerana tenaga yang dihabiskan sangat minimal. R menelepon suami Mama di pejabat untuk urusan lain. Kami kerja atau tidak kerja, R tentu menelepon pejabat. R juga boleh menelefon syarikat lain yang membuat kerja kerja yang sama. R malah sebuah syarikat yang besar sudah tentu mengenali subkontraktor lain dalam senarainya. Hanya mungkin secara kebetulan dia teringat kawan lamanya.



Tapi, tidak ada yang kebetulan. Allah telah takdirkan begitu bukan?



Memang mungkin Allah mengatur segala nya agar R menelefon tepat dikala kami sedang berada di pejabat, sedang mengumpul kudrat dan semangat, sedang tiada apa apa lagi kerja kerja pejabat yang outstanding. Kami memang sangat ’free’ untuk melayan kawan bersembang.




Kerana kalau lah R datang sewaktu kami sedang berperang menyiapkan urusan tender yang perlu mematuhi deadline, mana mungkin kami punya masa untuk melayan R bersembang?



Kerana Allah telah melihat usaha kami pergi dan balik, telefon dan fax, pergi ke hulu ke hilir, bincang dan negotiate, delete, copy and paste BQ, kami kerjakan puluhan tender dokumen tanpa rehat, kerja non stop beberapa hari, tidak tidur beberapa malam.



Allah melihat kami “berlari dari Sofa dan marwah”, maka dikirimkankah “air zam zam” dari tempat yang tidak terduga.



Apabila kita perhatikan, kita biarkan hati kita merasa dan nurani kita melihat, banyak hal-hal yang kita perolehi sebenarnya merupakan jawapan dari usaha kita. Hanya mungkin kita sering menganggapnya itu kebetulan sahaja.




Kita sering mengucapkannya “Aduhai Mama sudah berusaha setengah mati tapi gagal semuanya, nasib baik waktu itu ada ….. “



Namun sebenarnya “nasib baik waktu itu…” sebenarnya adalah jawapan Alalh atas usaha kita, bukan sekadar kebetulan…

Kalau kita tidak pernah berusaha, tidak pernah tunggang terbalik, malas atau enggan ke hulu kehillir, tidak pernah lari dari Sofa dan marwaf, kalimat “nasib baik waktu itu…” tidak akan pernah terucapkan oleh bibir kita kerana air zam-zam itu tidak keluar…



Begitulah manusia, kita seringkali menganggap gagal ketika kita tidak berjaya mendapatkan hasil dari jalan yang kita inginkan. Sedangkan Allah memberikan kepada kita melalui jalan lain.




Jalan dan laluan yang seolah-olah tidak ada hubungan dengan usaha kita, tapi sebenarnya terjadi kerana Allah telah melihat usaha kita… dan ini bukan kebetulan…

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya:
“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". Al Baqarah ayat 286.



Jika Siti Hajar berfikir air zam-zam itu keluar hanya kebetulan dan berkata “jika lah aku tahu air zamzam ada disini ie ditapak kaki Ismail begini, lebih baik aku diam sahaja, tidak perlu bersusah payah berlari-lari dari Sofa ke Marwah, tunggu sahaja air terpancut dari perut bumi?...jika beginilah keadaanya, dimanakah sisi semangat juangnya?



Atau sebaliknya jika Siti Hajar jenis wanita yang ‘ambitious’, dia akan tetap dan terus berlari dari Sofa marwah, kerana dia terlalu yakin bahawa air itu ada di antara dua bukit itu. Air yang muncul dari kaki Ismail hanyalah kebetulan semata-mata. Air itu tetap tidak muncul antara dua lembah itu dan dia tidak menemui air di jalan yang dia inginkan, akhirnya dia menganggap Allah tidak mengkabulkan doanya. Allah tidak menilai hasil usahanya dan Allah tidak melihat ikhitiarnya yang begitu memenatkan.



Oleh itu kita tidak sekali kali boleh menyerah kalah dalam sebarang usaha usaha kita. Kita teruslah berikhtiar, teruslah berlari dari Sofa dan marwah, setelah itu tawakal dan hadirkan Allah dalam hati kita.




..." kerana sesunguhnya Allah tidak pernah berjanji bahwa kehidupan ini senang dan mudah tetapi Allah berjanji akan sentiasa bersama kita di setiap langkah kita....."



Serahkan hasilnya pada Allah. Biarlah Allah yang menentukan bagaimana Dia menjawab permintaaan kita dan dari punca mana Dia mengabulkan doa dan ikhtiar kita. Allah pasti akan memberi yang terbaik buat kita, bagi hambaNya yang telah berikhtiar semampu tenaganya dan menghadirkan Allah dalam setiap geraklangkah usahanya.



Mama tertarik dengan teori ” Quantum Ikhlas” dari buku yang Mama beli dari seorang sahabat lama yang pulang dari Jakarta baru-baru ini. Teori ” Quantum Ikhlas” ialah satu proses tranformasi kuantum di bidang pengembangan potensi diri. Satu proses yang meruntun kita meninggalkan zaman dominasi otak (positive thinking) untuk memasuki era kolaborasi hati (positive feeling) . Melalui quantum ikhlas ini kita menyempurnakan proses kecemerlangan individu maupun kegemilangan korporat dari kaedah ” Goal Setting” yang memberatkan kepala menuju era ”Goal praying” yang lebih menyejukkan hati.



Proses potitive thinking dan goal setting biasanya hanya mengutamakan kekuatan diri sendiri yang berupa ’force’ untuk meraih kejayaan yang mendatang. Sedangkan ’positive feeling’ dan ’goal praying’ justru secara integratif mengutamakan kekuatan diri dan kuasa Allah yang menghasilkan power untuk menciptakan kejayaan mulai saat ini juga. Ikhlas tercipta hasil dari ketrampilan penyerahan diri secara total kepada AlLah untuk meraih puncak kejayaan di dunia dan kebahagian hakiki di akhirat.



Percayalah, setiap kejayaan itu bukan kebetulan, tapi itu adalah taqdir Ilahi dan jawapan Allah di atas doa dan usaha kerja keras kita yang kadangkala datang dari punca yang tidak kita ketahui dan kita tidak duga samasekali. Kita teruskan metafora berlari dari Sofa ke Marwah untuk mendapat pancutan zam zam penyejuk kehidupan...

Wednesday, April 07, 2010

Hari ini lebih baik dari hari semalam...

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Oleh itu jom kita semak balik borang mutabaah harian kita....

solat fardu kita on time kah? kalau ya 'on time' berapa kali?
solat kita berjamaaah ke? kalau ya berapa kali?
kita berzikir kah selepas solat? berapa bakul zikir kita?
solat tahajjud kah kita malam tadi? ada sempat witirkah?
solat sunnah qabliyah kah kita?
solat sunat ba'diyah kah kita?
solat dhuha kah kita?
puasa sunnat kah kita isnin lepas? kalau miss kita nka top up kan khamis esok?
ada bersedekah kah semalam? walau seringgit? atau paling kurang kita tersenyum kah kepada saudara kita?
kita maafkan kah kesalahan dan kelemahan sahabat kita atau orang yg tersayang ?
Berapa ayat al quran kita baca hari ini? kalau semalma satu 'ain, hari ini boleh dapat dua(2) 'ain ke?
ada buku baru yang menarik ntuk dibaca hari ini?
Sila thick (/) kan borang mutbaah harian kita semua....
Berdoalah kepaad ALlah agar kita sentiasa cemerlang disisiNYa

Tuesday, April 06, 2010

Generasi yang akan kita jana, ia pasti akan berulang!

Menurut riwayatnya, perisitiwa itu berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a.

Dua orang anak muda datang mengadap Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. di majlisnya. Kedua-duanya memimpin seorang lelaki yang tidak dikenali dari sebuah kampung yang jauh. Setelah lelaki itu di hadapkan kepada Umar, beliau berkata:

- Apa maksud semua ini?Kedua-dua pemuda itu menjawab:

- Wahai Amirul Mukminin, lelaki ini telah membunuh ayah kami!Sayyidina Umar mengajukan soalannya kepada lelaki itu:

- Benarkah kamu telah membunuh ayah mereka?Dengan tegas lelaki itu menjawab:

- Ya! Saya telah membunuhnya!Umar bertanya lagi:

- Bagaimana kamu membunuhnya?- Dia telah memasuki tanah saya dengan untanya. Saya menegahnya tetapi dia tidak menghiraukan tegahan saya. Lalu saya baling seketul batu ke arahnya. Batu itu terkena kepalanya, diapun mati.Lantas Umar menjatuhkan hukuman :

- Qisas!Hukuman bunuh balas! Tidak perlu dipersoal dan diberdebatkan. Umar tidak bertanya tentang keluarga lelaki ini, adakah dia daripada qabilah yang mulia, atau dia berasal daripada keluarga yang perkasa? Umar juga tidak bertanya tentang status atau kedudukannya di dalam masyarakat. Semua itu tidak penting bagi Umar r.a. Dia tidak memihak kepada sesiapapun dalam melaksanakan agama Allah dan tidak bermuka-muka dengan sesiapapun sekiranya boleh menjejaskan Syariat Allah. Seandainya anaknya sendiri membunuh, tetap akan dikenakan hukuman qisas.

