Wednesday, April 07, 2010

Hari ini lebih baik dari hari semalam...

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Oleh itu jom kita semak balik borang mutabaah harian kita....

solat fardu kita on time kah? kalau ya 'on time' berapa kali?
solat kita berjamaaah ke? kalau ya berapa kali?
kita berzikir kah selepas solat? berapa bakul zikir kita?
solat tahajjud kah kita malam tadi? ada sempat witirkah?
solat sunnah qabliyah kah kita?
solat sunat ba'diyah kah kita?
solat dhuha kah kita?
puasa sunnat kah kita isnin lepas? kalau miss kita nka top up kan khamis esok?
ada bersedekah kah semalam? walau seringgit? atau paling kurang kita tersenyum kah kepada saudara kita?
kita maafkan kah kesalahan dan kelemahan sahabat kita atau orang yg tersayang ?
Berapa ayat al quran kita baca hari ini? kalau semalma satu 'ain, hari ini boleh dapat dua(2) 'ain ke?
ada buku baru yang menarik ntuk dibaca hari ini?
Sila thick (/) kan borang mutbaah harian kita semua....
Berdoalah kepaad ALlah agar kita sentiasa cemerlang disisiNYa

3 comments:

Unknown said...

salam mama.
minta diizinkan copy paste tazkirahnya ke blog ya.

kakchik follower mama.

Kamsiah yusoff said...

salam
harap paun Endok masih igt saya lagi
kamsiah from kulim,kedah
pernah bersms suatu ketika dulu
pernah jugak kita berbalas kad raya...

Mama said...

Waalaikumussalam ya kak chik, boleh sahaja untuk dimanfaatkan sebarkan amal jariah berkongsi pahala itulah motto kita agar Islam menjadi rahmatan lil 'alamin

Puan Kamsiah, wahhh alhamdulillah kita bertemu semula...jadi my FB friends ya !