Thursday, September 04, 2008

Nostalgia surah Al Baqarah ayat 133 dan ayahnda tercinta


133] (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika dia berkata kepada anak-anaknya: Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati? Mereka menjawab: Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).


Mama bertilawah Al quran seperti biasa pagi ini selepas solat subuh, tetiba teringat almarhum ayahnda yang telah lama pergi apabila terbaca ayat 133 surah Al Baqarah diatas. Air mata terburai hati sayu dan teringat ingat, terngiang suara ayahnda tercinta yang membaca ayat diatas tadi berulanga-ulang pada malam terakhir kehadiran beliau bersama sama anak anak & cucunya di malam hari raya keempat (Aidulfitri) di rumah nya di Kg Sg Pulai Muar tahun 1994.

Malam itu kita semua berkumpul di rumah ayahnda (anak anak mama memanggilnya Tok Yek) dan malam itu ada beberapa kumpulan perbincvangan, ada kaum ibu, kaum bapa dan anak anak berborak dan ketawa gembira sehingga puul 2 pagi. Tok Yek mula-mula joint perbincangan dalam kelompok kaum bapa, kemudian neliau bergerak dan berjalan dari kelompok kesatu kelompok perbincangan sambil mengulang ulang ayat diatas dan ditambah dengan ulasan dan syarahan kecil;

"Nabi Yaakub bertanya kepada anak-anaknya, Siapakah yang akan kamu sembah setelah aku mati?...kenapa dia tidak bertanya, apakah yang kamu nak makan apabila aku mati? apakah yang akan kamu warisi setelah aku mati...?".......

Itulah yang Tol Yek ulang ulang....sehingga semua orang tertanya tanya kenapa Tok Yek berbicara soal kematian?....Sebenarnya ia bukan soal kematian, tetapi ia mengingtakan kepada kita pokok kehidupan kita, ia itu soal akidah dan kepercayaan...dalam kehidupan ini bukan soal makan dan minum, bukan soal harta dan kelazatan semata....tetapi soal akidah dan kepercayaan dan sola syiar dan syariah..its all about syariah.... anak anak akan bertanya apa beza syiar apa beza syariah?...itu sendiri kena tahu

Tiba tiba dalam jam 3 pagi kami dikejutkan oleh berita Tok Yek akan dihantar ke hospital kerana sakit perut yang bersangatan, mama pegang perut Tok Yek...keras sangat! Tok Yek mengerang kesakitan sepanjang jalan ke hostpital Muar. Esoknya Tok Yek di bedah kerana komplikasi usus, the operation was recessful but he never recover after the operation, kata orang mungkin dia sudah tua tidak tahan dengan ubat bius. Benarkah begitu any doctor here?

Sehari kemudian Tok Yek meninggal dunia yang fana ini, sebaik sahaja azan Asar berkumandang, Masa itu mama sedang menghadapi Tok Yek ditepi katil nya sedang membacakan surah Al Waqiah, sebaik azan dikumandangkan , nafasnya berhenti... Wahai jiwa jiwa yang tenanag kembalilah kepada tuhamnu dengan kedaan redha dan diredhai, dan masuklah ke dalam syurga ku....

Jadi sebaik sahaja mama stumbled upon this ayat, tetiba nostalgia itu kembali lagi. Marilah kita bacakan al Fatihah untuk AlMarhum ayahnada (aka Tok Yek) Tuan Guru Hj Mohd Tahir bin Daeng Mengati. Beliau merupakan seorang pahlawan kemerdekaan Indonesia Melawan Belanda, menjadi suaka di Tanah Melayu tahun 1946 namun disini dia mengembangkan keturunan nya, untuk kita warisi semangat dan roh perjuangannya. Disini menjadi pelopor dakwah dan kerja kerja Islam. Malah menjadi salah seorang pengasas Parti PAS di Johor pada tahun 1954 dan tsabat dalam perjuangan Islam sehingga beliau menghenbuskan nafas terakhirnya. Disamping itu itu beliau telah menterjemahkan berpeluh buku buku mengenai geraka Islam yang ditulis oleh tokoh tokoh perjuangan dan dakwah dari Ikhwanul Muslimin. Kenapa beliau terlalu minat dengan ikhwan?..Ada kisah yg paling menarik semasa beliau menunaikan haji di Mekah pada tahun 1955. .......

Pokoknya ada darah panas perjuangan mengalir dalam diri kita semua. Kita nyalakan obor agar darah yang mengalir dapat direalisasikan oleh kita dalam mengamalkan Islam dalam diri dan keluarga serta masyarakat

1 comment:

hood@sunny said...

Wah, baru uda tahu kisah pemergian tok yek..
time tu ingat2 lupa and wondering how it happened..
Al fatihah...