Talk Show "Caring".
Hari ini mama dijemput untuk menjadi salah seorang ahli forum yang merupakan satu slot dalam program Talk Show 'Caring' ( Cinta Akhawat,Rintis, Islam Gemilang), In sha Allah.Talkshow ini berkisar tentang perkongsian santai berkenaan pengalaman panel berkaitan perjalanan hidup mengenai Hidayah, Tarbiah, Ukhuwah, Dakwah & Kerja kemasyarakatan.
Mama telah mencadangkan kepada moderator bahawa mama akan berkongsi lebih kepada bidang kegairahan dan passion mama, ia itu penulisan.
Setiapkali mama mencari idea menulis, mama teringatkan Almarhum ayahnda mama yang tercinta, Al Ustaz Haji Muhammad Tahir bin Daeng Mengati. JAdi dengan ini mam ingin mengajak kkita saemua bersama sama membaca Al Fatihah dan menghadiahkan pahala dan barokahnya buat ayahnda mama yang tercinta ini. Semoga Allah memasukkan beliau dalam golongan para syuhada' dan sholehin. Amiinnnn.
Mama memanggil ayahnda mama sebagai "Iyek" dan anak anak mama memanggil beliau sebagai "Atok Iyek". Iyek, satu panggilan kepada seorang bapa dari keturunan Daeng di Tanah Bugis, Makassar, Sulawesi Selatan. Ia juga satu panggilan 'kerajaan' seorang Raja dan lambang kasih dan pengorbanan seorang bapa.
Iyek yang 'garang' mendiidk anak-anak ala aristoktrat Bugis yang mengutamakan sikap 'taat' kepada orang tua yang tidak berbelah bagi, no questions asked. Juga sifat 'sirri' atau malu yang sangat tinggi demi maruah dan harga diri, sehingga sanggup berparang jika maruah tercabar dan dihina. Demikian juga sikap dan sifat "pemberani", berani mati kerana benar dan mempertahankan kebenaran. Tiga ciri utama ini yang mewarnai kehidupan mama selama lebih 5 dekad ini.
Iyek adalah orang yang pertama dalam hidup mama menyuntyik rasa ingin mencuba mengasah bakat penulisan kepada mama sejak dari kecil lagi. Pada mulanya mama hanya menjadi 'tukang tulis' yang dipaksa oleh iyek (baca menggerutu dalam hati). Iyek memerlukan mama untuk menulis segala surat menyuratnya dalam tulisan Rumi kerana Iyek hanya mahir menulis dalam tulisan Jawi yang sangat cantik dengan khat req'ah maklumlah Iyek berkelulusan pesantren sehingga peringkat Thanawiyah. Contoh tulisan jawi Iyek dibawah...
Iyek selalu mengatakan kepada mama, " Kamu mempunyai tulisan yang cantik, cepat dan laju pula menulis" sudah cukup membuat hati mama berbunga bangga sekaligus tugas yang pada mulanya merupakan satu beban yang dipaksakan menjadi satu tugasan yang ringan dan menyeronokkan. Motivasi ini tidak mungkin mama lupakansepanjang hidup mama.
So bermulala mama menjadi jurutulis Iyek semasa berumur 12 tahun. Bagaimana mama menjadi jurutulis Iyek adalah satu kisah unik dan berkait rapat dengan sejarah masa lalu keberadaan Iyek di Tanah Melayu sejak tahun 1940-an lagi.
Iyek adalah seorang pejuang kemerdekaan yang dikejar Belanda dalam satu episod pembeunuhan beramai ramai "Westerling" bermaharajalela di Sulawesi Selatan di saat Pra Kemerdekaan Indonesia. Mata mata dan talibarut Westerling telah merancang untuk membunuh Iyek kerana iyek merupakan salah seorang tokoh pemuda yang memimpin gerakan melawan penjajahan Belanda demi perjuangan kemerdekaan Indonesia. Kehidupan dalam buruan inilah yang menyebabkan Iyek telah menetap dan berkeluarga (keluarga kedua) di tanah Melayu. Namun Iyek tidak pernah lupa kepada keluarga yang ditinggalkan disana. Iyek tidak putus hubungan dengan kaum kerabatnya di Makassar alias Tanah Ogik (Bugis),
Iyek rajin menulis surat kepada mereka. Semasa kami amsih kecil, Iyek muda dan bertenaga. surat suratnya di tulis sendiri, kemudian apabila mama sudah pandai menulis dengan laju, Iyek menjadikan mama jurutulis rasminya. Oh alangkah melesetnya tanggapan dan sangkaan mama. Iyek menyuruh mama menulis 'by dictation' semua surat menyuratnya, bukan kerana dia penat atau sudah tua, tetapi kerana Iyek mahu mama menjadi penulis yang satu hari nanti boleh menyumbang kepada Islam. Iyek sebenarnya tidak pernah berasa penat atau berasa tua apabila mula memegang penanya untuk memulakan kerja kerja menterjemah karya agung activis Islam atau menulis makalah- makalah dan buku Islam. He is forever young at heart. Iyek sentiasa tetap bertenaga dan segar apabila menterjrmah lebih 30 tajuk buku fikrah Ikhwanul Muslimin dan gerakan Islam semasa hayatnya. MasyaALlah wal hamdulillah.
Walaupun lebih 10 karya terjemahan nya telah diterbitkn oleh beberapa syarikat penerbitan seperti Pustaka Salam, Pustaka Ikhwah, Aman Press dan Pustaka Usrah, sayangnya sehingga kini masih ada lagi karya terjemahannya yang belum diproses. Untuk memprosesnya juga mempunya siri atau 'flow' SOP yang tak ramai sanggup memikulnya.
Antara
karya terjemahan yang telah terbit ialah
a.
Hari
hari dalam HIdupku – Zainab Al Ghazali
b.
Dakwah
Fardiyah – Fathi Yakan
c.
Jalan
Dakwah – Mustafa Masyhur
d.
Bekalan
Jalan Dakwah - Mustafa Masyhur
e.
Antara
Ulamak dan Umarak-Ali Hashimi
f.
Keperibadian
Muslim – Ali Hashimi
g.
Qiyadah
& Jundiyah- Fathi Yakan
h.
Islam,
fikrah, harakah dan perubahan – Fathi Yakan
i.
Beberapa
lagi buku buku dakwah dan tarbiyah yg tidak dapat di ingat.
Buku buku terjemahannya yang menjadi 'bestseller' dikalangan aktivis gerakan Islam tahun 1980an- 1990an ialah 'Bekalan Jalan Dakwah', 'Jalan Dakwah' dan 'Dakwah Fardiyah' hasil tulisan Mustafa Masyhur, 'Hari-hari dalam hidupku oleh Zainab Al Ghazali dan buku terjemahannya yang terakhir ialah 'Langkah Bermula (Al Muntalaq)' oleh Ahmad Muhammad Abdul Rasyid yang dikenali sebagai Sheikh AL Muntalaq dan juga Abu Ammar.
Tiba tiba mama teringat pada satu petikan dari ucapan / tulisan seorang orang besar dunia yang pernah mencipta sejarah. Kata kata ini menepati apa yang ada pada Iyek dan mama ingin melekatkan dalam kerangka pemikiran mama untuk menjadi motivasi dalam menggalas tugas besar perjuangan. Tugas besar perlukan orang yang berjiwa besar dan tidak pernah menyerah kalah.
"
Sesungguhnya sebuah pemikiran (fikrah) akan menang bila keyakinan kita pada nya kuat, keikhlasan untuk memperjuangkannya dipenuhi dan dihayati (bukan hanya dilafazkan), semangat untuk menegakkannya bertambah, persiapan untuk beramal cukup seadanya , dan kesediaan untuk berkorban untuk merealisasikannya selalu tersedia. " (Imam Hasan al-Banna).
and 2 Quotes from General Mac Arthur (1880-1964)
I promise to keep on living as though I expected to live
forever. Nobody grows old by merely living a number of years. People grow old
only by deserting their ideals. Years may wrinkle the skin, but to give up
interest wrinkles the soul.
You are as young as your faith, as old as your doubt; as young as your self-confidence, as old as your fear; as young as your hope, as old as your despair.
Kamu adalah semuda imanmu , setua keraguan mu ; semuda keyakinan diri mu , setua ketakutan
mu ; semuda harapan mu , setua keputus asaan mu
No comments:
Post a Comment