Wednesday, December 10, 2014

EPILOGUE CINTA SEORANG MURABBIAH


Assalamualaikum warahmatullah
Akhawat dan ikhwah yang dikasihi dan dihormati sekelian.
Semoga kita semua sentiasa berada dibawah lembayung kasih sayang Allah.

“Ana uhibbukumullah” – Ana mencintai kamu semua kerana Allah. Itulah ucapan terakhir yang saya dengar dari mulut Ustazah Marhamah sebelum kami beredar dari rumahnya pada 17hb November 2014, ia itu dua minggu sebelum pemergiannya ke alam Barzakh’. Itulah ziarah dan pertemuan terakhir dengan beliau semasa hayatnya.

Ungkapan di atas adalah ucapan para dai’ dan murabbiah kepada sahabat perjuangan demi menghayati maksud hadith Rasulullah (saw) bahwa cinta kepada sesama aktivis Islam perlu diucapkan secara lafzi dan di dibuktikan dengan perlakuan dan amalan harian kerana “Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (HR. At Tirmidzi).
Cinta: adalah kata kunci kesetiaan, keakraban, kebersamaan, serta semua fenomena keindahan dan kesejukan hidup. Bahkan, cinta adalah kehidupan itu sendiri. Tak seorangpun di dunia ini yang dapat hidup tanpa cinta. Karena hidup tanpa cinta, hampa tiada makna. Maka, setiap kita mesti hidup dalam cinta. Cinta mampu mengerakkan keinginan hati. Semakin kuat cinta, semakin kuat hati mendorong melakukan sesuatu yang disukai. Demikianlah, atas dorongan cinta, Sang Murabbi selalu siap membimbing, mengajak, mendidik, menegur sapa, dan menasehati mereka yang merindukannya” - Helvy Tiana Rosa pengarang  buku EPISODE CINTA SANG MURABBI.
Apabila beliau (Al Marhumah Ustazah Marhamah) menghembuskan nafas terakhir dan hari hari berikutnya, ramai di kalangan kita (terutama zaujnya Akhi Nahar, diblognya https://www.facebook.com/nahar.mdnor?fref=ts  ) merakamkan tahziah, rasa hiba kerana kehilangan sebutir mutiara di persada dakwah . 

Sehubungan dengan itu JK Media Wanita IKRAM bercadang untuk membukukan tulisan coretan berapa kenangan bersama Almarhumah semasa hayatnya yang boleh dijadikan bekalan dan ibrah untuk kita terus berjalan di jalan dakwah. Kisah kisah insan baik baik ditulis oleh orang baik baik perlu di kongsikan dan sebarkan sebagai obor kepada insan lain untuk mencapai wawasan Negara Rahmah.
Cadangan tajuk buku: EPILOGUE CINTA SEORANG MURABBIAH (tajuk masih dalam fasa cadangan, antum boleh saja cadang nama nama tajuk yang lebih umph…jika ada)

Dan AJK telah create satu FB,https://www.facebook.com/MemorabiliaSangMurabbiah/likes , Sebagai satu komuniti dalam usaha merealisasikan terlahirnya sebuah buku yang menghimpunkan kisah-kisah daripada mereka yang mengenali Ustazah Marhamah.
Anjuran;
Media Wanita IKRAM Pusat, insya'Allah.
Tema;

Tarikh Mula Mengumpul Bahan;
8 Dis - 20 Dis
Tarikh Edit;
21 Dis - 31 Dis
Sasaran diterbitkan;
Sebelum Februari 2015
Tujuan;
- Menjadi ibroh buat kita yang masih hidup
- Sebagai arkib bagi jamaah
Ruangan ini, akan menjadi medium perbincangan, lontaran idea, dorongan, galakan serta motivasi antara kita, insya'Allah.
Oleh itu ikhwah dan akhawat di minta agar like page tersebut diatas atau menulis mencoret cerita antum dengan mengemail kepada ana atau Atriza untuk di kumpul diedit dan di kompilasikan ke dalam sebuah buku.
Panjang maksimum penulisan tidak melebihi dua muka surat 600 perkataan dan minimum satu m/s.
Setiap tajuk hanya satu mesej sahaja, jika lebih satu mesej tulis lah satu lagi artikel dalam tajuk yang lain.
Penutup;
Moga usaha-usaha yang sedikit ini bernilai besar di sisi Allah, insya'Allah.
Uhibbukumullah

No comments: