Thursday, December 25, 2014

Bilik Gerakan Banjir IKRAM Pusat

Sharing and sebarkan 

Salam.

Semua maklum situasi banjir di Pantai Timur yg teruk.

Ikram Pusat telah melancarkan Tabung Bencana Banjir Pantai Timur pd Jumaat yg lepas. Harap semua peringkat ahli, daerah dan negeri dapat menyokong usaha tersebut dgn giat membuat kutipan drp orgramai dan menyebarkan poster bantuan tersebut.

Saya, Md. Nasir Tampol, telah diamanahkan sebagai PIC di Bilik Gerakan Banjir Ikram Pusat. Tugasan utama saya ialah untuk memantau kutipan tabung yg di atas dan menjadi koordinator bantuan kpd negeri-negeri yg terlibat (Kelantan, Terengganu & Pahang).

Sehubungan itu, semua bentuk bantuan dan misi banjir oleh Ikram Daerah dan Negeri hendaklah dimaklumkan kpd saya utk tujuan penyelarasan.

Bantuan semasa banjir.
  • Bantuan kewangan.
  • Bantuan ubat dan keperluan kesihatan. (Ikram Health main peranan besar di sini).
  • Bantuan logistik. (Eg pemindahan mangsa banjir, 4WD, bot, dll).
  • Bantuan di Penempatan Banjir. (Eg health screening, program utk kanak-kanak & remaja, dll).
Bantuan selepas banjir surut:
  • Bantuan kewangan.
  • Bantuan ubat dan keperluan kesihatan. (Eg health screening).
  • Bantuan pembersihan. (Eg cuci masjid/surau/rumah/parit & kaw persekitaran, khidmat dobi, dll).
  • Bantuan keperluan asas rumahtangga. (eg dapur masak, tilam, toto, selimut, tikar, pakaian, back2school, dll).
  • Bantuan di Penempatan Banjir. (Eg health screening, program utk kanak-kanak & remaja, dll).
Checklist utk Ikram Negeri/Daerah:
  1. Liase dgn PIC Bilik Gerakan Banjir Ikram Pusat.
  2. Aktifkan kempen dana bantuan drp orgramai.
  3. Aktivate tim DERU. (Maklumkan PIC kpd Bilik Gerakan Banjir Ikram Pusat)
  4. Mulakan kempen pendaftaran volunteers. (Taklimat misi bantuan perlu diadakan).
  5. Persiapkan kelengkapan dan keperluan logistik. (eg waterjet, life jacket, vest i-Bantu, 4WD, walkie talkie, dll).
  6. Kenalpasti bentuk bantuan, selain tunai, yg boleh diberikan. (eg pakaian terpakai, keperluan solat, keperluan OKU/wanita/baby, khidmat dobi, bekalan air bersih, dll).
  7. Dokumentasikan semua misi bantuan antum. (Eg video, foto, tulisan, dll).
  8. Update FB Neg/Daerah dan link kpd FB i-Bantu Pusat.
Nombor perhubungan PIC Negeri:
  • Kelantan (Dr. Dinsuhaimi Sidek - 013.920.8980)
  • Terengganu (Sahide Ibrahim - 019.620.2006)
  • Pahang (Dr. Mohd Nazli Kamarulzaman - 013.933.2061)
Bersama kita berdoa agar Ikram di semua peringkat diberikan kekuatan oleh Allah SWT utk dapat menyantuni semua mangsa banjir dan mereka yg terlibat, dgn baik. Ameen ya Allah ya Rahman ya Rahim.

Mohon juga penambahbaikan drp semua.

Jzkk atas perhatian dan pertolongan antum semua. TQ.
 
ben TAMPOL
mobile 014-311 0628
--------------------------
Masyarakat Madani
Khidmat Masyarakat
Pengurusan Sumber Manusia

No comments: