Sunday, April 15, 2007

Cinta berkembang bukan jatuh !


n
n

“… Kalau kita mencintai seseorang, kita sentiasa mendengar apa yang dia cakapkan, tidak nampak kelemahan dan kekurangan nya, sentiasa betul, sentiasa sokong, menunjukkan tingkah laku dan usaha terbaik kepada orang yang disayangi. Berdasarkan ini, cinta bukan perasaan. Cinta adalah sikap dan pemikiran terhadap objek cinta. Ini disusuli dengan kelakuan atau tingkah laku yang menunjukkan kita mencintai seseorang. Perasaan itu datang kemudian.
Tapi biasanya bila orang mengatakan tentang cinta, dia terus kepada perasaan, jadi perasaan mencintai seseorang. Kalau perasaan cinta itu ada tetapi sikap kita tidak mencintainya… tingkah laku kita tidak betul… yang paling penting dalam cinta ini ialah sikap terhadap objek yang dicintai.
Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Dan sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari masa ke masa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta….

Secara langsung cinta tidak diperlukan sebagai asas kebahagian tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagian….”

~Prof Madya Dr Mat Saat Baki (Ketua Unit Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia)

No comments: