Thursday, January 13, 2005

Berikanlah yang terbaik dan sedekah lah seikhlas hati

Semasa mengumpul barang barang pemberian jiran jiran untuk disedekahkan oleh Mereka yang diuji Tsunami, perasaan mama yang sememangnya pilu menjadi bertambah pilu. Pilu kerana kesedihan terhadap kesengsaraan yang ditimpa oleh mangsa tsunami yang ditambah lagi dengan perasaan sayu kerana mengumpul dan menyisihkan barang barang terpakai yang bercampur baur antara yang baru, masih baik dan buruk.

Sebelum itu Mama mengedar leaflet ke rumah perjiranan untuk meminta kerjasama mereka mengumpulkan telekong, sejadah, Al Qur'an dan Surah Yasin untuk diberikan kepada mangsa Tsunami di Utara. Beberapa jam kemudian berlambak lambaklah barang-barang itu di ruang tamu mama. Alhamdulillah sambutan sungguh menggalakkan. Namun dalam pada ada hati hati yang ikhlas, ada juga yang berlainan pula sikapnya.Dalam kesayuan ini tercetuslah idea untuk menulis mengenai konsep sedekah.

Tullisan ini disiarkan pada hari ini.... Berita Harian...
http://wadahwanita.blogspot.com/2005/01/barangan-lusuh-riak-cacatkan-amalan_12.html

1 comment:

Anonymous said...

assalamualikum..
saya begitu tertarik dengan hasil penulisan mama tentang kehidupan mama.
mungkin kita boleh saling bertukar-tukar pendapat di lain masa.

saya pelajar UTP
chemical engineering, foundation II

wassalam