Selepas selesai solat tarawikh malam Ramadhan pertama ,mama dan papa sekeluarga bersembang sembang . Tiba tiba papa teringat joke Syamil yang di ciplak dari Ustaz Muhaimin Al Hafiz (mentor di Maahad Thafiz hira'nya dahulu). Joke nya lebih kurang begini...
Kalau kita belum mahir menjadi imam, kalau belum 'confident' dengan hafalan hafalan kita jangan jadi imam, nanti akan menyusahkan para makmum. Makmum pula mestilah cuba sedaya upaya belajar maksud ayat Quran agar solat kita lebih bermakna. Dan jika kita adakemahiran memahami AL Quran dan menghafaz al Quran kita boleh membetulkan bacaan imam. Kita tidak akan jadi makmum yang jahil! Ini kisah di sebuah kampung.
Arakian disebuah kampung satu malam bulan Ramadhan, seorang imam A (hafiz) mengimamkan solat tarawikh. Imam ini dibantu oleh imam B yang juga seorang hafiz . Telah menjadi adat masjid kampung tersebut memberikan upah yang tinggi kepada imam tarawikh.
Ditakdirkan tengah tengah solat, Imam A tersasul bacaan, maka imam B membetulkan bacaan imam A, kemudian imam A melakukan lagi beberapa kesilapan bacaan pula, maka imam B dengan setianya membetulkan lagi bacaannya. Imam B merasa malu dengan makmumnya. Maka imam A membaca satu ayat . Seselepas itu pembantu imam B terus berhenti membetulkn kesalahan imam B.
Mengapa agaknya imam B berhenti membetulkan bacaan imam A?
Kerana imam A membaca ayat ini:
" Nisfu li, wa nisfu laka, Innahum qaumun jahilun", yang bermaksud
" Separuh untuk aku, separuh untuk kau, sesunguhnya mereka semua ni golongan yang jahil!"
Oleh kerana para makmum tidak ada yang memahami bahasa Al Quran, maka solat tarawikh berjalan sperti biasa.....Menjelang akhir Ramadhan dan menyambut Raya, imam membahagi duakan upah "imam" nya kepada imam B.....
No comments:
Post a Comment