Jenerasi contoh
1) Untuk melayari hidup yang penuh dengan cabaran ini, sebenarnya
kita tidak kontang dengan panduan. Panduan terbaik sudah tentulah
quran dan hadis. Para sahabat merupakan golongan yang telah berjaya
menghayati ajaran quran dan hadis dalam kehidupan mereka.
2) Dr Aidh Abdullah al-Qarni berkata: "Aku pernah membaca
catatan sejarah para sahabat. Aku dapati dalam hidup mereka ada lima
keadaan yang membezakan mereka dengan orang lain:
i) Cara hidup yang sederhana dan tidak memaksa diri. Mereka
menghadapi segala masalah hidup dengan sewajarnya, tidak terlalu
berlebihan dan tidak terlalu dibebani.
ii) Ilmu mereka luas, penuh berkat dan praktikal. Ilmu mereka
tidak retorik dan tidak berbelit-belit.
iii) Bagi mereka, amalan hati lebih penting dari amalan zahir. Di
hati mereka ada keikhlasan, inabah, tawakal, kecintaan mendalam
kepada Allah, keinginan untuk mendekati Allah, rasa bimbang jika amal-
amal yang dilakukan tidak diterima Allah, dan perasaan takut jika
siksa Allah menimpa mereka. Bagaimanapun, amalan mereka sangat
sederhana berkaitan dengan perkara sunat, sembahyang dan puasa. Malah
para tabi'inlah yang lebih rajin melakukan perkara-perkara sunat.
iv) Mereka sengaja mengurangi nikmat dunia, menjaga jarak
dengannya (dunia), menjauhkan diri dari godaan dan kemewahannya.
Semua ini membuat mereka berada dalam ketenangan, kedamaian dan
ketetapan hati.
v) Mereka meletakkan jihad sebagai keutamaan berbanding dengan
amalan lain sehingga ia menjadi tanda, sakhsiah dan cogan kata hidup
mereka. Dengan jihad mereka mampu menghilangkan semua kebimbangan,
keresahan dan kesedihan. Ini ialah kerana dalam jihad ada zikir, ada
amal, ada pengorbanan dan ada aktiviti".
No comments:
Post a Comment