Wednesday, January 14, 2009

Menyangkal 7 Dakwaan Karut Israel

Karut 1: Gaza tidak lagi diduduki Israel

Israel menyatakan bahawa dia telah memberi kuasa pentadbiran sepenuhnya kepada penduduk Palestin apabila dia mengeluarkan 8000 penempat Yahudi dari Gaza . Ini adalah bohongan sahaja. Sebenarnya Israel telah mengetatkan lagi genggamannya dan menguasai sepenuhnya ruang udara Gaza , kawasan laut, dan bumi gaza . Tambahan lagi, Israel telah mengenakan kepungan ketenteraan yang sangat dasyat yang menyebabkan krisis kemanusiaan sepenuhnya sebelum tindakan serangan ketenteraan dilancarkan.



Karut 2: Hamas telah melanggar perjanjian gencatan senjata

Ini tidak benar. Israel telah melanggari perjanjian ini apabila dia telah membunuh beberapa orang Palestin pada bulan November yang kemudiannya membawa kepada tindakbalas Hamas. Israel juga telah enggan menamatkan kepungan ketenteraannya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata itu. Walaupun ia membenarkan sedikit bantuan memasuki Gaza , Israel telah menutup sempadan Gaza 70% masa keseluruhannya. Walaupun tindakan ketenteraan Israel telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan yang teruk, Israel masih berdegil untok meneruskan serangannya.



Karut3: Israel mahu keamanan

Dari permulaan Proses Kedamaian Annapolis pada Disember 2007, dan sebelum serangan mutakhir ini, Israel telah membunuh 546 orang Palestin (termasuk 76 kanak-kanak) , menangkap 5000 orang Palestin, dan menambah bilangan tempat kawalan dari 521 ke 699. Israel juga telah meneruskan projek membina penempatan haramnya sebanyak 38.



Karut 4: Israel bertindak mempertahan diri

Sebagai tentera berkuasa di Gaza yang mempunyai senjata ketenteraan yang terbesar di wilayah itu, Israel memiliki monopoli mutlak untok mengguna segala kuasanya. Dakwaan bahawa dia mempertahankan diri, apabila provokasinya mengundang tindakbalas, adalah dusta sahaja. Lagipun , Israel telah menyatakan sebelum ini bahawa dia akan menyerang Gaza . Ini jelas menunjokkan bahawa serangan ini telah dirancang terdahulu lagi.



Karut 5: Israel hanya menyerang sasaran ketenteraan

Ini adalah kenyataan lumrah yang diberi apabila orang awam terbunuh atau cedera, di mana Israel akan kata bahawa kematian dan kecederaan itu disebabkan oleh kesilapan yang malang , Kerosakan Tambahan (‘collateral’ damage), kesilapan teknikal, ataupun di sebababkan oleh bahan letupan yang digunakan oleh militan Palestin sendiri. Ini dinyatakan walaupun Israel telah mensasarkan sekolah, masjid-masjid, universiti, hospital, bangunan kerajaan, organisasi amal, dan organisasi yang dikendali oleh PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).



Karut 6: Hamas yang disasarkan; bukan orang Palestin

Bom dan tembakan artileri tidak mengenali atau dapat membezakan penyokong Hamas dari orang yang mempunyai pegangan politik yang berlainan mahupun orang yang tiada kecenderungan politik langsung.



Karut 7: Bangsa Palestin adalah sumber segala keganasan

Sumber peperangan adalah perampasan bumi Palestine oleh Israel sejak Perang 1967 dan kezaliman kuasa ketenteraan Israel yang menafikan bangsa Palestin hak mereka terhadap kebebasan, hak asasi manusia, dan hak mereka untok menentu masa depan mereka di bumi mereka sendiri.



KebabBrain
- In Other Words -

No comments: