Friday, April 30, 2010

MARS 2010 dan booklet " Lelaki Pelindung Wanita"




Malam lusa, Ahad 2 hb Mei 2010, jam 8 malam akan berlansung lah acara gilang gemilang MARS 2010 (http://www.raudhatussakinah.com/mars-2010/).

Disamping semua hadirin akan mendapat hadiah cenderamata Booklet “Lelaki Pelindung Wanita” (fresh from the oven) dan majalah-majalah sumbangan Karangkraft, penampilan artis terkenal Aisyah yang telah berubah kepada penampilan yang lebih baik akan menjadi kejutan. Pastikan semua yang hadir mendapat cenderamata masing-masing untuk dibawa pulang.

Bagi mereka yang tidak berpeluang hadir boleh juga mendapatkan buku tersebut yang mempunyai 135 muka surat dengan harga RM13.50. Boleh didapati dari saya atau pejabat Wanita JIM selepas MARS 2010 berlansung

Dibawah ini serba sedikit mengenai penghijrahan Aisyah;

Di saat persediaan terhadap majlis ini menghampiri harinya, pihak pengurusan Raudatus Sakinah (RS) dipertemukan dengan Aishah, seorang penyanyi yang dulunya dikenali sebagai Aishah and The Fan Club. Beliau telah menghijrahkan dirinya dengan belajar mendapatkan serta menghayati ilmu agama melalui kelas2 pengajian. Subhanallah! Seorang yang sangat berusaha mencari dan terus mencari erti Islam yang sebenar.

Pertemuan ini berlangsung setelah beliau mendapat khabar tentang Raudhatus Sakinah dan majlis yang akan berlangsung. Beliau terpanggil untuk bersama dalam program kerana mempunyai prinsip untuk sebarkan syiar Islam dan membimbing anak-anak remaja. Just before this dia baru sahaja menyiapkan album baru tentang doa-doa yang dilagukan untuk menarik kembali masyarakat menghayati Islam.

Sebaik sahaja pihak RS mendapat gambaran sebenar pencariannya, pihak RS menjemput beliau ke Program ABJZ (Anda Bijak Jauhi Zina) Camp di MRSM Tun Ghaffar Baba, Melaka hujung minggu lepas untuk melihat dan mendengar sendiri apa yang RS dan ABJZ sediakan dan persembahkan untuk anak-anak ini. Aishah sangat teruja sebab impaknya dia sendiri terasa dan menangis di salah satu slot yang pihak RS persembahkan. Malah, beliau menyebut tentang jualan album baru doa ini nanti, ada percentage yang akan disumbangkan kpd RS dan ini akan melibatkan MOU insyaAllah. Sebelum pulang dari MRSM, Aishah tanya, "bila Kak Ros akan train saya pulak?" Subhanallah. ....Alhamdulillah ..Kami anggap ini sebagai langkah permulaan untuk kita membawanya bersama kita, InsyaAllah.

Dari titik tolak ini Aisyah akan turut serta menjayakan MARS dengan persembahan doa yang dijadikan nyanyian & lagu.

Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Pusat (JKP) JIM telah menerima beberapa pertanyaan tentang tentang pendirian JIM dalam hal ini.

Setelah berunding dengan para penasihat Fiqh yang faqih dalam perkara ini dan berbincang bersama JKP, kami mengambil pendirian bahawa adalah harus untuk Aisyah turut menjayakan MARS dengan persembahan nyanyian nya itu.

Berikut adalah sandaran kepada pandangan ini:

1. Penampilan Aisyah nanti adalah bersopan, menutup aurat dan tidak ada aksi keterlaluan di atas pentas.

2. Lagu-lagu yang akan disampaikan mengandungi isi-isi bersifat nasihat dan kebaikan.

3. Suara wanita adalah aurat. Terdapat khilaf ulama' dalam hal ini. Untuk MARS, JIM mengambil pandangan yang lebih ringan bersesuaian dengan objektif majlis dan untuk tujuan dakwah 'ammah.

4. Aisyah telah menunjukkan tanda-tanda positif untuk menghayati Islam dan ingin sama-sama terlibat dalam program JIM. Kita ingin mengambil kesempatan ini untuk meraikan hasrat beliau itu.

Terdapat banyak pandangan berkaitan perkara ini dan JIM mengambil pandangan yang paling menguntungkan dakwah dan Islam buat masa ini. Maka pendirian JIM dalam isu seperti ini akan ditangani secara case by case. JIM mengambil pendirian ini hanya untuk majlis kali ini. Maklumbalas lanjut amat dihargai untuk JIM menilai pendirian ini dari masa ke semasa untuk majlis-majlis lain di masa hadapan.

Walaupun JKP mengambil pendirian begini untuk majlis ini, pihak JKP ingin mengingatkan terutama kepada semua yang terlibat dengan MARS agar berhati-hati dan menjaga adab dan tingkah laku kerana keharusan ini tidak menghalang untuk timbulnya fitnah-fitnah lain

Mari kita sama-sama berusaha dan mendoakan MARS akan berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

No comments: