Ahad, 14 September 03 : Sebenarnya saya telah mengalami selesema yang panjang, hidung yang sentiasa tersumbat, berbunyi sosek sosek dan suara pun sedikit lain macam itek serati. Namun saya kira ia adalah biasa dan menjadi satu rutin yang tidak pelik. Biasalah orang asthma memang macam tu, terutama apabila cuaca tidak menentu, hujan, panas, mendung dan kadang-kadang berjerebu.
Dalam jadual kami hari ini kami perlu memenuhi dua jemputan. Satu jemputan ialah majlis pertunangan anak saudara sebelah suami di Kota Tinggi, satu lagi majlis perkahwinan anak lelaki Akhi Prof Madya Hj. Tarmidi Tamsir di JB.
Pagi pagi selepas subuh bergegas ke Kota tinggi. Majlis pertunangan di jadualkan pada pukul 11.00 pagi. Saya, suami berserta 3 orang anak bermusafir dalam sebuah kereta. Untuk mengejar waktu, kereta dipecut laju mencecah 170km/jam, apabila melepasi Seremban tiba tiba suhu kereta meningkat. Bahaya, kita perlu perlahankan pecutan kita. Perjalanan menjadi agak perlahan sedangkan destinasi masih jauh. Terasa tension nya perjalanan dengan kelajuan yg agak perlahan. Kami sampai ke Kota tinggi pada pukul 2.30 petang, majlis pertunangan telah selesasai, wakil pengantin sebelah sana pun telah balik. Terasa hampa, keciwa yang juga tambah tension lagi. Selepas makan ala kadar dan bersalam dengan sanak saudara yg masih tinggal kami bergegas pula menuju JB. Jemputan majlis itu bermula 11.00am-4.00pm, malang sekali lagi kami sampai hampir 6.30 petang kerana tersesat satu jam dalam bandar JB. Kami jarang ke JB oleh itu tidak lah expert mencari jalan.Inilah kali pertama kami sampai ke rumah beliau. Namun dalam kedaan keciwa dan hampa, ibarat lebai malang kami gagahkan juga menziarahi untuk memenuhi tuntutan ukhuwah dan tanda ingat. Setibanya kami tiada lagi tetamu yang tinggal (padahal rancangan awal untuk ke JB adalah sekaligus untuk berjumpa dengan sahabat dan rakan-rakan di JB terutama UTM staff. Khemah dan kerusi telah siap dikemaskan. Periuk belanga dan pinggan mangkuk telah bersih dicuci. Namun kerana ikatan ukhuwah yang masih segar akhi Tarmidi dan kak Munah isterinya menyambut kami dengan riang (walaupun kelihatan penat sekali) dan sempat juga menghidangkan juadah juadah yang masih berbaki untuk kami.
Hangatnya kemesraan ukhuwwah sungguh terasa kerana lama tidak berjumpa. Kami beredar pada menjelang maghrib.
Setelah berehat sebentar di rumah adik (Hidayat Tahir) di Jalan Jagung 3 JB, kami bertolak menuju KL pada pukul 10.00 malam dan sampai ke rumah di Tmn Keramat pada 4.00 pagi.
No comments:
Post a Comment