Dalam sesi ‘sharing’ ini kami berkongsi pengalaman kami yang ikut usrah dan bawa usrah sejak zaman muda sehingga kini (in reality pengendalian usrah kami pun bukan ‘smooth sailing’, ada juga fasa turun naik). Namun bak kata pepatah aktivis dakwah, jika kamu tidak mampu buat semua janganlah kamu tinggal kan semua. Antara tips perkongsian ialah cara dan teknik ‘conducting usrah’, adabiyat dan tertib usrah, elemen yang perlu ada dalam usrah (bukan hanya cerita perkara semasa, kerana biasanya bila berbicara pasal kisah2 semasa, kisah politik atau kisah ‘matahari’ semua mata jadi segar!....hmmmm…..‘joke’ matahari hanya orang Bintulu sahaja yang faham.
Thiqah dan muwasofat naqib sipembawa usrah juga penting dan perlu dipupuk, demikian juga masa optimum yang digunakan dalam ber usrah, tidak terlalu lama sehingga membosankan dan membebankan anak anak usrah.
Pokok pangkalnya usrah mestilah dimulakan dengan tautan hati (hubb fillah dan ukhuwah) dan memperuntukkan masa 2 jam seminggu sebagai wadah bermuayashah dengan anak2 usrah. Ikhlaskan niat mohon dan berdoa kepada Allah agar Allah berikan kelapangan masa dalam kesibukkan mencari ‘maisyah’ (kehidupan) dan memenuhi tangungjawab kepimpinan.
Allah akan permudahkan urusan. Tips zikir kecil ialah Baca 100 kali istighfar, 100 kali tahlil dan 100 kali selawat atas nabi dikala terdesak dan buntu untuk lepaskan sesak didada dan serabut dalam kepala.
Usrah ini lah sebenarnya yang membuat kami/kita semuanya masih berada di jalan dakwah, jika kita/kami tidak ada usrah, mungkin lama dah kita/kami tenggelam dan hilang dari dunia dakwah ini.
……… sehinggakan semasa hendak menubuhkan syarikat sendiri lebih 15 tahun yang lampau, nama syarikat pun berbau usrah > Usrahlite Engineering Sdn Bhd…..:)
Program ‘sharing session berakhir’ hampir 12 malam. Para peserta bengkel ini semuanya kuat semangat dan mata sentiasa segar dan cerlang, tidak mudah mengalah walau dalam keadaan bekalan elektrik terputus beberapa kali apabila guruh berbunyi. (Agaknya ‘earthing system’ BK kena di check atau ganti baru).
Tindakan susulan selepas ini ialah semua ahli aktif dan AJK ‘Wajib’ bawa usrah dan ini berkuatkuasa serta merta dalam misi memenuhi KPI menambahkan ahli sekaligus menghidupkan kembali ruh ‘jihad’ para aktivis dakwah yang ‘menganggur’.
Usrah sebagai tarbiyah zatiah dan tarbiyah jamaiah mesti berjalan serentak dengan tarbiyah ‘midaniyah’. Sebenarnya akhi Yacop yang beriya iya benar agar semua AJK nya bawa usrah kerana takungan Mad’ u baru Bintulu yang terhasil dari 3 kali KBM perlu disantuni secepat mungkin.
Pagi pagi Isnin jam 7.00 pagi Akhi Yacop (he is a very punctual type of person) telah muncul di loby hotel untuk membawa kami ke airport . Selepas ‘check in’ kami sempat bersarapan bersama Ustaz Ali sementara menunggu masa berlepas . Sesi muayasyah disambung lagi dengan sesi perkongsian dakwah di Sarawak khususnya di Bintulu dan Kuching oleh ustaz Ali Fathullah sehinggalah kami berpisah pada jam 9.15 pagi untuk ‘take off’ jam 9.35 pagi.
Kami mengucapkan jazakumullah khairan kathira dan berbanyak terima kasih dan sayang kepada semua kepimpinan JIM/WJIM Bintulu terutama Akh Yacop/Akh Anwar yang sentiasa bersama kami sepanjang kami berada disana. Kami memang rasa sungguh ‘honoured’ kerana YDP JIM Bintulu sendiri ‘took the trouble’ to layan kami dengan layanan ‘first class’. Nilai masa beliau yang diuntukkan bersama kami memang tidak dapat dizahirkan dengan kata kata. Without him we won’t be able to have that very wonderful jaulah and fantastic muayasyah with WJIM/JIM Bintulu.
Kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan di dalam peti,
kalau ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati.
Bak kata naqib kita , perkara yang baik dan ada manfaat nya, itu semua adalah dari Allah, kalau ada kelemahan sana sini adalah datang dari kelemahan diri kami sendiri dan kami sentiasa memohon ampun dari Allah swt.
Akhirnya kami berlepas meninggalkan bumi kenyalang dengan penuh rasa syukur kerana ada ‘pahlawan-pahlawan hebat’ yang bersilat tanpa jemu disitu yang perlu disantuni selalu dan secara berterusan. Muayasyah bersama mereka selama dua hari menambah dalam kan lagi rasa ukhuwwah, mahabbah dan empati terhadap perjuangan mereka yang sentiasa turun naik dalam mengoperasikan dakwah yang sangat mencabar di bumi kepelbagaian agama dan etnik dimana umat Islamnya tak sampai 30%.
Cabaran baru mereka ialah bagaimmama hendak melibatkan pemuda dakwah yang pulang dari luar negara. Mereka aktif dan telah terlibat semasa diluar negara tetapi tidak mahu mengaitkan diri dengan ‘dakwah jamaiah’ yang ada dibumi Sarawak. Mereka enggan menaiki ‘karavan dakwah’ yang kita tawarkan kepada mereka. Kita perlu fikirkan bersama bagaimmama tenaga tenaga muda yang bersemangat ini yang telah mendapat tarbiyah di ‘re-tune’ kembali agar dapat di bawa bersama untuk mensemarakkan dan memarakkan dakwah di bumi kenyalang.
Semasa dalam k/terbang Air Asia, terbaca in flight magazine mengenai pembuatan kapal oleh orang Makasar bertajuk “Untainted tradition”. …Barisan kata kata ini menjentik inspirasi mama……..”They build the ships without blue prints, hightech equipment or modern applications and yet these vessels are much ‘sought after’ and lasted for 10 years and sail confidently across the great seas. The shipbuilders believe that the ships are made from the ‘heart’ and the ‘care’ they invest in the process is part of the reason why their ships are so ‘valued’. When the ship is complete, sailing the ships guided only by the the moon and the stars to their owners.. Mama berkata dalam diri sendiri, alangkah bagusnya kalau mama dapat melakukan sebaik ini untuk membina anak-anak usrah mama. So the essence of lively usrah apart from taujihat dan ‘mutabaah amal’ are the quality time spent and the caring plus loving hearts…. ………….
Thank You Allah. Semoga Allah merahmati dan meredhai usaha kita semua. Sama-samalah berdoa agar kita istiqamah dan sentiasa memperbaharui iltizam kita dalam dakwah ini.
No comments:
Post a Comment