Pada pagi Ahad Akhi Yacop dan akh Roslan (setiausaha JIM Bintulu) membawa kami bersarapan pagi mee ‘kolok’ dan roti cmamai di Restoran Srikandi dan tak lama kemudian akhi Anwar menyertai kami bersarapan bersama. Isu Bai’ah pemimpin PAS yang akan menceraikan isteri dengan talak tiga jika melompat parti menjadi topik perbualan di meja makan kami. Apakah pandangan kita dan perlukah kita membuat pendirian atau komen mengenai isu ini? Terserah kepada kita semua. Kisah Dr MAZA yang banyak menimbulkan kontroversi belum sejuk, kini timbul pula isu Bai’ah talak 3. Namun kami sempat juga memberikan komen selari, kita peru meletakkan neraca Islam yang syumul diatas segalanya, bukan meletakkan ‘politik’ di atas segalanya. Pertimbangan ini mesti mengambil kira kesan terhadap institusi keluarga yang merangkumi isteri dan anak anak serta mesti mengambil kira hukum fiqh munakahat dan yang berkaitan dengannya. Yang ini kita kena tanya sama Mufti.
Tamat sarapan pagi, Akhi Yacop dan Akh Roslan membawa kami berjalan jalan keliling kota Bintulu dan singgah ke pasar Tamu. Pasar tamu merupakan pasar rakyat yang menjual berbagai hasil mahsul & makanan tradisional Bintulu/Sarawak. Kami membeli Madu Bintulu yang menurut orang Sawarak the best madu of Sarawak is produced in Bintulu. Masa kebersamaan dalam sesi sarapan pagi dan jalan jalan keliling kota Bintulu sepanjang pagi itu merupakan satu sesi muayasyah santai yang amat bermakna dan perkongsian fikrah dakwah dan tarbiyah yang sungguh berharga antara kami. Dari perbincangan ini dirancang satu lagi bengkel perkongsian pengoperasian usrah dan tarbiyah dengan para aktivis yang hendak diadakan pada sebelah malam nya.
Pada jam 2.00 petang bermulalah program ihtifal Tadika Brilliant Kindy(BK) yang gilang gemilang. Brilliant Kindy adalah projek pendidikan pra sekolah WJIM Bintulu/Sarawak dan telah berkembang dengan maju sejak 5 tahun yang lalu yang diterajui oleh Guru Besarnya Ukhti Noor Azzah yang terserlah kegigihan dan dedikasinya. AJK JIM/WJIM serta para sukarelawan bertungkus lumus membuat persiapan sejak dua minggu sebelum acara bermula. Ukhti Zahirah (AJK WJIM Bintulu) menjadi pengerusi majlis dan Ukhti Haziah memberikan ucapan aluan Lembaga Pengarah Tadika merangkap KW JIM Bintulu.
Mama menyampaikan ucapan perasmian bertajuk : ”Bintang kecil hari ini pemimpin hari esok”. Sayang sekali ceramah itu agak panjang dan penyampaian mama agak ‘menggelabah’. Mama sempat memohon maaf kepada YDP JIM Bintulu dan Lembaga Pengarah Tadika kerana ‘performance’ yang kurang impressive.
Sebagai maklumat tambahan, pengurusan Tadika aliran Inggeris ini melibatkan kos yang tinggi maka yuran nya agak tinggi jika dibandingkan dengan Tadika Islam yang lain. Sebagai perbandingan Tadika An Nur yurannya antara RM30-40 sebulan manakala Tadika BK yurannya RM150 sebulan. Maka tidak hairan lah kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Tadika ini adalah terdiri dari kakitangan PETRONAS dan pegawai kerajaan/swasta kelas menengah. Namun demikian komitment aktvis yang sangat tinggi menjadikan Tadika ini maju dan boleh terus cemerlang dan menjadi Tadika pilihan yang di ‘sought after’ oleh ibu bapa. Semoga Tadika BK akan terus berkembang dan bakal melahirkan pemimpin masa depan umat.
Satu perkara yang menarik disini ialah salah seorang pelajar nya merupakan Non Muslim bernama Abishek. Ibunya terbang khas pulang dari Qatar (suaminya bekerja dismama) untuk menyertai Ihtifal mamaknya. Abishek telah mengetahui dan amalkan beberapa amalan fardi muslim seperti selok belok ambil wuduk, solat, mengaji dan hafal beberapa ayat pendek dan nampak bersemangat bersama mendendangkan nashid Islami bersama rakan rakan mereka. Selama setahun Abishek hidup sebagai anak Islam disini. Tujuan ibunya menghantar Abishek ke Tadika ini ialah untuk ‘familiarise’ dengan suasana budaya dan bahasa Arab sebagai persedian mental apabila dia mengikuti ibu bapanya ke Qatar nanti. Namun Abishek bukan setakat tahu ibadah ritual, adab Islami dan bahasa Arab, tetapi dia mengamalkan nya sekaligus bersama kawan-kawannya se tadika. Pada hari ihtifal ini Abishek mengambil bahagian dalam acara pentomin kisah nabi Musa dan interestingly watak yang diberikan kepadanya ialah watak Fir’aun. Syabbas WJIM Bintulu/Sarawak atas usaha gigih ini yang secara tidak lansung memberitahu kepaad kita semua bahwa DMM (Dakwah Masysrakat Majmuk) boleh bermula dari peringkat seawal Tadika. Bahasa inggeris sebagai Medium of instruction di Tadika Islam seharusnya dirancak dan diterajui oleh Wanita JIM ke seluruh negara. Program berakhir pada jam 5.30 petang.
No comments:
Post a Comment