Thursday, May 21, 2015

Botolnya sama sahaja

Botol... 🍶🍶

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...💰

2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...💰💰

3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...💰💰💰

4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.💰💰💰💰💰

5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.💸💸

Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...

Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...

Renungan untuk hari ini...

Sombong?

03 Syaaban 1436H
21 Mei 2015M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian akhir)
Manusia jadi sombong, angkuh, takabbur banyak sebabnya, antaranya ialah:

4. Harta dan pengikut

وَكَانَ لَهُ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَاحِبِهِ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَنَا أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا ﴿٣٤﴾

dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika bercakap-cakap dengan dia: "Hartaku lebih banyak dari pada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat".
(Al-Kahfi: 34)

فَأَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً ۖ (١٥)

Adapun kaum 'Aad maka mereka menyombongkan diri di muka bumi tanpa alasan yang benar dan berkata: "Siapakah yang lebih besar kekuatannya dari kami?".
(Fussilat: 15)

5. Pangkat, kedudukan dan kekuasaan

وَاسْتَكْبَرَ هُوَ وَجُنُودُهُ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ إِلَيْنَا لَا يُرْجَعُونَ ﴿٣٩﴾

dan berlaku angkuhlah Fir'aun dan bala tentaranya di bumi (Mesir) tanpa alasan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.
(Al-Qasas: 39)

6. Nasab dan keturunan

Sedangkan berbangga-bangga dengan keturunan itu termasuk perilaku jahiliyah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ أَذْهَبَ عَنْكُمْ عُبِّيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ وَفَخْرَهَا بِالْآبَاءِ مُؤْمِنٌ تَقِيٌّ وَفَاجِرٌ شَقِيٌّ أَنْتُمْ بَنُو آدَمَ وَآدَمُ مِنْ تُرَابٍ لَيَدَعَنَّ رِجَالٌ فَخْرَهُمْ بِأَقْوَامٍ إِنَّمَا هُمْ فَحْمٌ مِنْ فَحْمِ جَهَنَّمَ أَوْ لَيَكُونُنَّ أَهْوَنَ عَلَى اللَّهِ مِنْ الْجِعْلَانِ الَّتِي تَدْفَعُ بِأَنْفِهَا النَّتِنَ

Daripada Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menghilangkan dari kalian kesombongan ala Jahilliyah dan kebanggaan kalian dengan nenek moyang. (Yang ada adalah) orang beriman yang bertakwa dan orang yang jahat yang sengsara. Kalian adalah anak cucu Adam, dan Adam tercipta dari tanah. Maka, hendaklah orang-orang meninggalkan kebanggaan mereka terhadap kaumnya; sebab mereka hanya (akan) menjadi arang jahannam, atau di sisi Allah mereka akan menjadi lebih hina dari serangga yang mendorong kotoran dengan hidungnya".
(Hadith Riwayat Abu Daud)

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا أَبَانُ بْنُ يَزِيدَ ح و حَدَّثَنِي إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ وَاللَّفْظُ لَهُ أَخْبَرَنَا حَبَّانُ بْنُ هِلَالٍ حَدَّثَنَا أَبَانُ حَدَّثَنَا يَحْيَى أَنَّ زَيْدًا حَدَّثَهُ أَنَّ أَبَا سَلَّامٍ حَدَّثَهُ أَنَّ أَبَا مَالِكٍ الْأَشْعَرِيَّ حَدَّثَهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَرْبَعٌ فِي أُمَّتِي مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لَا يَتْرُكُونَهُنَّ الْفَخْرُ فِي الْأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ فِي الْأَنْسَابِ وَالْاسْتِسْقَاءُ بِالنُّجُومِ وَالنِّيَاحَةُ وَقَالَ النَّائِحَةُ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ مَوْتِهَا تُقَامُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَعَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَانٍ وَدِرْعٌ مِنْ جَرَبٍ

"Ada empat perkara yang masih ada pada umatku yang termasuk perilaku Jahiliyah yang tidak akan mereka tinggalkan, yaitu membanggakan nenek moyang, mencela kerabat, meminta hujan dengan bintang dan meratapi kematian. Dan baginda bersabda: Orang yang meratapi mayat, jika ia belum bertaubat sebelum ajalnya tiba maka pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dengan memakai baju panjang yang berwarna hitam dan memakai perisai dari pedang yang sudah karat.."
(Hadith Riwayat Muslim)

وقال: {كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ} [غافر: 35]

Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang.
(Ghafir: 35)

Justeru, perhalusilah hati agar jangan ada kesombongan, keangkuhan, takabbur dalam dirimu...

