Monday, September 22, 2008

Dia tidak akan kembali

Dua hari sudah berlalu daripada sepuluh terakhir Ramadhan thn 1429.
Atau dua puluh dua hari keseluruhan Ramadhan tahun ini telahmengucapkan selamat tinggal kepada kita.
Detik Ramadhan tahun ini hanya tinggal lapan hari sahaja lagi. Waktu yang telah berlalu DIA tidak akan kembali lagi. Jika kembali pun, mungkin akan berlaku pada hari akhirat nantidalam bentuk yg selayaknya bagi Allah ketika Dia memapar kembaliamalan kita.Ditolak dengan kesibukan persiapan hari raya dan urusan nak balik kampung, berapakah waktu yang masih tinggal untuk kita fokus bacaan quran dan amalan-amalan lain?

Ungkapan Arab ada berbunyi: "Apa yang tidak boleh dimiliki keseluruhannya, janganlah ditinggalkan kesemuanya".

Berdasar semangat ungkapan ini, penuhilah baki-baki Ramadhanyang masih tinggal dengan memperbanyakkan ibadah. Siapa tahu dengan sedikit penumpuan kita di akhir Ramadhan ini, kita akan dipertemukan dengan Lailatul Qadar, iaitulah malam yang lebih baik dari seribu bulan.Sekian, moga kita termasuk dikalangan manusia yang beruntung untuk bulan Ramadhan tahun ini. Aminnn

Tuesday, September 16, 2008

Perutusan Ramadhan dari Ustaz Muhammad Mahdy Akif

Walaupun ramadhan sudah dua minggu bermula, tetapi belum terlambat kerana Ramadhan masih ada. Mungkin dengannya kita menambahkan semangat dan kekuatan utuk mengurangkan tidur, kurang rihat dan tambah amal terutama dalam mengejar malam Lailatul Qadar. satu malam yang lebih baik dari seribu bulan......

***************************************************************************

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna…” (al-Anfal:24)

Wahai ikhwan dan akhawat (sdra dan sdri)

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, wa ba’d

Moga-moga setiap tahun kamu dilimpahi kebaikan. Kini kamu dipayungi bulan mulia lagi berkat. Di dalamnya kebaikan berantai-rantai tiada putus, hembusan rahmat bertali arus, limpahan kasih al-Rahman mengalir laksana arus. Sesungguhnya Ramadan benar-benar bulan rahmah, maghfirah dan bebas dari belanggu api neraka. ”(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...” (al-Baqarah:185)

Ketahuilah sesungguhnya perjalanan yang panjang itu memerlukan bekalan. “….dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)”. (al-Baqarah:197)

Hendaklah kamu jadikan Ramadan ini masa untuk menyiapkan bekal setahun. Jadikan siam (puasa), qiam, wirid, i’tikaf, sedekah dan solat sebagai bekalan dalam perjalanan mengadap Tuhan. Daripada bekalan itu kita bisa berdiri, membangun cita-cita yang tinggi, memperkuat keazaman yang murni. Saat kita beramal di bulan yang mulia, hati bertaut dengan Kekasihnya, tidak lucut ikatannya, tidak putus pengharapannya, sedang jiwa mencapai keberuntungan berjual beli dengan Allah Yang Maha Esa. ”Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.” (al-Baqarah:207)

Jadikanlah Ramadan ini titik berlepas ke arah mencapai tujuan. Jadikan Islam sebagai sebuah daulah yang bergerak di dalam jiwa-jiwa manusia dan melekat di dalamnya. aqidah dan iradah, amal dan ibadah, ilmu dan kepimpinan, keagungan dan ketuanan. Biarlah Islam menjadi aqidah yang menggerakkan iradah (kemahuan), ibadah yang melahirkan amal, ilmu yang melayakkan memimpin, mendapat penghurmatan dan ketuanan. Semuanya terhasil dan tercerna mengikut acuan rabbani yang amat luas. Hendaklah semua hati-hati menjadikan matlamat puasa mereka seperti yang telah digariskan di dalam firman Allah yang bermaksud: ”.... supaya kamu bertakwa”. (al-Baqarah:183)