Setelah hukuman yang tegas dijatuhkan, lelaki itu bersuara:

- Wahai Amirul Mukminin! Saya memohon kepadamu dengan Nama Tuhan, yang dengan-Nya berdiri langit dan bumi, agar membenarkan saya pulang satu malam untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak saya di desa yang jauh. Saya akan memberitahu mereka bahawa tuan telah menjatuhi hukuman bunuh ke atas saya. Selepas itu saya akan kembali mengadap tuan. Demi Allah, tidak ada siapa yang melindungi mereka kecuali Allah, kemudian saya.Umar bertanya lelaki itu:

- Siapa yang akan menjamin kamu pulang ke desa kemudian datang semula mengadap saya?Semua yang ada diam membisu. Tidak ada siapapun di kalangan mereka yang mengenalinya. Mereka tidak tahu siapa namanya, di mana khemahnya, di mana rumah kediamannya, apa qabilahnya dan di mana kampungnya? Bagaimana mereka akan menjaminnya? Jaminan bukan dengan membayar ganti rugi 10 dinar,

atau sekeping tanah, atau seekor unta! Tetapi jaminan untuk diserahkan tengkuk agar disembelih dengan pedang!

Dan siapa yang berani menentang Umar dalam melaksanakan Syariat Allah? Siapa yang berani masuk campur meminta lelaki itu dibebaskan atau diberi keizinan untuk pulang tanpa sebarang jaminan?

Sahabat terus menyepi. Umar kebingungan, tersepit antara dua kemungkinan. Jika dia terus melaksanakankan hukum Allah dengan membunuh lelaki yang mengaku membunuh ini, anak-anak

yang tinggal mungkin akan mati kelaparan. Jika dia membiarkan lelaki ini pulang tanpa penjamin, kemungkinan dia lari, maka sia-sialah darah yang telah ditumpahkannya tanpa mendapat pembelaan.

Sahabat masih membisu. Umar r.a. menundukkan kepalanya mencari jalan penyelesaian. Kemudian dia berpaling kepada dua orang pemuda yang mengheret lelaki itu:

- Sudikakah kamu memaafkan dia?- Tidak! Orang yang telah membunuh ayah kami, mesti dibunuh wahai Amirul Mukminin!Jawab dua orang anak muda itu dengan tegas.

Umar bertanya semua yang hadir:

- Siapa yang sanggup menjamin lelaki ini, wahai sekelian manusia?Maka bangkitlah Abu Dzar al-Ghifari

dengan ubannya, zuhudnya dan kejujurannya seraya berkata:

- Wahai Amirul Mukminin, sayalah penjaminnya!Umar mencari kepastian:

- Dia telah membunuh!Abu Dzar menjawab dengan penuh yakin akan keputusannya:

- Walaupun dia telah membunuh!Umar bertanya lagi:

- Adakah kamu mengenalinya?- Tidak! Saya tidak pernah mengenalinya.- Apa yang menyebabkan kamu sanggup menjaminnya?- Aku melihat pada wajahnya tanda-tanda orang beriman. Maka aku tahu bahawa dia tidak akan berdusta. Dan dia akan datang kembali insyaAllah.Umar mengingatkan:

- Wahai Abu Dzar, adakah kamu sangka, jika dia lewat lebih daripada tiga hari aku akan melapaskan kamu begitu saja?Abu Dzar menjawab dengan tenang:

- Allahlah Penolong wahai Amirul Mukminin…Dengan itu, Umar memberi masa tiga hari tiga malam kepada lelaki itu untuk menyiapkan dirinya, mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya dan membuat persiapan yang perlu untuk mereka hadapi selepas kematiannya. Selepas tiga hari, dia hendaklah datang kembali untuk dilaksanakan hukuman bunuh balas kerana dia telah membunuh.

Genap tiga hari, ketika muslimin diseru untuk menunaikan solat Asar, dua orang pemuda yang telah kehilangan ayah itu datang, ramai manusia berkumpul, Abu Dzar pastinya ada bersama. Selesai solat, Umar menoleh kepada Abu Dzar lalu bertanya:

- Mana lelaki itu?Abu Dzar menjawab:

- Saya tidak tahu wahai Amirul Mukminin.Dia mendongak ke arah matahari. Nampak seolah-olah matahari itu bergerak lebih laju daripada biasa. Semua sahabat diam membatu, resah menunggu sesuatu yang tidak diketahui akan berlaku melainkan Allah.