Tuesday, May 19, 2015

Condemn death penalty to Dr Morsi

Press Release
Pertubuhan IKRAM Malaysia
19 May 2015 - 1 Syaaban 1436H

IKRAM Condemns The Death Sentence On Egypt's Democratically Elected President

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) condemns the sentencing of the death penalty to Dr Mohammed Morsi along with over 100 other members of the Muslim Brotherhood in connection with a mass jail break in 2011.

IKRAM believes that the sentencing of  Egypt’s first democratically elected President is politically motivated and is intended to repress democratic opposition movements.

This death sentence and all the mass death sentences earlier were conducted in the manner that is inconsistent with Egypt's international obligations and the rule of law.

Egypt has blatantly disregarded its obligations under the African Charter and international law with regards to the execution of Mahmoud Ramadan in March this year.

IKRAM shares the concern and insist that international community should not continue conducting usual relations with Egypt while its coup leaders continue meting out death sentences to thousands including Egypt's only ever democratically elected President.

IKRAM would like to urge the government of Malaysia to bring this matter up to the UN Security Council, highlighting all the international law violations being perpetrated by the current regime in Egypt.

IKRAM believes that only when justice prevails in Egypt and in other parts of the world, the dream of world peace can become a reality.

Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
President
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Berniaga...jgn kutip hutang, jgn kena matahari

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..

Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

💞 Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan hidayah & taufiq....

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad sa, pernah bersabda;

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".

Imam Hanafi@Abu Hanifah@ Nu'man bin Tsabit

Numan bin Tsabit atau yang biasa
kita kenal dengan Abu Hanifah, atau
popular disebut Imam Hanafi,
pernah berselisih atau terserempak
dengan anak kecil yang berjalan
mengenakan sepatu kayu.

"Sang imam berkata, "Hati-hati nak
dengan sepatu kayumu itu! Jangan
sampai kau tergelincir."
Anak kecil ini pun tersenyum dan
mengucapkan terima kasih atas
perhatian Abu Hanifah.
"Bolehkah saya tahu namamu,
tuan?", tanya si anak kecil.
"Nu'man namaku.", jawab sang
imam.

"Jadi, tuan lah yang selama ini
terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-
A'dhom (Imam Agung) itu..?", tanya
si anak kecil.
"Bukan aku yang memberi gelaran
itu, masyarakatlah yang
berprasangka baik dan memberi
gelaran itu kepadaku."
"Wahai Imam, hati-hati dengan
gelaran mu itu. Jangan sampai tuan
tergelincir ke neraka kerana
gelaran."
"Sepatu kayuku ini mungkin hanya
menggelincirkan aku di dunia. Tapi
gelaran mu itu dapat
menjerumuskan mu ke dalam api
yang kekal jika kesombongan dan
keangkuhan menyertainya."

Ulama besar yang diikuti banyak
umat Islam itu pun tersungkur
menangis. Imam Abu Hanifah
(Hanafi) bersyukur. Siapa sangka,
peringatan datang dari lidah
seorang anak kecil.
Betapa banyak manusia tertipu
kerana pangkat, jawatan, jabatan,
tertipu kerana kedudukan dan
tertipu kerana kemaqamannya.
Jangan kita jadikan gelaran di dunia
untuk keangkuhan.
Ya Karim!
Semoga kita menjadi seseorang yang
lebih bertanggung jawab lagi.

Monday, May 18, 2015

Rohingya boat ppl di halau ke lautan

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa sedih atas kekejaman sikap kerajaan Malaysia yang sanggup melihat saudara muslim mereka mati kehausan dan kelaparan ditengah lautan.

"Setelah umat Islam Rohingya dibunuh dengan rakus dan kejam oleh sami-sami Buddha di bumi mereka, mereka berhijrah mencari perlindungan di negara-negara umat Islam seperti kita. "Malangnya, mereka diperlakukan demikian rupa.

