Friday, September 05, 2008

Wanita boleh berkhutbah Jumaat?

Tetiba pagi ini teringat nak melawat website sifu PTS Puan Ainon. Wahhh memang teruja membaca khutbah jumaatnya pagi ini... Wanita boleh berikan khutbah jumaatnya.....

Khutbah Jumaat PTS: Memilih Prioriti - antara Menyebar-kembangkan Islam ataupun Mempertahankan Islam

http://universitipts.com/index.php/site/comments/khutbah_jumaat2/

mama terasa teruja juga hendak menuliskan sedikit dalam webnya yang sangat popular itu...

"Salam, Alhamdulillah, MasyaAllah.

Saya rasa sunggh teruja dengan khutbah jumaat pagi ini.

Siapa kata wanita ‘tidak boleh’ berikan khutbah jumaatnya?. Kita wanita millinuem serba boleh, tidak boleh berkhutbah di mihrab masjid, makanya khutbah jumaat oleh wanita diberikan di cyberspace!. Makmumnya global. Kerana setiap individu Muslim bebas melakukan dakwah dan jihad menurut kemampuan masing-masing, bak kata kata As Syahid Hassan AL Banna:
“ ”Sesungguhnya tukang berbicara itu berbeza dari ahli amal, dan ahli beramal berbeza dari ahli jihad, dan ahli jihad berbeza dari ahli jihad yang produktif dan bijaksana. Dia memperolehi keuntungan yang gemilang dengan pengorbanan yang sekecil-kecilnya”
Yang paling penting ialah kita ‘cinta’ terhadap semua usaha dan kerja ‘dakwah’kita. KIta ‘cinta’ dakwah bukan setakat ‘berdakwah’ sahaja. Teringat kata kata yang dipetik dari Dari filem Sang Murabbi – Almarhum Rahmat Abdullah – Sheikh Tarbiyah PKS, Indonesia :
“Kita bukan hanya ‘BERDAKWAH’ tetapi mesti CINTA DAKWAH”
Cinta dakwah mendorong kita mencintai SEMUA ORANG dan SEMUA TUGAS.Apabila kita cinta dakwah maka dengan cinta kita melakukan sesuatu tugas laksana enjin dan ELEMENT lain berfungsi dalam kenderaan: tidak penting siapa ‘penumpangnya’....
Saidina Khalid bin Al-Walid mencintai jihad, bukan menikmati saat-saat membunuh orang. Dia mencintai “tugasnya”, misi cinta dakwah menjadikan dia menikmati ‘kesulitan’, setiap halangan menjadi cabaran, kesusahan adalah bayangan keenakan syurga. Dia juga berkata, “Berada pada suatu malam yang dingin membeku dalam suatu pertempuran, lebih aku sukai daripada tidur bersama seorang gadis dimalam pengantin”.
Jika ingin berehat nanti di syurga....
Dakwah ialah mengajak/memujuk/menggoda atas nama cinta. Bukan menyuruh atau memaksa
Semoga kita semua dirahmati Allah....
Tumpang mempromosikan buku saya, “Bagaimana akhirnya saya bertudung” telah dicetak buat kali ke 7, dan buku kedua saya “Mengapa Saya Bekerja” akan keluar dalam pasaran tidak lama lagi (telah dihantar ke printing), Terima Kasih PTS memberi saya peluang saya mencintai dakwah melalui minat saya mencintai penulisan.
Selamat berpuasa, bulan rahmah maghfirah dan janji syurga dan jom kita sama sama merebut malam lailatul qadar.

No comments: