Malam tadi majlis doa selamat diadakan dirumah mama. Terasa lama sunguh mama tidak buat majlis yang menghimpunkan keluarga mama dan keluarga papa disekitar KL.
Alhamdulillah ramai yang datang. Anak anak mama ada semuanya kecuali K Yong.
Dari sebelah papa, Andak, Mak Mah & keluarganya, Oteh & keluarga, Ucu dengan keluarganya dan Jihah sebagai wakil Pak Lang.
Dari sebelah mama,Mcik Icah & anak2nya, P'cik Udin & kelaurga, M'cik Diayana & keluarga,Syafie wakil P'long Dalik.
Ada kesayuan dalam hati mama sebab Aalaa' (yang tidak pernah meninggalkan mama dan rumah sejauh itu) akan bermusafir ke Melbourne. Kita semua solat Isya Berjamaaah, membaca yasin, doa selamat bersama-sama. Kita semua berbual, berbincang dan bergurau mesra sehinggalah hampir 12 malam.
.....so memang perlu kita jumpa jumpaan selalu agar kehangatan ukhuwwah terus di belai dan sentiasa hangat!
Kita sibuk beraktiviti, kaum keluarga dan sahabat sahabat kita sibuk memperbaiki taraf kehidupan masing, tidak kurang juga ramai yang terjun ke medan medan amal dakwah dan kebajikan.Kita jadi engrossed dengan urusan masing masing.
Oleh kerana kesibukkan kita kadangkala menjadikan kita 'take for granted' makna ukhuwwah dalam tindakan sehari hari kita, kadangkala ukhuwwah itu hanya di bibir atau setakat 'hugs and kisses' tanpa roh, tanpa perasaan. Tidak terasa 'kehangatan' nya. Tidak terkesan kepasanasannya.
Kadangkala kita merasakan hanya kita sahaja yang paling banyak amal sehingga kita tidak dapat 'appreciate' pengorbanan sahabat kita.
Kita kadangkala sentiasa berjaya dalam hidup kita sehingga kita tidak dapat 'empathy' sahabat sabahat kita yang gawat dalam hidup, jatuh bangun dalama usaha niaga.
Kita merasa bahagia hidup dengan keluarga kita sehingga kita lupa ada disana sahabat yang kesunyian,merasa tersisih, bersendirian menggeluti kehidupan.
Asy-Syahid Hasan al-Banna telah menjadikan ukhuwwah sebagai satu daripada rukun bai'ah.
"Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Ukhuwwah (Persaudaraan) itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah".
Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.
"Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya." Al Quran (Al-Hasyr: 9)
Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama daripada dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain." (Al-Taubah: 71)
Mam nka kongsi satu kisah benar yang menarik dan amat menjentik elusi buat semarakkan motivasi:
Ceritanya begini:
Ada sebuah keluarga duaat yang telah membina mahligai bahagia selama 12 tahun. Sayangnya mereka belum dikurniakan zuriat. Sang isteri memahami bahawa suami nya sangat inginkan anak. Lalu dengan penuh redha dia mencadangkan agar suaminya berkahwin seorang lagi. Cadangan yang ikhlas itu ditolak oleh suami yang sangat empathy. Dia tidak sanggup menduakan isteri nya yang setia lagi dicintai itu.
Akhirnya mereka membuat keputusan bersama untuk menjadikan rumah mereka dan diri mereka wakaf kepada amal dakwah. Mereka menjadikan diri mereka sebagai ibu bapa kepada pemuda pemudi yang dahagakan bimbingan ilmu Islam. Pasangan ini mahu melahirkan 'jundullah' dan jundullah inilah anak anak mereka berdua.
Hari-hari dalam hidup mereka penuh dengan aktiviti dakwah. Rumah mereka menjadi tempat berkumpulnya pemuda pemudi Islam untuk pelbagai program qiyam, daurah, katibah, usrah dan lain-lain. Hampir setiap hari sang isteri sibuk menyediakan keperluan tetamu, menyiapkan makanan dan sebagainya.
Dalam satu program katibah, ketika sang isteri sibuk memasak di dapur dibantu oleh beberapa orang anak anak angkatnya, sang suami pula sibuk dengan tugasnya melengkapkan persiapan yang perlu. Salah seorang peserta katibah mencadangkan:
"Ikhwan yang mulia, kita semua tahu betapa ikhlasnya ahli rumah ini meng'infaq'kan hidupnya untuk jamaah. Dan kita juga tahu mereka belum dikurnikan zuriat walaupun sudah berkahwin lebih 12 tahun. Hari ini, marilah kita sama-sama bermunajat memohon doa agar Allah kurniakan zuriat kepada mereka berdua. Kita ambil peluang waktu berbuka, waktu qiam dan waktu-waktu yang mustajab tanpa pengetahuannya".
Semua yang hadir bersetuju dengan cadangan itu. Semua mereka bermunajat dan berdoa seikhlasnya agar ibu bapa angkat mereka dikurniakan zuriat yang soleh.
Beberapa minggu yang berikutnya sang isteri merasa sesuatu perubahan pada dirinya. Dia mengajak suaminya ke klinik untuk pemeriksaan. Alangkah terperanjatnya dan syukurnya mereka apabila doktor mengesahkan bahwa sang isteri telah hamil!
Demikian hebatnya kuasa doa yang ikhlas dari saudara fillah.
Marilah sama-sama kita memperkemaskan tali persaudaraan kita dan memperdalamkan rasa kasih sayang sesama kita dengan menghayati sekurang-kurangnya tuntutan minimum dalam berukhuwwah, iaitu berlapang dada dan berbaik sangka serta amalkan memberi hadiah. Hadiah paling mudah tapi besar nilainya ialah manis muka dan kalimah tayyibah.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
Marilah kita bacakan doa rabitah ini untuk semua sahabat sahabat dan 'bayangkan wajah' mereka masing.....
Ya Allah!
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..
No comments:
Post a Comment