Tanpa ada belas ehsan kemanusiaan, apatah lagi ukhuwwah keagamaan," tulis beliau menerusi facebook dengan tajuk Rohingya Yang Ditangisi. Menurutnya, sudahlah ketika ribuan mereka yang dibunuh dan disembelih oleh pengganas Buddha di Myanmar, suara negara ini tidak begitu lantang membela. Kali ini, ujarnya sanggup pula melihat mereka mati dan terseksa. Katanya, jika musibah tidak menimpa mereka, tentu mereka juga tidak bergadai nyawa membelah badai. 

"Namun, atas ketamakan kita, bimbang rezeki kita dikongsi orang, kita halau mereka bersabung nyawa di lautan. "Kita lupa bahawa, jika Allah kehendaki rezeki yang di tangan pun boleh hilang. Lihat sahaja 1MDB...Ke mana rezeki itu telah pergi. "Mayat pesawat yang terhempas di lautan yang hampir yakin mati masih kita cari, sedangkan yang masih hidup di lautan kita cuba biarkan mati. Di manakah kemanusiaan kita ini?" ujarnya lagi.

Sedangkan, ujar beliau negara-negara Eropah yang tidak muslim itu pun, cuba menyelamatkan pelarian di lautan mereka."Kita yang kononnya sakan 'salawat perdana' dengan ratusan ribu harga bayaran, sanggup melihat manusia mati di lautan demikian rupa kerana bimbang rezeki kita dikongsi orang. Kemudian, kita beritahu 'kita muslim terbaik'."Kita amat bimbang, kerakusan dan ketamakan kita ini akan mengundang bala Tuhan yang menakutkan," katanya.

Tambahnya, jika sebelum ini beberapa petanda bala demi bala datang kepada pentadbiran negara, atas sebab musabab yang hanya Tuhan Maha Ketahui apa yang telah berlaku dalaman mereka yang berkuasa. Namun, ujar Dr Asri lagi kehilangan kemanusiaan ini dibimbangi menjemputi kemurkaan Tuhan di lautan dan di daratan. "Pohon perlindungan Allah untuk sekalian rakyat yang tidak bersalah," ujarnya. Beliau mengucapkan tahniah kepada Aceh atas sikap kemunusiaan mereka. 

"Anda telah menyelamatkan maruah agama di mata dunia. "Ketika dunia senyum; 'lihat muslim, mereka sendiri sanggup melihat sesama mereka mati', kesanggupan Aceh itu telah melindungi maruah umat ini," ujarnya lagi.

Ohhhh... umno.....

Tuesday, May 12, 2015

Orang kata vs Islam kata

Orang kita kata
kalau dah ada rezeki baru kahwin,
tapi orang Islam kata
nak tambah rezeki kena kahwin.

Orang kita kata
nak senang kena banyak
simpan duit,
tapi orang Islam kata
nak senang kena banyak
keluarkan duit atau sedekah.

Orang kita kata
dah kaya
baru bantu orang miskin,
tapi orang Islam kata
kalau nak kaya
bantu orang miskin.

Orang kita kata
makan sampai kenyang,
tapi orang Islam kata
berhenti sebelum kenyang.

Orang kita kata
sakit itu bala,
tapi orang Islam kata
sakit itu penghapus dosa.

Inilah keindahan Islam
yang sentiasa positif,
yang bersandarkan
keyakinan tinggi kepada Allah.

Allah Maha Mengetahui.

Monday, May 11, 2015

Bila terasa dah tua

Mengapa bila meningkat usia, byk perkara yg digemari sewaktu muda semakin tdk menyeronokkan? Ustaz kata lihatlah sesuatu yg Allah takdirkan dgn mata hati supaya kita dpt muhasabah diri. Cnth2 yg diberikan.

SATU •
Bila tua, keinginan utk makan sedap2 semkn berkrgn. Nafsu makan sudah tiada. Hikmahnya : Perbykkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa2 yang pnh ditinggalkan sewaktu muda.

DUA •
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar lelap kembali.
Hikmahnya : Bangunlah utk berkiamulail, mengerjakan solat2 sunat spt tahajud, solat taubat & lain2. Brgkali sewaktu muda tdk pnh melakukannya, maka Allah bg peluang utk melakukannya sblm berakhir usia.

TIGA •
Bila tua, sdh tdk gemar menonton tv. Tdk lg ada rncgn tv yang diminati.
Hikmahnya : Waktu yg terluang itu, perbykkan membaca AlQuran. Mgkn sewaktu muda tdk pnh khatam, maka sewaktu tua ini berusaha lah utk khatam. Plg tdk pun sekali setahun.

