Isnin, 15 September 03:
Pagi ini, Aduhai peningnya kepala ini, sakitnya seluruh sendi dan badan, hidung terasa penuh dan tersumbat, batuk betuk kecil mula kedengaran. Badan terasa sungguh letih dan lesu." Abang! saya rasa tak boleh nak gi ofis hari ini. Saya nak berehat, rasa tak sedap badan" Saya memberitahu suami. Saya tidak ke pejabat dan hanya duduk dan berehat sepanjang pagi itu.
Tengahari itu badan rasa lega sedikit, tapi mata ni sakit melihat rumah simpang perenang dan perlu dikemasi. Maka setengah hari saya mengemas ruang depan, tengah dan belakang termasuk Stor yg telah lama terbiar semak dan tidak teratur. Lupa pula nak tutup hidung, padahal kebiasaanya bila nak berkemas rumah saya biasakan diri memakai ‘ nurse mask’ sebagai penutup hidung, saya amat tahu kelemahan diri yang sangat alah dengan habuk dan hama. Menjelang asar selesai berkemas.
Selepas isya, saya tidur awal kerana keletihan yang amat sangat
No comments:
Post a Comment