Beramallah dengan bersungguh-sungguh supaya bulan ini tidak pergi kecuali dalam keadaan kamu telah memperlihatkan kepada Allah keyakinan kamu kepada janjiNya, beriltizam dengan perintahNya, berjalan mengikut manhajNya, “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” (al-Baqarah268). Pacakkan bendera yang bersesuaian bagi setiap sepuluh hari bulan Ramadan. Sepuluh yang pertama haraplah rahmat dengan berkasih sayang dan menguhubung silatul rahim. Sepuluh kedua harapkan keampunan dengan memohon ampun dan saling bermaafan agar terlerai segala dosa dan kesilapan lalu. Dan kemudian sepuluh terakhir haraplah kebebasan dari segala belenggu di dunia dan akhirat. “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (al-Ahzab:23)

Sahutlah seruan untuk hidup pada bulan Ramadan ini supaya sepanjang tahun akan datang nanti terus mekar dan subur berpanjangan. ”Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (al-Ahqaf:31)

Awas dan waspada Jangan sampai Ramadan kali ini terlucut dari genggaman kamu! Jika itu berlaku, rugilah kamu, kerugian yang tidak mungkin ditampung dengan apa usaha sekalipun. ”Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata.” (al-Ahqaf:32) “Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira” (al-Rum:4)

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

محمد مهدي عاكف
المرشد العام للإخوان المسلمين

Terjemahan Ustazah Maznah Daud
Ramadhan 1429.

Wednesday, September 10, 2008

Kita dah masuk 10 Ramadhan kedua…..

Pejam celik, pejam celik, kata orang diam tak diam, kita dah nak masuk gear dua dalam bulan Ramadhan, Ya kita dah masuk 10 hari kedua dalam bulan Ramadhan. Seorang sahabat mengghantar email maka mama kongsikan sebuah tazkirah yang sungguh menyentuh norani dari seorang ustaz .

" kita pergi ke kedai tayar, untuk ‘balancing tayar’ sahaja. Cina tu kata,” tayar dah rosak - beralun alun dan bahaya”. Maka kita pun risau, kita pun suruh dia menukar tayar.
Kemudian foreman itu kata lagi, ”Minyak hitam (injin) pun dah pekat, nanti balik raya jalan jauh tak elok pada injin. kita pun tukar minyak hitam (pastinya dengan filternya sekali, tambah lagi duit! ). Cina tu cakap, kita percaya. Tak musykil pun. Kita Yakin, ‘Haqqul yakin (dengan sebenar benar yakin!, Kita tidak mempersoalkan nya, apalagi membantah. Padahal Foreman itu bukan Islam, kata setengah orang disebut ‘kafir’.

Tetapi bila Allah SWT berfirman maksudnya : “ 10 hari pertama ramadhan adalah keberkatan”, ramai yang macam tak percaya atau mungkin tak rasa apa-apa”. Masih ada berlegar-legar di Chow kit sebab sentiasa menyangka dan memujuk hati dengan berkata,” masih ada masa nak terawikh, 20 hari lagi.
Kemudian 10 hari ke dua adalah keampunan Allah, pun ramai yang macam tak dengar sahaja., bahkan untuk 10 hari yang ketiga adalah pelepasan dari api neraka –bertambah lah ramai yang macam dengar tak dengar sahaja. Almaklumlah sudah sibuk persediaan raya, pakaian, kuih-kuih, hiasan, dah sampai di kampung dan melayan ahli keluarga). Maka di mana kita???,
Jom gandakan amal, jangan miss tarawikh, banyakan baca Quran, cuba dapatkan lailatul qadar, malam seribu bulan……entah entah ramadhan kali ini mungkin lebih baik dari ramadhan tahun lepas…..