EMPAT •
Bila tua & sudah bersara, byk waktu lapang. Byk waktu senggang. Anak2 sdh denwasa & mempunyai keluarga sendiri, jadi kita blh mengurus masa dgn lbh bermanfaat. Sisa2 usia yg Allah pinjamkan blhlah digunakan utk hal2 berfaedah yg manfaatnya blh menjadi peneman kita di alam barzah/akhirat kelak. Bykkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis ilmu, belajar alQuran, bertalakki dgn ustaz/ustazah/alhafiz dan lain2 prog yg berfaedah.

Sunday, May 10, 2015

Fatwa hati ibu

Hukum Sambutan Hari Ibu

ISU:

Mohon pencerahan mengenai sambutan hari ibu bagi umat Islam. Apakah hukumnya?

PENJELASAN:

Prinsip yang dipegang dalam menilai sesuatu sambutan ialah selagi tiada perkara yang secara jelas bertentangan dengan prinsip agama sama ada dari segi kepercayaannya atau amalan dan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam sambutan tersebut, maka ia adalah harus.

Dalam konteks Hari Ibu, ianya adalah sambutan yang bertujuan untuk mengingati sumbangan dan pengorbanan golongan ibu dan ia lazimnya diisi dengan ucapan dan pemberian hadiah kepada para ibu.

Adapun pandangan yang mengatakan bahawa Hari Ibu berasal dari perayaan agama Kristian yang diambil dari tradisi penyembahan ibu kepada dewa-dewa di zaman Yunani Kuno, ciri-ciri tersebut tidak lagi wujud dalam sambutan Hari Ibu yang ada sekarang.

Walaubagaimanapun, dalam Islam, semangat memuliakan dan menghormati ibu seharusnya ditanamkan pada setiap masa dan ketika dalam diri semua masyarakat. Ini kerana nilai penghormatan terhadap ibu adalah nilai teras yang ditekankan oleh al-Qur’an bersama-sama dengan tauhid sepertimana yang terkandung dalam ayat “Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua Ibu Bapa” (al-Nisa’ 4:36 dan juga Isra’ 23-24)

Nilai ini juga dikaitkan dengan sikap syukur kepada Allah seperti mana yang terdapat dalam ayat, “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang Ibu Bapanya, Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang Ibubapamu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu.” (Surah Luqman: 14) Sementara hadis nabi menyebut “Keridhaan Allah ada pada keridhaan orang tua dan kemurkaan Rabb (Allah) ada pada kemurkaan orang tua”(Hadis riwayat Tirmizi).

Wallahu a'lam.

Ibu pencorak keperibadian generasi

PERUTUSAN HARI IBU 2015

WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

IBU PENCORAK KEPERIBADIAN GENERASI

1.      Hari ini seluruh dunia merayakan Hari Ibu. Wanita Pertubuhan IKRAM  Malaysia mengucapkan “Selamat Hari Ibu” kepada semua ibu-ibu di mana jua mereka berada.

2.      Hakikatnya hari-hari adalah hari ibu bagi semua kita. Kita mengambil iktibar dari dari kisah  ‘Abd Allah ibn ‘Amr radhiallahu 'anhu  yang menerangkan bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata:

“Sesungguhnya aku datang untuk memberi janji taat setia (bai‘ah) kepada engkau untuk berhijrah, akan tetapi aku meninggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan menangis.” Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya:  “Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.” Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai.

Marilah kita tunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada ibu yang telah banyak berjasa melalui bakti dan bahasa kasih yang paling tulus dapat dirasakan oleh ibu kita.

3.      Sambutan Hari Ibu tahun  ini kita rayakan dalam suasana terkejut dan terharu dengan berita salah seorang anak bangsa kita pelajar genius matematik yang dipenjara lima tahun di London kerana memiliki 30 ribu bahan lucah kanak-kanak.  

4. Kami melihat peristiwa ini sebagai satu petanda ancaman kecelaruan seksual songsang yang sedang melanda masyarakat  khususnya anak-anak kita.  Ibubapa hari ini, perlu secara sedar peka kepada cabaran dan ancaman yang sedang dihadapi dalam mendidik generasi hari ini. Kita perlu terus berusaha menjalankan tugas-tugas pencegahan  mendidik anak-anak kita melalui pendidikan reproduksi dan seksual berteraskan lunas-lunas agama  bermula di rumah . Anak-anak perlu diawasi kecenderungan seksual mereka di semua peringkat kehidupan. Secara umum pedofilia (kecenderungan seksual  kepada kanak-kanak) lebih mudah  terjadi kepada orang lelaki maka ibu dan bapa mestilah berganding bahu dalam memainkan peranan mendidik dan menghalakan perkembangan seksual  anak lelaki kita secara sihat. Hanya pendidikan  holistik menekankan aspek spiritual dan keimanan , emosi, intelek, sosial dan fizikal yang akan membantu anak-anak berhadapan dengan pelbagai cabaran kehidupan hari ini.

5.      Pihak berkuasa dan anggota masyarakat juga digesa untuk meningkatkan usaha dalam membenteras pornografi dan kelucahan dalam semua media. Pada tahun 2013  pakar perlindungan anak mengingatkan adanya trend pedofilia di internet yang menggunakan webcam yang dihubungkan internet untuk mengakses anak-anak di Negara yang membangun. Pusat perlindungan Eksploitasi Anak dan Online (Child Exploitation and Online Protection Centre) yang berpengkalan di United Kingdom pada tahun 2012 menerima laporan berkaitan 70 ribu video dan gambar lucah kanak-kanak yang disebarkan di internet , atau dua kali ganda dari tahun sebelumnya). 

6.      Wahai Ibu bukankah wajar untuk kita juga melipatgandakan penguatkuasaan peraturan dan pemantauan gajet dan akses internet anak-anak bermula di rumah kita.

7.      Akhirnya  untuk sambutan hari Ibu 2015, Wanita IKRAM  Pusat menyatakan sokongan kepada aktiviti sambutan Hari Ibu yang dijalankan Wanita IKRAM  peringkat Negeri dan Daerah  mengikut kreativiti masing-masing . Secara khusus kami menyatakan sokongan kepada usaha pembelaan nasib masyarakat terpinggir termasuk ibu tunggal dan ibu tinggal seperti usaha yang dilaksanakan oleh  Pertubuhan Pemuda GEMA Selangor meraikan ibu-ibu yang kurang bernasib baik dalam HiTea Istimewa Hari Ibu .

8.      Selamat Hari Ibu . Kitalah Pencorak Keperibadian Generasi.

Datin Paduka Hajjah Che Asmah Ibrahim

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia  
10/5/2015
Media Wanita IKRAM🌹

9 hadiah untuk ibu

Hadiah Buat IBU Yang Terbaik Adalah Sebuah Perhatian..

Bukanlah wang ringgit yang sangat diharap oleh seorang ibu dari anaknya.

Tiada hadiah buat ibu yang lebih bernilai melainkan kasih sayang dan perhatian dari anak-anaknya.

Hadiah kasih sayang ini terdapat dalam berbagai bentuk yang boleh kita hadiahkan dengan penuh keikhlasan.

Hadiah buat ibu #1 – Kehadiran

Buatlah ibu merasa kehadiran anda dengan sering menziarahinya sekerap mungkin.

Menziarahi ibu tidak sama dengan melawat museum dimana anda datang, lihat dan pergi. Ibu anda bukan sebuah artifek yang dipamerkan di museum.

Duduk dan berbuallah dengannya. Makanlah bersamanya. Sekali-sekala tidurlah di rumahnya walaupun rumah anda dekat dengan  rumahnya.

Hadiah buat ibu #2 – Senyum

Senyumlah bila bertemu dengan ibu anda.

Jangan merungut, gelisah dan berwajah muram semasa menziarahinya kerana ini akan menyusahkan hatinya. Sebaliknya senyumlah kerana senyum akan memberi ketenangan kepada ibu anda.

Hadiah buat ibu #3 – Ucapan

Ucapkanlah terima kasih atas segala-segalanya kerana membesarkan anda. Katakan anda sayangkan ibu anda. Ucapkan kata-kata pujian atas segala kelebihan dan keistimewaannya.

Ucapkanlah bahawa anda memohon maaf atas segala kesalahan yang pernah anda lakukan kepadanya. Kalau semua ucapan itu anda boleh ucapkan kepada orang lain, ibu anda lebih berhak mendengar ucapan-ucapan itu dari anda.

Dia tentu rasa bahagia mempunyai anak seperti anda.

