Inna Lillahi wa inna ilai rajiun
Dari Allah dia datang dan kepada Allah dia kembali
Dia pergi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Betapa ALlah sayang kepadanya
Al Fatihah
Pagi ini mama dikejutkan dengan berita kembalinya seorang sahabat lama Prof Madya Termidi Tamsir, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM Skudai) yang tinggal di Taman Sri Pulai, Skudai. Beliau telah mengadu sesak nafas pada awal pagi tadi, dan isterinya telah membawa ke klinik swasta di Taman Sri Pulai. Walau bagaimanapun, beliau telah menghembuskan nafas terakhir di klinik berkenaan pada kira-kira 6.40 pagi tadi. Menurut auntie Dayat kematian mungkin kerana penyakit cancer yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu. Urusan jenazah akan diuruskan oleh kariah Masjid Taman Sri Pulai dan akan dibantu oleh Prof Dr Noorazlan Zanzali. Keluarga telah membuat keputusan untuk dikebumikan di Skudai, Johor hari ini.
Anak-anak almarhum ialah Aiman( class mate Kak Yong di Al Amin), Naim( class mate Bangah di AL AMin juga), Zakri (26 thn), Hanif (24 thn, study medicine di Uni Hassanuddin, Sulawesi), Ahnaf (22 thn, Uni Tun Husin Onn Malaysia), Izzati (20 thn, Univ.Malaya), Ghazi (18 thn), dan Alifah (16 thn), sementara balunya ialah ukht Maimunah.
PM Tarmidi kawan baik papa dan senior mama during diploma years @ UTM(dulunya ITK). PM Tarmidi selau mengadakan tution sebelah malam untuk adik adik junior semasa dia berada di tahun akhir Diploma ITK. Isteri beliau mama panggil Kak Munah memang rapat dgn keluarga kita.
Mama mendapat berita terbaru tadi bahwa semasa solat jenazah selepas zohor, lebih 1000 orang solat jenazah untuknya. ALangkah beruntungnya dia. Semoga doa para sahabat memudahkan segala urusannya di alam baqa'.
Mama wish one day when the time comes to be treated like that too. Mama berharap nanti apabila mama pergi pun mama ingin kan seramai itu orang akan mensolatkan jenazah mama. AMINNNNN....
Sama-sama kita doakan agar ruhnya dirahmati oleh Allah swt, ampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang soleh.
1 comment:
Al fatehah.
Sebagai kekanda yang banyak berjasa membesarkan & menyekolahkan adik2 terutamanya diyana, pengorbanan akak memang tinggi nilainya.xkan mampu terbalas dengan apa pun, sehingga kami adik2 akak menjadi orang yang berjaya sehingga kini,
Sesungguhnya setiap ilmu & manfaat yang kami perolehi, menjadi untaian zikir & pahala buat akak.
Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan buat akak di dunia dan diakhirat.Amin
Post a Comment