Friday, September 05, 2008

Wanita boleh berkhutbah Jumaat?

Tetiba pagi ini teringat nak melawat website sifu PTS Puan Ainon. Wahhh memang teruja membaca khutbah jumaatnya pagi ini... Wanita boleh berikan khutbah jumaatnya.....

Khutbah Jumaat PTS: Memilih Prioriti - antara Menyebar-kembangkan Islam ataupun Mempertahankan Islam

http://universitipts.com/index.php/site/comments/khutbah_jumaat2/

mama terasa teruja juga hendak menuliskan sedikit dalam webnya yang sangat popular itu...

"Salam, Alhamdulillah, MasyaAllah.

Saya rasa sunggh teruja dengan khutbah jumaat pagi ini.

Siapa kata wanita ‘tidak boleh’ berikan khutbah jumaatnya?. Kita wanita millinuem serba boleh, tidak boleh berkhutbah di mihrab masjid, makanya khutbah jumaat oleh wanita diberikan di cyberspace!. Makmumnya global. Kerana setiap individu Muslim bebas melakukan dakwah dan jihad menurut kemampuan masing-masing, bak kata kata As Syahid Hassan AL Banna:
“ ”Sesungguhnya tukang berbicara itu berbeza dari ahli amal, dan ahli beramal berbeza dari ahli jihad, dan ahli jihad berbeza dari ahli jihad yang produktif dan bijaksana. Dia memperolehi keuntungan yang gemilang dengan pengorbanan yang sekecil-kecilnya”
Yang paling penting ialah kita ‘cinta’ terhadap semua usaha dan kerja ‘dakwah’kita. KIta ‘cinta’ dakwah bukan setakat ‘berdakwah’ sahaja. Teringat kata kata yang dipetik dari Dari filem Sang Murabbi – Almarhum Rahmat Abdullah – Sheikh Tarbiyah PKS, Indonesia :
“Kita bukan hanya ‘BERDAKWAH’ tetapi mesti CINTA DAKWAH”
Cinta dakwah mendorong kita mencintai SEMUA ORANG dan SEMUA TUGAS.Apabila kita cinta dakwah maka dengan cinta kita melakukan sesuatu tugas laksana enjin dan ELEMENT lain berfungsi dalam kenderaan: tidak penting siapa ‘penumpangnya’....
Saidina Khalid bin Al-Walid mencintai jihad, bukan menikmati saat-saat membunuh orang. Dia mencintai “tugasnya”, misi cinta dakwah menjadikan dia menikmati ‘kesulitan’, setiap halangan menjadi cabaran, kesusahan adalah bayangan keenakan syurga. Dia juga berkata, “Berada pada suatu malam yang dingin membeku dalam suatu pertempuran, lebih aku sukai daripada tidur bersama seorang gadis dimalam pengantin”.
Jika ingin berehat nanti di syurga....
Dakwah ialah mengajak/memujuk/menggoda atas nama cinta. Bukan menyuruh atau memaksa
Semoga kita semua dirahmati Allah....
Tumpang mempromosikan buku saya, “Bagaimana akhirnya saya bertudung” telah dicetak buat kali ke 7, dan buku kedua saya “Mengapa Saya Bekerja” akan keluar dalam pasaran tidak lama lagi (telah dihantar ke printing), Terima Kasih PTS memberi saya peluang saya mencintai dakwah melalui minat saya mencintai penulisan.
Selamat berpuasa, bulan rahmah maghfirah dan janji syurga dan jom kita sama sama merebut malam lailatul qadar.

Thursday, September 04, 2008

Nostalgia surah Al Baqarah ayat 133 dan ayahnda tercinta


133] (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika dia berkata kepada anak-anaknya: Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati? Mereka menjawab: Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).


Mama bertilawah Al quran seperti biasa pagi ini selepas solat subuh, tetiba teringat almarhum ayahnda yang telah lama pergi apabila terbaca ayat 133 surah Al Baqarah diatas. Air mata terburai hati sayu dan teringat ingat, terngiang suara ayahnda tercinta yang membaca ayat diatas tadi berulanga-ulang pada malam terakhir kehadiran beliau bersama sama anak anak & cucunya di malam hari raya keempat (Aidulfitri) di rumah nya di Kg Sg Pulai Muar tahun 1994.

Malam itu kita semua berkumpul di rumah ayahnda (anak anak mama memanggilnya Tok Yek) dan malam itu ada beberapa kumpulan perbincvangan, ada kaum ibu, kaum bapa dan anak anak berborak dan ketawa gembira sehingga puul 2 pagi. Tok Yek mula-mula joint perbincangan dalam kelompok kaum bapa, kemudian neliau bergerak dan berjalan dari kelompok kesatu kelompok perbincangan sambil mengulang ulang ayat diatas dan ditambah dengan ulasan dan syarahan kecil;

"Nabi Yaakub bertanya kepada anak-anaknya, Siapakah yang akan kamu sembah setelah aku mati?...kenapa dia tidak bertanya, apakah yang kamu nak makan apabila aku mati? apakah yang akan kamu warisi setelah aku mati...?".......

Itulah yang Tol Yek ulang ulang....sehingga semua orang tertanya tanya kenapa Tok Yek berbicara soal kematian?....Sebenarnya ia bukan soal kematian, tetapi ia mengingtakan kepada kita pokok kehidupan kita, ia itu soal akidah dan kepercayaan...dalam kehidupan ini bukan soal makan dan minum, bukan soal harta dan kelazatan semata....tetapi soal akidah dan kepercayaan dan sola syiar dan syariah..its all about syariah.... anak anak akan bertanya apa beza syiar apa beza syariah?...itu sendiri kena tahu

Tiba tiba dalam jam 3 pagi kami dikejutkan oleh berita Tok Yek akan dihantar ke hospital kerana sakit perut yang bersangatan, mama pegang perut Tok Yek...keras sangat! Tok Yek mengerang kesakitan sepanjang jalan ke hostpital Muar. Esoknya Tok Yek di bedah kerana komplikasi usus, the operation was recessful but he never recover after the operation, kata orang mungkin dia sudah tua tidak tahan dengan ubat bius. Benarkah begitu any doctor here?

Sehari kemudian Tok Yek meninggal dunia yang fana ini, sebaik sahaja azan Asar berkumandang, Masa itu mama sedang menghadapi Tok Yek ditepi katil nya sedang membacakan surah Al Waqiah, sebaik azan dikumandangkan , nafasnya berhenti... Wahai jiwa jiwa yang tenanag kembalilah kepada tuhamnu dengan kedaan redha dan diredhai, dan masuklah ke dalam syurga ku....

Jadi sebaik sahaja mama stumbled upon this ayat, tetiba nostalgia itu kembali lagi. Marilah kita bacakan al Fatihah untuk AlMarhum ayahnada (aka Tok Yek) Tuan Guru Hj Mohd Tahir bin Daeng Mengati. Beliau merupakan seorang pahlawan kemerdekaan Indonesia Melawan Belanda, menjadi suaka di Tanah Melayu tahun 1946 namun disini dia mengembangkan keturunan nya, untuk kita warisi semangat dan roh perjuangannya. Disini menjadi pelopor dakwah dan kerja kerja Islam. Malah menjadi salah seorang pengasas Parti PAS di Johor pada tahun 1954 dan tsabat dalam perjuangan Islam sehingga beliau menghenbuskan nafas terakhirnya. Disamping itu itu beliau telah menterjemahkan berpeluh buku buku mengenai geraka Islam yang ditulis oleh tokoh tokoh perjuangan dan dakwah dari Ikhwanul Muslimin. Kenapa beliau terlalu minat dengan ikhwan?..Ada kisah yg paling menarik semasa beliau menunaikan haji di Mekah pada tahun 1955. .......

Pokoknya ada darah panas perjuangan mengalir dalam diri kita semua. Kita nyalakan obor agar darah yang mengalir dapat direalisasikan oleh kita dalam mengamalkan Islam dalam diri dan keluarga serta masyarakat

Tuesday, September 02, 2008

Sahabat pergi menemui Ilahi- Prof Madya Tarmidi Tamsir

Inna Lillahi wa inna ilai rajiun
Dari Allah dia datang dan kepada Allah dia kembali
Dia pergi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Betapa ALlah sayang kepadanya

Al Fatihah

Pagi ini mama dikejutkan dengan berita kembalinya seorang sahabat lama Prof Madya Termidi Tamsir, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM Skudai) yang tinggal di Taman Sri Pulai, Skudai. Beliau telah mengadu sesak nafas pada awal pagi tadi, dan isterinya telah membawa ke klinik swasta di Taman Sri Pulai. Walau bagaimanapun, beliau telah menghembuskan nafas terakhir di klinik berkenaan pada kira-kira 6.40 pagi tadi. Menurut auntie Dayat kematian mungkin kerana penyakit cancer yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu. Urusan jenazah akan diuruskan oleh kariah Masjid Taman Sri Pulai dan akan dibantu oleh Prof Dr Noorazlan Zanzali. Keluarga telah membuat keputusan untuk dikebumikan di Skudai, Johor hari ini.

Anak-anak almarhum ialah Aiman( class mate Kak Yong di Al Amin), Naim( class mate Bangah di AL AMin juga), Zakri (26 thn), Hanif (24 thn, study medicine di Uni Hassanuddin, Sulawesi), Ahnaf (22 thn, Uni Tun Husin Onn Malaysia), Izzati (20 thn, Univ.Malaya), Ghazi (18 thn), dan Alifah (16 thn), sementara balunya ialah ukht Maimunah.

PM Tarmidi kawan baik papa dan senior mama during diploma years @ UTM(dulunya ITK). PM Tarmidi selau mengadakan tution sebelah malam untuk adik adik junior semasa dia berada di tahun akhir Diploma ITK. Isteri beliau mama panggil Kak Munah memang rapat dgn keluarga kita.

Mama mendapat berita terbaru tadi bahwa semasa solat jenazah selepas zohor, lebih 1000 orang solat jenazah untuknya. ALangkah beruntungnya dia. Semoga doa para sahabat memudahkan segala urusannya di alam baqa'.

Mama wish one day when the time comes to be treated like that too. Mama berharap nanti apabila mama pergi pun mama ingin kan seramai itu orang akan mensolatkan jenazah mama. AMINNNNN....

Sama-sama kita doakan agar ruhnya dirahmati oleh Allah swt, ampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang soleh.

Sebarkan banner Ramadhan agar kita penuhkan Puasa dengan amalan

Salam,

Hari kedua Ramadhan, dah beberapa muka surat Al Quran dibaca? Ini peringatan untnuk diri snediri yangs elalu alpa dan lupa....

Boleh lah sebarkan banner ini dan masukkan dalam blog masing masing....





Ramadhan silih berganti meniti usia
Kini datang lagi menjengah muka
Bertanya khabar dan berita
Tentunya ramai yang bergembira
Tapi kenapa ada juga yang berduka?

Saratnya Ramadhan dengan pahala memang dinanti
Siapa dan apa saja amal akan diganjari
Kerana bulan ini bulan tarbawi lagi diberkati
Usah dipersia nanti rugilah diri

Masihkah ada baki usia kita
Sedangkan ajal pergi tanpa diminta
Entah hari ini, esok atau pun lusa
Bersemadi di pusara menunggu hari bicara

Ayuh ! ... rebutlah peluang
Jalan telah terbentang
Mendamba rahmat serta keampunan
Syarat syurga Tuhan.