Hadiah buat ibu #4 – Sentuhan

Jangan pernah merasa jijik untuk menyentuh ibu anda yang pernah membersihkan najis anda dengan tangannya ketika anda kecil. Salam dan cium tangannya, peluk dan ciumlah dia.

Dengan cara ini dia akan merasa anaknya dekat dengannya.

Jika dia merasa lenguh-lenguh, urutlah dia walau tidak diminta. Jika dia pening picitlah kepalanya. Ini akan membuat ibu rasa bahagia dibelai oleh anaknya.

Hadiah buat ibu #5 – Mengalah

Sekiranya pendapat anda tidak sehaluan dengan ibu anda elakkan pertengkaran dan mengalah demi menghormati dan menjaga hati ibu anda.

Dengan mengalah hati ibu menjadi lembut dan mungkin ia akan  pertimbangkan semula pandangan anda.

Sekiranya kehendaknya tidak menimbulkan masaalah, apa salahnya kita mengalah dan akur dengan kemahuannya walaupun mungkin kita kurang setuju dengan kemahuannya.

Hadiah buat ibu #6 – Pendengar yang setia

Ibu anda mempunyai telalu banyak perkara yang ingin diceritakan kepada anda tentang pengalaman dan petua-petua yang dia ketahui.

Jadilah pendengar yang setia kepada ibu anda walaupun cerita itu telah anda dengar beberapa kali.

Jangan mencelah, memperleceh atau tidak endah semasa ibu bercerita. Ini akan membuat ibu anda kecil hati. Sebaliknya jadilah pendengar setia ibu anda walaupun tidak semua yang anda setuju dengan cerita itu.

Hadiah buat ibu #7 – Membantu pekejaannya

Bila ibu anda telah mencecah usia emas dia tidak berupaya lagi membuat  kerja-kerja mengemas dan mencuci.

Tak berupaya lagi membetul dan membaikpulih alatan di rumah. Tak berupaya membuat kerja-kerja yang dahulunya ia mampu lakukan disebabkan faktor usia.

Adakanlah masa dimana anda dapat meringankan kerja-kerjanya yang dia tidak berupaya melakukannya lagi. Ini adalah hadiah yang sangat bernilai baginya.

Hadiah buat ibu #8 – Bawa ibu berjalan

Diantara perkara yang boleh membuat ibu gembira ialah bila anak-anaknya membawa dia berjalan, terutama ke tempat yang dia sukai.

Anda tidak perlu membawa ibu anda melancong ke luar negara untuk membuat ibu anda gembira.

Kadang-kadang memadai anda membawa ibu anda pulang ke kampong asalnya dan itu sudah cukup membuat dia gembira. Aturkanlah untuk berjalan ke tempat kesukaan ibu bukan kesukaan anda.

Hadiah buat ibu #9 – Doa

Tiada hadiah lebih besar dari doa anak-anak untuk kesejahteraan ibu mereka. Doakanlah ibu anda setiap hari, kerana ibu anda juga tidak pernah lupa mendoakan anak-anaknya.

PESANAN UTUK DIRI SENDIRI SERTA RAKAN TAULAN.....☺

Sayang ibu mertua


❤❤🌹🌹😘😉😍
saat kita berdoa, memohon kpd Allah agar didatangkan seorang lelaki soleh untuk menjadi suami kita, Allah tidak serta merta menurunkan suami kita dari langit begitu saja..

Tapi jauh sebelum kita memohon kehadirannya bagi kita, ada seorang wanita yg terlebih dulu memohon kehadirannya kepada Allah, dalam rahimnya. Wanita itu, dgn susah payah mengandungkannya dan melahirkannya, penuh doa dan harapan terhadap keselamatan bayinya. Wanita itu, siap menukar nyawanya di bilik bersalin, demi kehidupan bayi yg dilahirkannya. Wanita itu yg menyusuinya, memberikan siang dan malam waktunya utk merawat buah hatinya. Mendidik dan mengasuhnya dgn mengorbankan semua yg dimilikinya.

Menghabiskaccn masa mudanya, untuk membesarkan anakanda, kerana begitu besar cintanya terhadap puteranya.  Anak lelaki itu tumbuh menjadi seorang pemuda yg soleh dan gagah. Bayi yg telah dewasa itu adalah suami kita. Ternyata kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita.

Dan kini…
Wanita itu telah menjadi seorang wanita tua. Tak ada yg dia harapkan selain cinta tulus dari puteranya. Setulus cinta wanita itu sepanjang hidupnya, semenjak mengandung dan membesarkannya hingga dewasa.

Maka...
Jgn rebut cinta suami kita dari ibunya. Biarkan dia mengisi satu tempat istimewa di hati suami kita. Satu sisi istimewa lain di hati suami kita pasti diperuntukkannya untuk kita. Relakan suami berbagi cinta utk kita dan ibunya. Kerana kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita.

Mengalahlah, biarkan suami kita lebih mengutamakan kebahagiaan ibunya. Hormatilah dia, muliakanlah dia, sebagaimana kita menghormati dan memuliakan ibu kita.
Kerana kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita.

Bantulah suami kita utk berbakti kpd ibunya. Bantulah suami kita menjaga pintu surgaNya. Nescaya kita akan mendapatkan tiga cinta sekaligus. Cinta suami kita, cinta ibunya dan yang paling utama cinta Allah. Semoga pahala yg besar akan Allah berikan utk kita kerananya.

آمِينْ... آمِينْ... يَارَ بَّ الْعَالَمِينَ

Selamat Hari Ibu..hari2 sepanjang tahun.. Mei 2015 💖

Saturday, May 09, 2015

Apabila Allah tidak mengkehendaki kita

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Sunday, May 03, 2015

Puisi GST related

😰😰😰

Kami Yang Semput Bagai Melukut Di Kota Kedekut.

(Puisi Dr Maza)

kalian rampas subsidi kami,
entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu,
wang mesti dicatu, kita menuju maju...

kalian kata: jika tidak,
semua menderita, habis harta negara...

kalian berbahasa: bukan barang naik harga,
cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...

kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...

jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...

tapi dapatkah kam dibohongi,tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?

papa semakin parah?
wang semakin lelah?

jika semalam berlauk,
hari cuma berkuah...

kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...

jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...

apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?

makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...

jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...

akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..

atau kami jadi insan curang...

kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?

tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...

pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...

kami yang semput bagai melukut di kota kedekut...

kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa,
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...

baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri... tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini.. tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang,
poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi,
kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?

jika kalian berhati suci,
wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?

jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...

hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Dr MAZA

Friday, May 01, 2015

Pak cik tolong tengok anak saya

Ada satu kisah, berlaku lebih kurang 18 tahun yang lalu..... di Lapangan Terbang Subang.... Seorang wanita baru turun kapalterbang, bersama anaknya yang masih kecil, belum boleh berjalan lagi.... Sementara menunggu suaminya tiba untuk mengambilnya, dia perlu ke tandas.... Masalahnya, bagaimana dengan anaknya yang di atas kereta tolak, takkan nak tolak masuk ke dalam tandas sekali...?

Berdiri tidak jauh darinya ialah seorang lelaki yang agak tua usianya, yang juga baru tiba, dan nampak macam sedang menunggu seseorang datang menjemputnya juga.... Oleh kerana agak terdesak, perempuan tu bagitahu lelaki tua itu : "Pak chik, boleh tak tolong tengok anak saya, saya nak ke tandas sekejap."

Lelaki itu menganggukkan kepala sambil tersenyum.... Maka wanita itu pun pergi lah masuk tandas di airport itu..... Mungkin agak lama dia dalam tandas, bila dia keluar, lelaki tua itu masih lagi berdiri menunggu budak kecil atas kereta tolak itu, walaupun ketika itu kereta yang datang menjemputnya telah pun sampai.... Apabila melihat perempuan itu sampai, dia pun menganggukkan kepala dan baru lah dia meninggalkan budak kecik itu dan pergi masuk kereta.

Suami perempuan itu pun sampai.... Isterinya menceritakan kepada suaminya bahawa tadi dia ke tandas, mujur pak chik tu tolong tengokkan anak, sambil dia sempat menunjukkan lelaki itu kepada suaminya.

Suaminya berpaling dan terkejut, lalu berkata kepada isterinya : "Laaa, you tak tahu itu siapa...?" Isteri dia tanya, siapa...?

"Itu lah Fadzil Nor, Presiden PAS..!"

Terkedu sekejap bini dia..... terkejut, dan tak sangka.... terharu dengan kerendahan-hati dan ketinggian budi seorang pemimpin politik tersohor yang tiada tolok-bandingnya dan tiada galang-gantinya.

Semoga Allah merahmati almarhum Ustaz Fadzil Nor.