Tuesday, March 23, 2010

Jangan INGIN Kaya Tapi MESTI Kaya


Jangan INGIN Kaya Tapi MESTI Kaya

Pernah terbaca sebuah buku kalau tak silap hasil tulisan Ustaz AA Gym dari Indonesia yang bertajuk “Jangan ingin kaya tapi harus kaya”.

Benarnya ini bukan satu ayat ayat yang baru bagi mama. Mama dengar sebenanya sejak mama menganjak dewasa, ayahnda mama @Atok Yek selalu mengingatkan kami adik beradik agar belajar bersungguh untuk berjaya. Dalam pada itu beliau suka sangat menambah gurauannya yang diselangseli dengan ketawa ringan sambil mengangkat angkat bahunya (satu gerakan melucukan yang mama tak akan lupa). ”Kamu mesti cemerlang di alam karier kamu dan kita MESTI KAYA”.
Dengan kekayaan kita boleh memberi kebahagian kepada orang lain, kita boleh bersedekah dan berinfaq, kita boleh mewakafkan, kita boleh beramal jariah, kita boleh membantu golongan dhuafaa, kita boleh menolong, kita boleh memudah cara hidup seseorang yang amat memerlukan dan kita boleh membina ummah Islam yang kaya.

Pada firasat mama, kaya atau tidaknya seseorang itu terletak pada mindset atau cara dia berfikir. Sejauh mana dia memahami dirinya, (kelebihan dan kekurangan dirinya), apa yang dia inginkan dan apa yang hendak dicapainya dalam hidupnya. Mengubah ’mind set’ ini juga kadangkala mama katakan sebagai berfikir diluar kotak. Apabila kita sudah boleh berfikir diluar kotak kita akan mengalami satu lompatan mindset yang sangat hebat dan akhirnya tidak mustahil ini boleh menjadikan dirinya seorang yang berjaya kerana keunikan nya yang lain dari yang lain.

Contohnya mama terbaca kisah bagaimana bermulanya seorang ng ’broker’ tanah yang kemudian transform menjadi tuan tanah yang kaya raya. Mama katakan namanya tuan A. Tuan A dipinta oleh datuknya untuk menjualkan sebidang tanah seluas tanah 10 ekar di hujung pekan dengan harga RM500,000 dan datok menjanjikan untuk memberikan nya komisen 10%. Hampir dua tahun dia keliling kampung dan pekan untuk mencari pembeli, namun tidak juga laku. Pada ketika itu dia meletakkan mindsetnya untuk menjual tanah dan mendapat komisen... “tanah seluas 10 ekar ini mesti dijual dengan harga jualan RM500,000 dan aku akan dapat komisen 10% ” . Ini adalah mindset seorang ’broker’ berasaskan komisen, maksudnya ’mindset’ nya tentang kekayaan belum berubah. Mama tidak menyalahkannya kerana dia mempunyai mindset demikian. Tuan A merupakan seorang ”part timer’ yang masih lagi bekerja makan gaji, profession ini juga merupakan warisan dan kebanggaan keluarganya.
Satu hari dia bertemu dengan seorang ahli korporat hartanah yang berjaya, namakan dia Tuan B. Tuan B berkata spontan kepadanya, “kamu sajalah yang beli tanah itu!” . Bang! Dia macam ditampar oleh satu kekuatan yang maha dahsyat. Dalam diam dia mengiyakan cadangan itu. Dengan hanya menggunakan wang simpanan RM150,000 dia membeli tanah datoknya dengan harga RM450,000.
Pada mulanya dia memohon pinjaman dari sebuah bank tetapi bank itu menolak untuk memberikan kredit kepadanya. Namun dia berdoa dan berusaha mencari dana melalui kawan kawan dan adik beradiknya, disamping itu berbincang dengan datoknya untuk membayar bakinya membayar secara beransur-ansur.

Sebaik sahaja dia menjadi tuan tanah itu dia memecahkan tanah 10 ekar itu kepada lot lot perumahan dan bangunan komersial. Dua tahun kemudian sebuah mini pekan yang bernilai jutaan ringgit menjadi miliknya. Mama kira saat ini dia meletakkan dirinya dengan menghormati dirinya sendiri dari “tanah seluas 10 ekar dengan harga RM500,000 menjadi berjutaan ringgit”....

Tiga tahun kemudian dan seterusnya dia menjadi usahawan hartanah yang berjaya hanya kerana ada orang ’merembat’ nya untuk berfikir diluar kotak sekaligus mengubah mindsetnya...


Selain perubahan mindset, kaya adalah sebuah misteri. Mama katakan ia sebagai misteri kerana setiap orang memiliki potensi untuk kaya. Cuma sikap setiap orang berbeza dalam menggarapnya, yang menyebabkan keberhasilan atau ’output’ nya pun berbeda.

Kenapa misteri? Kerana Allah sebenarnya mahukan kita kaya. Dalam ayat-ayat Al Quran yang menyentuh kalimah ‘solat’ contohnya Allah senantiasa mengiringinya dengan kalimah ‘tunaikan zakat’ (hanya orang yang mampu dan berada sahaja yang perlu bayar zakat). Ketika Allah memerintahkan jihad maka Allah menyertakan kalimah amwal (jihad harta) disamping anfus (jihad dengan jiwa & raga). Bolehlah kita katakan ini sebagai “theology kekayaan”, satu istilah yang dipopularkan oleh seorang ustaz dari Indonesia.

Persoalannya ialah mengapa hasilnya atau output seseorang itu berbeza padahal potensinya itu ada. Dalam beberapa pembacaan mama dapati bahwa antaranya ada 3 sebab musababnya ialah:

1. Tidak tahu cara untuk menjadi kaya
2. Tidak punya visi kaya
3. Tidak gigih dalam usahanya untuk meraih kekayaan.

Banyak cara sebenarnya untuk meraih kekayaan, tapi kita harus memperhatikan bagaimana cara untuk menjadi kaya yang bermartabat, bermaruah, sihat dan diredhai Allah.

Ramai orang menjadi kaya kerana bergelumang dengan rasuah alias korupsi, tapi itu perbuatan laknat yang sedari kecil kita diajar agar menjauhinya. Ada juga orang yang kaya dengan makan gaji dan mengambil upah tapi jalannya lambat.

1. Tahu cara untuk menjadi kaya

Bagi yang belum tahu, tidak ada jalan lain untuk kaya melainkan dengan menjadi seorang usahawan atau kaum peniaga!
Sebuah hadis yang amat popular yang maksud Matannya berbunyi, "Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan."
Walaupun status hadis ini mursal sebagaimana disebut oleh Al Iraaqi dalam takhrij Ihyaa' 2/79 dan Al Albani juga melabelkan hadith ini sebagai dha'eef dalam silsilah no 3402 dan dha'eef al jaami' no. 2434, namun selagi dia bukan hadith maudhuk maka hadis ini boleh lah kita jadikan sebagai sumber inspirasi dan motivasi kita untuk menjadi usahawan.

Maksud Sabda Rasulullah, “Pendapatan yang paling baik adalah hasil usaha sendiri dan perniagaan yang bersih.” (Riwayat al-Bazzar)
Dalam pada itu, mama tidak mahu menyangkal bahawa ’risk’ atau risiko dalam perniagaannya juga tinggi, kadangkala risikonya mencapai 90%.

Namun InsyaAllah (wishful thinking) dan kesungguhan usaha dan kekuatan doa (goal praying kata mcik Diana), kita akan merasa sejahtera dalam kehidupan peribadi, keluarga, kewangan dan sosial.
Dalam sebuah buku “ The Corporate Mystic: A Guidebook for Visionaries with Their Feet on the Ground Written by Gay Hendricks and Kate Ludeman di tuliskan mengenai kecenderungan para usawahan yang berada di puncak kejayaannya memiliki kehidupan sosial yang luar biasa. Bill gates contohnya, dia sudah tidak lagi obses dengan Microsoft nya tetapi dia enjoy menyibukkan dirinya dengan kegiatan-kegiatan sosial dan kerja kerja kebajikan atau kini dipopularkan dengan istilah CSR (corporate social responsibiltiy). Demikian juga usahawan hartanah Rewwin & GKB Gresik, dia sentiasa ramah tamah kepada setiap orang yang ditemuinya. Bahkan tidak segan-segan untuk memberikan ilmunya dan yang tidak kalah pula sumbangan wang ringgitnya yang kalau boleh dikatakan betapa banyaknya sadaqahnya.

2: Seseorang mesti mempunyai visi atau wawasan menjadi kaya.

Inilah yang membezakan mengapa hasil atau output seseorang itu berlainan dari saingannya.

Ramai yang ingin kaya kaya tetapi kehidupannya dan perilaku dalam masyarakatnya tidak mencerminkan sedemikian malah kita lihat betapa jauhnya lagak mereka dari visi kaya tadi.

Contohnya jika dilihat dalam kehidupan sekeliling kita, saudara kita yang berada di kampong, mereka bukannya tidak mempunyai penghasilan tetapi ’gaya hidup’nya yang menyebabkan dia tidak mencapai kesejahteraan. Mereka berusaha dalam masa yang sama membelanjakan hasil nya tidak ekonomik, suka membazir dan membelanjakan kepada perkara yang sia sia dan kurang bersedekah.

Satu perkara yang amat penting ialah kaya itu adalah kurnia dari Allah SWT melalui serangkaian proses kerja keras, cerdas dan ikhlas, 3 dalam 1.


3: Wajib sentiasa GIGIH untuk mencapainya.