Dan beberapa detik sebelum matahari berlabuh, terhurailah segala kekusutan, terjawablah segala persoalan. Lelaki yang dinanti-nantikan itu muncul

mengadap khalifah yang adil. Melihat lelaki itu, Umar bertakbir dan kaum muslimin ikut takbir bersama-sama. Umar berkata:

- Wahai lelaki, jika kamu mendiamkan diri di kampungmu, kami tidak akan dapat menjejakimu dan tidak tahupun di mana tempat tinggalmu!Lelaki itu menjawab:

- Wahai Amirul Mukminin, demi Allah! Saya tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap tuan. Tetapi tanggungjawab saya adalah terhadap Dia yang mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. Inilah saya wahai Amirul Mukminin. Saya tinggalkan anak-anak saya seperti anak burung, tiada air, tiada pokok di desaku. Namun saya datang untuk dibunuh. Saya takut jika saya tidak datang nanti akan dikatakan bahawa kesetiaan pada janji telah tiada lagi di kalangan manusia.Maka Umar bertanya kepada Abu Dzar r.a.:

- Kenapa kamu menjaminnya wahai Abu Dzar?- Aku takut nanti akan dikatakan tiada lagi kebaikan di kalangan manusia.Umar r.a.

bangkit dan bertanya kedua-dua pemuda:

- Apa yang kamu lihat wahai orang muda?Kedua-duanya menjawab serentak sambil menangis:

- Kami maafkan dia wahai Amirul Mukminin kerana kejujurannya. Kami juga takut nanti orang akan berkata tiada lagi kemaafan di kalangan manusia!Kata-kata dua anak muda itu disambut dengan takbir oleh Umar sedang air mata bercucuran membasahi janggutnya.

‫‏‬‫جزاكما الله خيراً‬ wahai pemuda di atas kemaafanmu‫وجزاك الله خيراً‬ wahai Abu Dzar kerana melepaskan lelaki itu dari kesulitannya‫وجزاك الله خيراً‬ wahai lelaki kerana kejujuranmu dan kesetiaanmu pada janji‫وجزاك الله خيراً‬ wahai Amirul Mukminin kerana keadilanmu dan sifat kasihan belasmu.Seorang ahli Hadis mengulas: Sesungguhnya kebahagiaan iman dan Islam telah terkubur bersama kain kafan Umar!

Monday, April 05, 2010

Silent Sunlight


Silent sunlight welcome in, there is work I must now begin
All my dreams have blown away
And the children wait to play
They'll soon remember things to do
When the heart is young and the night is done and the sky is blue

Morning song bird sail away
Lend a tune to another day
Bring your wings and choose a roof
Sing a song of love and truth

We'll soon remember if you do
When all things were tall
And our friends were small
And the world was new

Sleepy horses heave away
Put your backs to the golden hay
Don't ever look behind at the work you've done
For your work has just begun

Ther'll be the evening in the end
But till that time arrives
You can rest your eyes
And begin again

La ilaha illallah
Silent sunlight
La ilaha illallah
Morning sun
La ilaha illallah
Silent sunlight welcome in.

Saturday, April 03, 2010

Ukhuwah yang kadangkala 'is taken for granted'

Malam tadi majlis doa selamat diadakan dirumah mama. Terasa lama sunguh mama tidak buat majlis yang menghimpunkan keluarga mama dan keluarga papa disekitar KL.

Alhamdulillah ramai yang datang. Anak anak mama ada semuanya kecuali K Yong.

Dari sebelah papa, Andak, Mak Mah & keluarganya, Oteh & keluarga, Ucu dengan keluarganya dan Jihah sebagai wakil Pak Lang.

Dari sebelah mama,Mcik Icah & anak2nya, P'cik Udin & kelaurga, M'cik Diayana & keluarga,Syafie wakil P'long Dalik.

Ada kesayuan dalam hati mama sebab Aalaa' (yang tidak pernah meninggalkan mama dan rumah sejauh itu) akan bermusafir ke Melbourne. Kita semua solat Isya Berjamaaah, membaca yasin, doa selamat bersama-sama. Kita semua berbual, berbincang dan bergurau mesra sehinggalah hampir 12 malam.

.....so memang perlu kita jumpa jumpaan selalu agar kehangatan ukhuwwah terus di belai dan sentiasa hangat!

Kita sibuk beraktiviti, kaum keluarga dan sahabat sahabat kita sibuk memperbaiki taraf kehidupan masing, tidak kurang juga ramai yang terjun ke medan medan amal dakwah dan kebajikan.Kita jadi engrossed dengan urusan masing masing.

Oleh kerana kesibukkan kita kadangkala menjadikan kita 'take for granted' makna ukhuwwah dalam tindakan sehari hari kita, kadangkala ukhuwwah itu hanya di bibir atau setakat 'hugs and kisses' tanpa roh, tanpa perasaan. Tidak terasa 'kehangatan' nya. Tidak terkesan kepasanasannya.

Kadangkala kita merasakan hanya kita sahaja yang paling banyak amal sehingga kita tidak dapat 'appreciate' pengorbanan sahabat kita.

Kita kadangkala sentiasa berjaya dalam hidup kita sehingga kita tidak dapat 'empathy' sahabat sabahat kita yang gawat dalam hidup, jatuh bangun dalama usaha niaga.

Kita merasa bahagia hidup dengan keluarga kita sehingga kita lupa ada disana sahabat yang kesunyian,merasa tersisih, bersendirian menggeluti kehidupan.

Asy-Syahid Hasan al-Banna telah menjadikan ukhuwwah sebagai satu daripada rukun bai'ah.

"Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Ukhuwwah (Persaudaraan) itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah".

Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

"Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya." Al Quran (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama daripada dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain." (Al-Taubah: 71)

Mam nka kongsi satu kisah benar yang menarik dan amat menjentik elusi buat semarakkan motivasi:

Ceritanya begini:

Ada sebuah keluarga duaat yang telah membina mahligai bahagia selama 12 tahun. Sayangnya mereka belum dikurniakan zuriat. Sang isteri memahami bahawa suami nya sangat inginkan anak. Lalu dengan penuh redha dia mencadangkan agar suaminya berkahwin seorang lagi. Cadangan yang ikhlas itu ditolak oleh suami yang sangat empathy. Dia tidak sanggup menduakan isteri nya yang setia lagi dicintai itu.

Akhirnya mereka membuat keputusan bersama untuk menjadikan rumah mereka dan diri mereka wakaf kepada amal dakwah. Mereka menjadikan diri mereka sebagai ibu bapa kepada pemuda pemudi yang dahagakan bimbingan ilmu Islam. Pasangan ini mahu melahirkan 'jundullah' dan jundullah inilah anak anak mereka berdua.

Hari-hari dalam hidup mereka penuh dengan aktiviti dakwah. Rumah mereka menjadi tempat berkumpulnya pemuda pemudi Islam untuk pelbagai program qiyam, daurah, katibah, usrah dan lain-lain. Hampir setiap hari sang isteri sibuk menyediakan keperluan tetamu, menyiapkan makanan dan sebagainya.

Dalam satu program katibah, ketika sang isteri sibuk memasak di dapur dibantu oleh beberapa orang anak anak angkatnya, sang suami pula sibuk dengan tugasnya melengkapkan persiapan yang perlu. Salah seorang peserta katibah mencadangkan:

"Ikhwan yang mulia, kita semua tahu betapa ikhlasnya ahli rumah ini meng'infaq'kan hidupnya untuk jamaah. Dan kita juga tahu mereka belum dikurnikan zuriat walaupun sudah berkahwin lebih 12 tahun. Hari ini, marilah kita sama-sama bermunajat memohon doa agar Allah kurniakan zuriat kepada mereka berdua. Kita ambil peluang waktu berbuka, waktu qiam dan waktu-waktu yang mustajab tanpa pengetahuannya".

Semua yang hadir bersetuju dengan cadangan itu. Semua mereka bermunajat dan berdoa seikhlasnya agar ibu bapa angkat mereka dikurniakan zuriat yang soleh.

Beberapa minggu yang berikutnya sang isteri merasa sesuatu perubahan pada dirinya. Dia mengajak suaminya ke klinik untuk pemeriksaan. Alangkah terperanjatnya dan syukurnya mereka apabila doktor mengesahkan bahwa sang isteri telah hamil!

Demikian hebatnya kuasa doa yang ikhlas dari saudara fillah.

Marilah sama-sama kita memperkemaskan tali persaudaraan kita dan memperdalamkan rasa kasih sayang sesama kita dengan menghayati sekurang-kurangnya tuntutan minimum dalam berukhuwwah, iaitu berlapang dada dan berbaik sangka serta amalkan memberi hadiah. Hadiah paling mudah tapi besar nilainya ialah manis muka dan kalimah tayyibah.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

Marilah kita bacakan doa rabitah ini untuk semua sahabat sahabat dan 'bayangkan wajah' mereka masing.....


Ya Allah!

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..