Selepas maghrib akhi Anwar dan zaujahnya ukhti Jamilah menjemput kami unutk bersama sama pergi ke rumah Akhi Yacop. Akhi Yacop dan zaujahnya Ukhti Haziah menjamu kami makan malam yang sedap menjilat jari i.e nasi Arab dan nasi putih berlaukkan ikan kukus, siput sedut masak hitam,sup ayam, sambal belacan dan lain-lain. Farewell Dinner ini juga disertai oleh Akhi Ustaz Ali Fathullah dan isterinya Ukhti Ustazah Nida, demikian juga Ukhti Zahirah zaujah akh Faiz Sahari, akhi Faiz dan akhi Roslan tidak dapat hadir kerana ‘on call’ for the night duty@ plant.
Selepas menjamu selera kami bergegas ke dewan Brilliant Kindy untuk meneruskan sesi terakhir iaitu sesi ‘Revisit’ and ‘Sharing’ kaedah pengendalian usrah yang berkesan. Pada mulanya akhi Yacop cadangkan untuk buat TOT nuqaba’ tetapi oleh kerana last minute notice, beberapa orang tidak dapat hadir kerana ada meeting lain dan pergi kerja malam ‘on call’ maka sesi ‘sharing’ pun dijalankan dalam suasana santai penuh mahabbah bersama AJK JIM/WJIM yang aktif. Tujuan nya untuk memperkasakan institusi usrah sebagai satu komponen penting dalam tarbiyah untuk menggerakkan dakwah dan merealisaikan RJIM2.
Penekmaman: Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segalanya bermula dnegan tarbiyah. Tarbiyah dan usrah adalah our ‘trade and tradition’. We have to do it from the heart and fullheartedly, doing is believing.
Konsep Tarbiyah ditekankan, ie bukan hanya ‘usrah’ semata-mata. Namun usrah adalah modul wajib dan penting yang ‘mesti’ dilaksana dalam pembentukan, pemantauan dan pemeringkatan ‘muwasafat’ para aktivis dakwah aka kader. Pengendalian usrah mesti dipantau dan di evaluasi agar kita dapat memastikan usrah kita basah dan terus hidup.
Usrah yang berkesan mesti dilengkapi dengan komponen Tarbiyah yang 3 serangkai, tarbiyah zatiah (amal fardi yang membentuk karakter & keperibadian para dai’), tarbiyah jamaiyah (usrah, halaqah, daurah, mukhayam, jaulah etc) dan tarbiyah midaniyah (turun padang & program luar lingkaran). Apabila salah satu komponen tarbiyah ini di kurangkan penekanan nya maka berlaku sunnatullah ‘kemunduran’, walaupun telah melalui masa dakwah yang panjang namun keahlian jamaah (aktivis), tidak berkembang dengan marak dan kita akan mendengar keluhan demi keluhan yang mengatakan ”Kita tidak cukup orang (aktivis) untuk buat kerja”. Kadangkala apabila fenomena ini berterusan aktivis yang ada akan merasa terkorban atau jadi korbani ’burnt out’ dan kelelahan ini menghasilkan fenomena baru yang dikenali sebagai ’taaban’ yang kalau tidak dibantu dan disantuni akan menjadikan mereka ’futur’ dan hilang ibarat buih dilautan..
Mengikuti usrah tidak banyak masalah sangat bagi mereka yang telah mula merasai halawah Islam, Iman dan harakah. Tetapi membawa usrah tidak ramai aktivis yang hendak lakukan kerana membawa usrah memang berat dan perlukan komitment dan pengorbanan yang tinggi terutama bagi mereka yang menjadi AJK dan memegang jawatan kepimpinan yang terlibat dengan titik bengik ‘pengurusan’ organisasi.
Membawa usrah perlukan persediaan ilmu (termasuk teknik, kaedah usrah yang berkesan dan kemampuan memberi pengisian ilmu yang mengesankan, kata setengah orang usrah yang basah) dan pendedahan fiqh haraki, perlukan masa utk prepare bahan usrah, perlukan masa untuk santun, monitor, follow up anak-anak usrah, perlukan masa untuk muayasyah dan mendengar permasalahan dan ‘trouble shooting’, perlukan masa dan kebijaksanaan dalam penilaian dan pemeringkatan anak anak usrah. Usrah juga pelukan thiqah, thiqah dibina dari hubb kasih sayang yang dirasakan dan keperihatinan yang diempatikan, ini semua memerlukan masa aka time consuming. So masa/time is the essence. Adakah kita mempunyai masa untuk dilapangkan? Namun akhi Roslan berkata, macammama Akhi Naib Presiden Zairul boleh ada banyak masa untuk dakwah sedangkan beliau merupakan seorang Senior manager di Petronas ya?..Tang tu kena tepuk dada tanya selera imaniyah…..
Ada yang menyuarakan masalah membawa usrah berkait rapat dengan confident diri dan ilmu yang hendak disampaikan. Confident diri berkait rapat dengan Ilmu dan Ilmu boleh ditingkatkan dengan cara menghadiri halaqah secara regular, daurah, kelas kelas mingguan ustaz dimasjid-masjid, melalui perbincangan dan perkongsian dengan murobbi.Ilmu juga boleh ditingkatkan melalui pembacaan – mungkin kena buat resolusi 1 buku dibaca dua atau 3 bulan dan dibawa dalam perbincangan usrah? Kita bawa usrah ikut tahap kemampuan dan keilmuan yang digarap sepanjang perjalanan dalam dakwah yang bertahun tahun lamanya.
No comments:
Post a Comment