Ada satu kisah, berlaku lebih kurang 18 tahun yang lalu..... di Lapangan Terbang Subang.... Seorang wanita baru turun kapalterbang, bersama anaknya yang masih kecil, belum boleh berjalan lagi.... Sementara menunggu suaminya tiba untuk mengambilnya, dia perlu ke tandas.... Masalahnya, bagaimana dengan anaknya yang di atas kereta tolak, takkan nak tolak masuk ke dalam tandas sekali...?
Berdiri tidak jauh darinya ialah seorang lelaki yang agak tua usianya, yang juga baru tiba, dan nampak macam sedang menunggu seseorang datang menjemputnya juga.... Oleh kerana agak terdesak, perempuan tu bagitahu lelaki tua itu : "Pak chik, boleh tak tolong tengok anak saya, saya nak ke tandas sekejap."
Lelaki itu menganggukkan kepala sambil tersenyum.... Maka wanita itu pun pergi lah masuk tandas di airport itu..... Mungkin agak lama dia dalam tandas, bila dia keluar, lelaki tua itu masih lagi berdiri menunggu budak kecil atas kereta tolak itu, walaupun ketika itu kereta yang datang menjemputnya telah pun sampai.... Apabila melihat perempuan itu sampai, dia pun menganggukkan kepala dan baru lah dia meninggalkan budak kecik itu dan pergi masuk kereta.
Suami perempuan itu pun sampai.... Isterinya menceritakan kepada suaminya bahawa tadi dia ke tandas, mujur pak chik tu tolong tengokkan anak, sambil dia sempat menunjukkan lelaki itu kepada suaminya.
Suaminya berpaling dan terkejut, lalu berkata kepada isterinya : "Laaa, you tak tahu itu siapa...?" Isteri dia tanya, siapa...?
"Itu lah Fadzil Nor, Presiden PAS..!"
Terkedu sekejap bini dia..... terkejut, dan tak sangka.... terharu dengan kerendahan-hati dan ketinggian budi seorang pemimpin politik tersohor yang tiada tolok-bandingnya dan tiada galang-gantinya.
Semoga Allah merahmati almarhum Ustaz Fadzil Nor.
No comments:
Post a Comment