Ada beberapa tips yang mama kutipkan disini untuk kita kongsi bersama sekaligus meniupkan motivasi mama (manusia lemah sometimes) sendiri yang kadangkala juga menangis, seringkali merasa geram, lemas dan sedikit putus asa sekejap-sekejap dan acapklai tenggelam punca. Kemudian setelah beberapa waktu mama bangkit dari perasaan gundah gulana itu menjadi bersemangat untuk menghayun langkah maju kedepan.

Kita perlu gilap kalimah ’GIGIH’ dalam memaknai 5 tips yang kita gunakan kpeada semua potensi yang kita ada:

1. Kita ber-Ghairah (cerdas emosi - emotional intelligence), Ghairah maksudnya bersemangat atau sentiasa optimis. Sebagai seorang usahawan kita mestilah memiliki semangat untuk tetap merealisasikan wawasannya/visinya walau dalam apapun keadaanya. Semuanya yang sukar dan sulit menjadi peluang dan opportunity yang mesti kita tempuhi dengan selamat biiznillah.
2. ber-Ilmu (cerdas intelektual), Ilmu ini satu kemestian. Belajarlah kamu sebelum memulai sesuatu perniagaan. Kita tidak akan menjadi usahawan yang berjaya tanpa ilmu. Bukan ilmu akademik yang kita peroleh di bangku kuliah semata-mata,tetapi yang terpenting adalah ilmu tentang dunia keusahawanan tadi. Semakin kita harungi dunia ini semakin cerdas kita dalam mengelolakan perniagaaan kita. Pengalaman hidup yang selalu mama katakan sebagai universiti kehidupan yang kita geluti melalui pengamatan amat bermakna untuk menangkap setiap peluang yang ada.
3. ber-Gagasan (cerdas intuisional), Seorang pengusaha harus kreatif dan penuh dengan idea-idea baru dan bertindak melalui intuisi ikhlasnya. Intuisi alias ilham adalah anugerah dari Allah. Kadangkala apabila kita berada dalam kebuntuan, kita beristighfar 100 kali, kita bertahlil 100 kali, kita berselawat 100 kali, tup tup tiba tiba kita mendapat ilham untuk menyelesai masalah kita Alhamdulillah. Allah berikan intuisi kepada orang yang rapat dan hampir kepadanya
4. ber-Ibadah (cerdas spiritual). Kaya kerana menjadi keusahawan itu adalah kurnia dari Allah maka hubungan kita dengan Allah SWT juga harus baik. Apapun yang menimpa diri kita, kita laporkan kepada Allah SWT. Allah menyediakan tempat kepada hambanya untuk berkomunikasi dengan-Nya melalui solat 5 waktu tanpa gagal malah tidka melewatkannya (kita laporkan kepadanya keadaan dan status perniagaan yang kita jalani harti ini). Demikian juga kita amalkan qiyamullail, zikir Al Mathurat, tilawah Al Quran dan ibadah lain seperti berpuasa sekurangnya 3 hari sebulan ie. 13,14 15 haribulan yang dikenali sebagai yaumul abyadh atau hari hari putih, dan kalau sempat atau mampu puasa setiap Isnin dan khamis dua kali nya di setiap harinya,.
5. ber-Hati mulia (cerdas social).

Kita sentiasa memikirkan bagaimanakah kita boleh membahagiakan orang lain? Tanamkan dalam benak bahwa memberi adalah lebih baik dari menerima. Budayakan konsep ini,” Bahagia hidup pada memberi”. Memberi wang infaq dan sedekah, memberi bakti kepada orang yang memerlukan dalam bentuk nasihat, kanseling dan kebersamaan.

Apa yang kita berikan ibarat ‘echo’ dalam satu trowong, kita dapat balik apa yang kita laungkan. Sepatah kata orang Inggeris,” You get back what you gave”….namun dalam hal ini Allah tidak balas satu perbuatan dengan satu balasan, tetapi Allah berikan ganjarannya malah berganda ganda, sehinggakan menjadi 700 kali gandi seperti dalam maksud AL Quran. (mama tak ingat surah mana).

Ada formula yang mama pernah terbaca, “formula Sedekah 10%”. Nmama yakin melabur dengan Allah tidak akan rugi selamanya. Kalau kita menginginkan pendapatan RM10 juta misalnya, kita mesti keluarkan untuk sedekah RM1juta. Kalau mahukan RM100 maka sedekahlah RM10.Sedekah ini mesti dikeluarkan awal-awal sebelum kita berbelanja yang lain-lain, demikian juga sedekah ini bukan lah sisa pendapatan kita.......tiba tiba sahaja mama teringatkan qualiti infaq habil dan qabil....kita mestilah berikan untuk jalan Allah harta yang terbaik dari kita .InsyaAllah.

Bandingkan dengan ini http://www.nomad4ever.com/2007/01/05/what-does-it-mean-to-be-wealthy-and-will-it-lead-us-to-happiness/

No comments: