Apabila menjelang Ramadhan seperti biasa sahabat sahabat perjuangan dan adik beradik serta saudara mara bertalu talu menghantar sms yang penuh dengan doa dan pengharapan menyambut Ramdhan. Semoga ALlah merahmati mereka semuanya:
1. Dari Prof Madya Ustazah Maznah ".... Ahlan wa sahlan ya ramadhan, rebut maghfirah jejaki AL Falah:)
2. Dari Ee anak usrah mama :....." Selamat berpuasa"...
3. Dari Latifah Meerah, wanita JIM Ampang Jaya :..." Ramadhan Karim....Tadarrus anak anak kita Nadi Asybal Ulu Kelang akan di adakan di Tadika Amal Lembah Keramat, 15-16 Sept 2007, 8am-12am. Boleh bawa kawan kawan mereka, Sila bawa Al QAuran dan pensel mula dengan solat DFhuha dan jangan lupa berwudhuk sbelm datang jazakallah khairan....."
4. Dari Kamsiah di Kulim, peminat setia penulisan mama yang tidak pernah mama temui, mama tidak pernah lihat wajahnya,namun setiap ramadhan setiap syawal mesti menghantar sms kepada mama:..." Syaaban telah berlalu pergi, Ramadan AlMubarak datang mengganti, Bersama kita meningkatkan ketakwaan diri , semoga amalan diberkati ilahi...."
5. Dari Icah yang menghantar picture messages gambar kaabah dan berlatar belakangkan kata kata dalam Bahasa Arab :" Kullu aamin wa antum bi khair Ramadhan mubarakk" maksudnya setiap tahun semoga kamu mendapat kebaikan dan pahala keberkatan Ramadan, Ya ALlah berikan kami kekuatan untukmenghidupan ramadhan kali ini seterusnya meramadankan kehidupan kami..."....Mama terpaku sejenak...apakah maksudnya ...meramadankan kehidupan ini?
6. Ain anak usrah yang bekerja di MITI, maaf saya tidak dapat turut serta tadarrus hari sabtu dan ahad sebab ada kelas..... diucapkan selamat menghayati Ramadan.Marhaban ya Ramadhan
7. Dari Maswati, teman seperjuangan dalam AJKWP beberapa waktu yang lalu,"...Ahlan wa sahlan ya ramadhan, rebut maghfirah, jejaki AL Falah:)
8.Dari Syamil di Cairo:" Ahlan wa sahlan ya Ramadan, Mama apa khabar, sihat ke?, hikmat macamana, dah ok ke nak jadi imam malam ni, mesti dia tengah mengulang kan? famil sihat ke?
9. Dari anaknda Mukarrama (niece)..." selamat menyambut bulan ramadhan almubarak,moga mendapat keberkatan bersama..."
10. Dari adik yang tercinta...Hidayat di JB..".... Wahai tetamu Ramadan, untukmu rahmat, dan maghfirah, air mata taubat, dendangan tadarrus, selimut tarawikh dan bantal tahajjud. Taniah kerana dapat menjadi tetamu agung di Ramadhan mubarak tahun ini,,,
11. Dari secret admirer yang tidak tercatat namanya di nombor hp penghantar ".." Pesanan Imam Ghazali :..." Yang jauh itu Masa, yang dekat itu mati, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah dan yang indah itu solat, Selamat Berpuasa. TQ
12. Zuraini HLA Associates...".... Salam Ramadhan al mubarak, semoga dikurniakan Allah swt kekuatan iman, minda, jasmani dan rohani di bulan yang dilimpahi keberkatan , selamat berpuasa dan berbuka.."
13. Ini msg yang terharu mama di buatnya dari Dr Mai O & G Speciallist di Hospital Melaka...." Aku merinduimu teman untuk berjuang, aku rindukan sahabat untuk berjihad, kawan senda tawa, rafiq sama sama beribadat, rakan untuk sama sama bermuhasabah, yang sama sama menuntut ilmu ALlah, sama sama bekerja demi islam, sama sama berkorban deminya dan sama sama berpesan dengan kebenaran dan kesabaran Ya Allah ubatilah rindu ku ini...
Masya Allah cantik sungguh kata kata dari sanubari sahabtku yang berjuang sebagai KW JIM Negeri Melaka.
Ya Allah kasihilah semua mereka ini sahabat sahabat kaumkerabatku ini,perkenanlah doa mereka semua, masukkan lah mereka dalam syurga jannatun Naim yang kamu sediakan untuk orang orang yang bertakwa....Allahumma AMin.....
No comments:
Post a Comment