Maaf , kita tidak dapat raikannya 'on time'.
Seharusnya sambutan hari lahirmu ialah pada setiap 14 January. Namun Papa dan Mama merasakan alangkah baiknya jika diraikan oleh semua orang dalam keluarga. Apabila ddik beradik yang lain telah berkumpul. Hari ini semua orang telah berkumpul di rumah kita sempena hari raya Qurban. Hari yang paling tepat.
Kak Yong dan suami (Abg Noh) dari Seremban, Abang Ngah dan isterinya(kak Izah) dari Ukay Perdana, Imang dari USM Penang, dan adik adik yang lain semua memang ternanti untuk meraikannya. tambahan Mak Adak dari Taman Melawati juga hadir bersama.
Papa dan Mama lebih suka menamakan nya 'sambutan hari lahir' bukan 'hari jadi' kerana hari lahir tercatat dan semua orang tahu, namun 'hari jadi' hanya ALlah sahaja yang tahu, bilakah tarikh sebenar 'kita jadi' , tarikh kita di 'conceived' dalam perut ibu tiada siapa di kalangan kita akan tahu?
Alhamdulillah nasib baik Aalaa dan Img menjadi sukarelawan membeli 2 biji kek, Cheese Cake dan walnut chocolate cake berlapis ice cream dan Pizza 2 rasa. Kita perlukan 2 biji kek dan 2 keping PIzza?. kerana kita meraikan hari lahir untuk 7 orang, Aaala pada 20 okt, Img pada 29 Nov, Kak Ngah Izah pada Nov, Abang Long Noh pada 24 Dis, Papa 27 Dis, Adak 12 Jan dan terakhir Abang Uda Taqi pada 14 Jan.
Menurut papa mungkin di tahun akan datang kita hanya raikan sambutan hari lahir secara kumpulan dua tahun sekali. Awal tahun dan tengah tahun. Awal Tahun untuk kumpulan ini dan pertengahan tahun untuk Hikmat(4 April) , Kak Yong (19 April), Mama(26April), Syamil (1 Jul), ABang Ngah(7 Jul). InsyaALlah.
Tazkirah yang papa utarakan semasa memulai majlis ini sungguh mengesankan hati mama. Saat -saat begini memang amat mama nantikan dan rindukan. Semua anak anak ada di depan mata. Anak anak adalah penyejuk mata mama. Tambahan lagi apabila Syamil membacakan doa di akhir tazkirah papa. Air mata mama tersekat sekat. Terharu bercampur bangga. Anak mama yang seorang ini membuat mama sungguh bersyukur kerana atas rahmat Allah ia menjadi hafiz itu semasa berumur 14 tahun. Kini telah menggapai 17 tahun ini. Doanya dan kalimah kalimah Arab yang mantap dan fasih yang terkeluar dari mulutnya sungguh mengait ngait jantung Mama. Aku bersyukur kepadamu Ya ALlah!.
Tahniah ABang Uda kerana Allah telah memanjangkan usiamu menggapai ke 22 tahun. Umur mu mencapai kematangan seorang lelaki. Harapan mama biarlah dengan meningkat umur, bertambah keimanan dan komitment mu terhadap Islam.
Terlanjur meraikan nya hari hari bersejarah dan bermakna ini kita perlu tafakkur sebentar apakah perspektif Islam mengenainya?
Allah Berfirman dalam Al Quran Surah Maryam 15:
Wasalaamun 'alaihi yauma wulida.....
Ertinya : Allah berfirman," Selamat/Sejahatera atas diri-nya ( Nabi Yahya) pada hari ia dilahirkan......"
Dan Allah Berfirman dalam Al Quran Surah Maryam :33 :
"Wassalaamu alayya yauma wulidtu..." Ertinya : Allah berfirman," Berkata Isa putera Maryam,"......dan keselamatan/Selamat-Sejahtera semoga dilimpahkan kepadaku pada hari aku dilahirkan....."
Dua ayat diatas adalah petunjuk bagi orang-orang yang terang mata hatinya dan jernih fikiran nya.
Mengucapkan Selamat atas seseorang pada hari ia dilahirkan adalah mencontohi perbuatan Allah, Tuhan semesta Alam dan contoh dari perbuatan dari para Nabi, khususnya Nabi Isa yang mengucapkan Selamat atas kelahiran dirinya.
Jadi kalau kita mengucapkan " Selamat ( Semoga Allah melimpahkan Kesejahteraan) kepada seseorang pada ia dilahirkan "atau" atas anak yang dilahirkan" .
Termasuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran itu perbuatan kasih sayang yang dicontohkan Allah kepada kita di dalam Al Quran dan mencontohi perbuatan Nabi kita Isa AS yang mensyukuri atas hari lahirnya. Kepada siapa lagi kita mengambil contoh kalau bukan kepada Allah dan Rasul-Rasulnya.
Larian Waktu terlalu pantas. Tidak terkejarkan. Ia ibarat pedang yang memotong kehidupan. Waktu yang terpotong hanya boleh diabadikan. Waktu yang diabadikan adalah tulisan kehidupan. Tulisan kehidupan mungkin dapat memberi makna, menjentik intuisi, memperkaya inspirasi,merakam masa lalu dengan kesyukuran, masa depan penuh harapan
Saturday, January 22, 2005
Happy Belated birthday for Taqee-uddeen....Allah juga meraikannya !
"SELAMAT HARI LAHIR yang tertangguh untuk Abang Uda Taqee-ud-deen, ........"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment