Thursday, January 06, 2005

Ubah diri jika mahu orang lain berubah

Nasib kita tidak akan berubah jika kita mengubah diri kita sendiri. Maksud hadith

Banyak kali kita ingin mengubah sesuatu dengan cepat dan serta merta. Jika ia gagal dan tetap tidak berubah, kita marah sebab apa yang kita mahukan tidak terpenuhi, kita kecewa kerana apa yang kita iginkan tidak tercapai.

Kini kita tahu rupa rupanya 'perubahan' tidak akan terjadi dari luar, tetapi dari dalam. Jika kita inginkan kebaikan, kelembutan, kasih sayang, kita perlu cari dahulu dalam diri kita. Jika kita mahukan disiplin dan hidup yang teratur kita perlu selidik dan cari dalam diri kita.

Semasa ingin memulakan pada langkah permulaan memang terasa asing dan janggal. Namun kita akan merasai kemanisannya jika kita telah melangkauinya, hidup kita terasa unik, sesuatu yang menselesakan dan memberi kebahagiaan kepada kita.

Kita tahu kalau kita sentiasa berada di jalan Nya, Dia sentiasa akan menganugerahkan kepada kita rahmat dan nikmat Nya. Pada bila bila masa sahaja. Banyak benda baru di sana yang menunggu kita. Kita ada masa, alat untuk membangun kembali kekuatan fizikal kita.

Kita bukan seorang, kita bukan tak mampu. KIta pelajarilah, melihat masa depan dengan penuh harapan dan jalari penghidupan baru yang lebih cemerlang dan menyeronokkan.

No comments: