Alhamdulillah dengan rahmat Allah jaulah Bintulu 7-9 Nov 2009 telah meninggalkan satu pengalaman manis yang tidak akan terlupakan InsyaAllah buat kami berdua. Jaulah ini adalah inisiatif WJIM Bintulu yang menjemput mama sebagai wakil WJIM Pusat untuk merasmikan Majlis Ihtifal Tadika Brilliant Kindy pada 8 Dec 2009. Mama ditemani oleh papa aka Akhi Mohd Esa Ibrahim.
Sebaik sahaja menerima jemputan, mama mohon pandangan dari JKPW yang sekaligus melontarkan beberapa cadangan agar pemergian ke Bintulu digunakan sebaik mungkin.
Akhi Yacop (YDP JIM Bintulu) dan Akhi Anwar (Bendahari JIM Bintulu) menyambut kami di pagi sabtu di Air port Bintulu dan bersarapan pagi Laksa Sarawak (Rasanya ada sedikit persamaan dgn laksa Johor) di Azzah Pon cafe. Sambutan dan layanan ikhwah/akhawat disana sungguh luarbiasa. Kami ditempatkan di 4**** Star New World Suites Hotel @ Park City Commercial Square, Jln Tun Ahmad Zaidi, Bintulu with full facilities of a Business Center. We stayed there for 2 nights and we had an excellent time at the hotel.The room's modern & chic furnishing, comfy bed, free wi-fi, flat screen LCD TV, rainfall style shower and full length mirrors, waduhhhh nearly makes me don't want to leave the hotel room. Namun mama katakan kepada akhi Yacop, next time kalau kami datang lagi ke Bintulu kami lebih suka jika dapat bermalam di rumah ikhwah atau akhawat agar dapat bermuayasyah lebih sikit dan penuh bermakna.
Sesi pertama bersama WJIM Bintulu dimulakan selepas solat Zohor di Dewan seminar Brilliant Kindy. Sesi ini merupakan bengkel perbincangan pengoperasian Perancangan Strategik RJIM2 dalam tajuk spesifik, TERAS 2 - SOKONGAN MASYARAKA, ia itu Membina, meluas dan mengukuhkan sokongan masyarakat kepada Islam. Perbincangan terfokus pada pecahan 2.2 – Wanita dan pecahan 2.3 - Remaja. Semua JK Wanita JIM Bintulu hadir, Ukhti Haziah memakai 2 topi, i.e KW JIM Bintulu juga TKW WJIM Sarawak. Ketua WWJIM Sarawak Ukhti Zaiton tidak dapat hadir kerana ada program yang telah di tetapkan lebih awal.. Bengkel ini memfokuskan kepada KRA dan KPI yang ‘boleh’ dilaksanakan i.e “doable” dengan mengambil kira realiti Bintulu dan Sawarak yang besar saiznya berbanding bilangan ahli aktif yang terhad, takungan dan networking yang sedia ada dan kemampuan JK dan ahli yang akan mengoperasikan nya.
Sesi kedua pada malamnya bermula selepas maghrib dengan jamuan selera rakyat, wahhhhh….boleh dikatakan semuanya yang terhidang adalah makanan tradisi, umai, bubur pedas, ikan kukus tiga rasa, lemiding, sambal belacan Bintulu yang dimakan dengan bubur pekat sagu (ada nama khususnya tidak ingat). Berbicara mengenai belacan teirngat kata-kata pegawai imigresen di Bintulu airpot, the best Belacan in Malaysia is Bintulu’s Belacan.
Makanan terfamous Sarawak dan memang hanya terdapat di Sarawak iaitu UMAI, ikan fresh yg direndam dgn jus limau, bawang and cili.Dlm bahasa Melayu-Sarawak bunyi pronounciation macam U-MEI. Dikatakan umai ini makanan yg berasal dari kaum Melanau. Ukhti Jamilah (isteri akh Anwar) sempat cerita sikit mengenai penyediaan umai ni. Bahan utama ialah ikan segar (lupa pula nak tanya ikan apa yang digunakan pada malam tu). Hanya isi ikan yang diambil dan semua tulang-tulang dibuang bersih. Isi ikan yang dipotong kecil2 dicampurkan bawang merah, bawang besar, bawang putih, cili, jus limau kasturi halia and kulit limau dan garam & gaul hingga sebati. Umai ini memang sedap dijadikan appetizer, ikan segar yang hanya ’masak’ oleh kesan ‘asidic’ dari limau (maknanya masak tanpa api), agaknya ala ‘sushi’ orang jepun. Sushi Sarawak ini lebih sedap.
Selepas dijamu dengan makanan eksotik rakyat Sarawak program ceramah umum diberikan oleh papa, akhi Mohd Esa dengan tajuk “Dakwah dan peranan Du’at”. Program selesai hampir jam 12 malam. Hadirin terdiri lebih kurang 25 orang dari ahli JIM dan rakan JIM Bintulu. Turut hadir ialah Murobbi JIM Bintulu Akh Ustaz Ali Fathullah. Ceramah umum ini diselangselikan dengan soal jawab dan perkongsian pengalaman dakwah sepanjang lebih 30 tahun.
No comments:
Post a Comment