Thursday, January 15, 2009

Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia



.

January 13, 2009 12:50 PM

Agong Rasmi Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia

PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan muktamar kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Muktamar sehari bertemakan "Bersatu Membela Islam" anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu antara lain bertujuan membincangkan mengenai isu semasa dan permasalahan sosial akibat perkembangan globalisasi.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 peserta dari badan bukan kerajaan (NGO) Islam di seluruh negara itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Yang Dipertua Yadim Datuk Mohd Nakhaie Ahmad.

Antara kertas kerja yang dibentangkan bertajuk "Peranan Pertubuhan Islam Dalam Memartabatkan Islam di Malaysia" oleh Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin.

Terdahulu pada ucapan pembukaan, Mohd Nakhaie yang juga pengerusi MAIM berkata NGO Islam perlu sentiasa bertindak adil dan matang bukan hanya untuk orang Islam tetapi juga untuk manusia keseluruhannya.

Masyarakat Islam tidak akan mampu bergantung harap sepenuhnya kepada parti-parti politik semata-mata tanpa kekuatan lain iaitu NGO Islam dalam menentukan masa depan rakyat seluruhnya, katanya.

-- BERNAMA
Mama hadir mewakili WANITA JIM yang merupakan salah satu anggota dalam MAIM. MAIM merupakan satu badan yang menggabungkan lebih 30 badan badan NGO Islam seluruh negara. Antara badan NGO yang berada dalam MAIM ialah JIM, ABIM, Hunafak, An Nida', IIS (Islamic Insoformation Services, PPIM, PERKIM dan banyak lagi.

Papa juga hadir bersama mama ke Majlis ini, malah papa sempat memberikan pendapatnya mengenai peranan yang harus MAIM mainkan. MAIM mestilah benar benar bersifat msyarakat madani (civil society) yang non-partisan dan tidak diperkuda oleh parti politik. Sesiapa yang hendak berpolitik, silalah gunakan platform parti politik, bukan MAIM tempatnya.

No comments: