Monday, March 30, 2015

Dialog suami dgn isterinya

Dialog suami dgn isterinya
.
Suami: "isteriku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!"
.
Isteri: "suamiku, aku lelah, tidak sanggup rasanya."
.
Suami: "isteriku, lakukan 2 rakaat syafa' dan 1 rakaat witir saja!"
.
Isteri: "suamiku, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam."
.
Suami: "isteriku, solat witir saja.."
.
Isteri: "suamiku,hari ini letih sekali, apa tidak ada cara lain?"
.
Suami: "isteriku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH..."
.
Isteri: "suamiku, aku sudah sgt mengantuk bila ngantukku hilang aku bangun nanti ."
.
Suami: "isteriku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakan YA ALLAH.."
.
Isteri: "suamiku, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut."
.
Suami: "isteriku, kalau begitu sebut saja dari dalam hati YA ALLAH, moga Allah akan hitung itu sebagai solat malammu."
.
Sampai disini si isteri sudah tidak peduli kerana tertidur lena.
.
Suami: "Ya Allah aku mengaku bahawa Engkau telah mudahkan semua baginya, akan tetapi dia pergi dari Mu dan tidur tanpa meninggalkan apapun..
Bila datang waktu subuh aku bangunkan dia agar dia bermunajat pada Mu, Kerana aku merindukan suaranya yang mendayu dan meratap minta keampunan darimu.Ya Allah
.
Suami: Aku  bisikkan di telinganya bahawa Allah menantinya. Tapi ya Allah dia tetap tidur."
.
Suami: Aku katakan kpdnya, sudah azan...sebentar lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum habis waktu subuh kerana aku ingin agar hidup kami diberkati Allah sepanjang ."
.
Suami: Ya ilahi, Aku mohon Engkau tidak marah padanya?"
.
Suami berdoa, Ya Allah, Hamba mu itu tidak memiliki siapapun selain Engkau. Kau tangguh lah marah mu sehingga tiba saatnya dia bertaubat.

Ya Allah,  ketika aku solat, aku merasa rasa seolah Engkau memandangku, seakan Engkau  tidak memiliki hamba selainku... Namun aku dan isteriku lalai seakan kami memiliki ratusan Tuhan....??!.
.
Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI..
Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA ILAHI..
Betapa AGUNG ENGKAU YA ILAHI... Ampuni kami hambaMu yang lemah

Wednesday, March 25, 2015

Demi waktu subuh

subuh rabu seperti biasa,
Kedinginan  udara segar yg dihirup ketika menuju ke masjid utk solat subuh membuat jiwa2 sentiasa segar maka ku ungkapkan doa,
والصبح اذا تنفس. دعاكو ستياف كالي منماني سواميكو برجالن كاكي كسوراو

as part of his excercise to strengthen his left limbs This has been going on sejak dia 'pandai' berjalan few weeks ago.....

Friday, March 13, 2015

GST oh GST

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
12 Mac 2015 bersamaan 21 Jamadilawal 1436H

IKRAM Saran Kerajaan Bina Ekonomi Negara Atas Landasan Syariah

Kerajaan Malaysia akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 pada kadar enam peratus untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan. Sistem cukai yang akan dilaksanakan ini telah dibentangkan dalam Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.

Secara umumnya, kita mengetahui perbelanjaan negara kita belakangan ini tidak diurus dengan baik. Ini mendorong kerajaan Malaysia untuk mengenakan GST. Namun begitu, sekiranya perbelanjaan umum tidak dapat dikawal dengan baik, GST tidak akan mampu menyelesaikan masalah kewangan negara dalam jangka masa panjang. Kita telah dapat melihat pelbagai reaksi berkaitan keputusan kerajaan ini.

Pertubuhan IKRAM Malaysia berpandangan bahawa GST itu tidak haram secara mutlak. Ia dibolehkan dalam beberapa keadaan. GST perlu dinilai daripada aspek prosedur dan kesan pelaksanaannya sama ada ia patuh syariah atau sebaliknya.

Terdapat lapan syarat yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan sebelum memungut cukai daripada rakyat berdasarkan pandangan Imam al-Syatibi dalam kitabnya Al-I’tisam dan Imam al-Haramain al-Juwainy dalam kitabnya Al-Ghiyasi, iaitu:

1.       Wujud keperluan umum yang mendesak dari sudut pandangan syarak.

2.       Perbendaharaan negara tidak mampu memenuhi keperluan ini atau dijangka tidak mampu memenuhinya.

3.       Sesudah perbelanjaan mewah atau pembaziran dihentikan terlebih dahulu.

4.       Setelah masyarakat digalakkan untuk menyumbang.

5.       Pungutan cukai mestilah sekadar keperluan.

6.       Pungutan cukai hendaklah dilakukan secara adil dan saksama.

7.      Ia diambil dari lebihan keperluan setahun orang yang dicukai.

8.      Ia dibelanjakan untuk tujuan ianya telah dipungut.

Pertubuhan IKRAM Malaysia menyarankan kerajaan Malaysia untuk mengawal perbelanjaan dengan lebih teliti dan bijaksana. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia perlu diberi pendidikan dan kesedaran untuk membantu kerajaan mengawal perbelanjaan.

Pada jangka masa panjang, kita mengharapkan nilai-nilai Islam diterima ramai dan mewarnai kehidupan rakyat Malaysia yang mana rakyat berlumba-lumba untuk menyumbang secara sukarela untuk membantu kerajaan sehinggakan tidak perlu lagi kepada pungutan cukai.

IKRAM mengakui bahawa sistem ekonomi dan kewangan Malaysia mempunyai keupayaan yang mapan dan kemas tetapi ia perlu mengutamakan prinsip-prinsip syariah dalam pengurusannya terlebih dahulu untuk memberi kesan yang positif kepada rakyat.

Pelaksanaan ini memerlukan pentadbir awam yang berdisiplin dan amanah untuk menghasilkan kesan yang baik kepada negara dan menyebarkan kebaikan keatas seluruh rakyat. Malaysia perlu mengembangkan keupayaan dan daya (capability & ability) yang didukung oleh prinsip-prinsip syariah kepada yang lebih baik untuk menjadi negara contoh.

Adalah menjadi harapan kami bahawa usaha-usaha memperbaiki sistem yang didukung oleh prinsip syariah akan menghasilkan ekonomi negara yang stabil.

Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Thursday, March 12, 2015

Petua 3 x 1/2 minit

Someone sent this and its s very good tips to share . Petua bangun tidur dgn Tiga kali (1/2).

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting? 3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death).

Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal?

Penyebabnya adalah ketika bangun malam untuk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa "3 x 1/2 minit" amat penting? Kerana pattern ECG (Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dengan bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.

Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:

1. Bila terbangun daripada tidur jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit;

2. Duduk di katil untuk  tempoh 1/2 minit;

3. Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yang dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini daripada dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk buang air kecil di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil, punggunnya mengalami luka-luka dikubitus.
Seandainya dia mengetahui
perkara ini, beliau tidak seharusnya menderita seperti kini.

Share untuk orang-orang yang kita sayang untuk menghindari perkara-perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Sharing is caring.
Sekadar infomasi kalau tak betul harap abaikan

Wednesday, March 11, 2015

Puisi sangka sangka

PUISI SANGKA-SANGKA

👋Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

😇Orang beribadah disangka riak

😏Orang rileks disangka malas

👔Orang berpakaian baru disangka menunjuk

👾Orang berpakaian buruk disangka hina

🍕Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

😆Orang yang senyum disangka mengejek

😔Orang yang masam disangka merajuk

💬Orang berbincang disangka mengumpat

😶Orang yang diam disangka menyendiri

💄Orang yang menawan disangka menggoda

😃Orang yang ceria disangka mengada

😯Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu  dosa.."
(AlHujurat:12)

Friday, March 06, 2015

Malaikat kecil

Malaikat kecil...

“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. 
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata
“Ayah! Saya dah bersedia” 
Ayahnya terkejut dan berkata
“Bersedia untuk apa?”.
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
 ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
 ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” 
Ayahnya menambah
“Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” 
Dengan merintih anaknya merayu
“Benarkan saya pergi ayah?” 
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” 
”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. 
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.
Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. 
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya.
DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.
Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.
Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?” 
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.
Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
 ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.
Sebelum selesai dia bertanya
“Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” 
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.
Dia adalah perempuan separuh umur itu.
“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. 
”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi saya ambil kerusi dan tali.
Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni.
Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.
Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi.
Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. 
”Saya bertanya sekali lagi.
Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
 ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
 ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.
Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.
Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan budak kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”.
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.
Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! 
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini.
Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.
Seorang anak yang seumpama malaikat. 
Biarkanlah air mata itu menitis.
Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR !!

Memahami cara tadabbur ayat Al Quran

Seorang pelajar bertanya kepada Fadhilatus Syaikh   As-Syaikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari ; "Apakah cara yang benar  untuk memahami agama ini dan memahami Al-Qur'an dan Hadith?"

Fadhilatus Syaikh menjawab : 
"Baik,sebutkan kepadaku apa yang engkau faham dari ayat 
[وَلَمَّا رَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفًا قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي مِنْ بَعْدِي أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمْ وَأَلْقَى الأَلْوَاحَ] 
pada perkataan "wa alqa al-alwah"? 
(Ayat yang menceritakan tentang Nabi Musa Alaihis Salam pulang dari bermunajat lalu melihat kaum Baginda menyembah berhala)

Pelajar itu menjawab : "Ayat ini bermakna Nabi Musa Alaihis Salam telah melempar lembaran wahyu yang dipegangnya akibat terlalu marah dengan perlakuan kaum Baginda"

Mendengar jawapan dari pelajar tersebut,Fadhilatus Syaikh menerangkan secara panjang lebar :

"Apabila engkau mentafsirkan perkataan أَلْقَى dengan makna melempar atau menghempas,ketika itu engkau telah melakukan kesalahan yang amat besar dalam memahami kalaamullah.

Lembaran wahyu itu mengandungi kandungan Taurat. 
Taurat adalah kitab suci.
Kefahaman engkau bahawa Saidina Musa melempar dan mencampakkan kitab suci akibat terlalu marah mengandungi kesalahan yang amat besar.

Pertamanya ia bercanggah dengan perkara pokok dalam agama iaitu Para Nabi adalah Maksum. 

Maksum bererti terpelihara dari melakukan sebarang perkara terlarang dalam syariat,walaupun hanya sekadar khilaf aula.

Perbuatan melemparkan lembaran suci adalah haram hukumnya.
Bagaimana engkau boleh faham bahawa Saidina Musa melemparkan lembaran wahyu yang suci itu?

Kemudiannya,engkau cuba pula untuk merasionalkan kefahaman engkau itu dengan berkata perbuatan itu dilakukan kerana Saidina Musa terlampau marah ketika itu. 

Kefahaman ini lebih berat kerana engkau mengatakan bahawa Saidina Musa dapat ditewaskan oleh perasaan marah,sehingga melakukan perkara yang dilarang syarak,sedangkan kita dapat lihat orang-orang soleh biasa mampu mengawal marah mereka. Kefahaman sebegini amat-amat bercanggah dengan persoalan maksumnya para Nabi.

Oleh itu,cara yang benar untuk memahami ayat ini dengan betul adalah dengan kita mestilah menghimpunkan terlebih dahulu kesemua ayat dan hadith yang menyebut lafaz أَلْقَى lalu kita teliti penggunaannya.

Kita perlu lihat apakah makna lafaz ini dalam penggunaan bahasa Arab yang fasih.

Apabila kita melihat kamus-kamus utama bahasa arab,kita akan mendapati perkataan أَلْقَى membawa makna "meletakkan sesuatu dalam keadaan tenang".

Apabila kita menghimpunkan ayat Al-Qur'an yang menyebut perkataan أَلْقَى sebagai contoh ayat yang menyebutkan tentang Ibu Saidina Musa ingin menyelamatkan anaknya yang baru dilahirkan dari buruan Firaun :
وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّ مُوسَىٰ أَنْ أَرْضِعِيهِ ۖ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ .

Adakah lafaz "فَأَلْقِيهِ" di sini bermaksud "lempar dan campaklah anakmu itu ke sungai"?
Tentu sekali tidak dapat digambarkan bahawa seorang ibu yang penyayang yang ingin memastikan keselamatan anaknya akan melempar dan mencampakkan anaknya ke dalam sungai itu. 
Pastinya makna yang tepat bagi lafaz itu adalah "letakkanlah anakmu itu dengan baik di sungai.."

Kemudian Fadhilatus Syaikh menghimpun dan menyebutkan ayat-ayat lain satu persatu (sekitar 10 ayat dan hadith) yang mengandungi perkataan الإلقاء untuk menjelaskan maksud sebenar dari perkataan tersebut yang mana akhirnya membuatkan kami semua yang hadir dapat faham makna sebenar bagi lafaz أَلْقَى yang disebut dalam kisah Nabi Musa setelah pulang dari bermunajat dengan Allah tersebut.

Fadhilatus Syaikh menegaskan lagi bahawa adalah menjadi satu kesalahan yang besar apabila kita cuba mentafsir dan memahami ayat Al-Qur'an dengan berpandukan penggunaan semasa di zaman kita bagi lafaz tertentu dengan mengabaikan makna asal dalam penggunaan bahasa arab.

Sebagai contoh perkataan أَلْقَى tersebut yang biasanya diguna pada zaman kita dengan makna يرمي yakni melempar dan menghempas,sedangkan makna asalnya berlainan dengan penggunaan hari ini.

Akhirnya,Fadhilatus Syaikh menekankan 4 syarat utama dalam memahami sebarang Ayat Al-Qur'an,Hadith atau sebarang perbahasan dalam persoalan agama:

1. Mestilah menghimpunkan segala ayat dan hadith yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.
2. Mestilah berkemampuan untuk menyusun atur dan menggabungjalinkan segala dalil yang telah dihimpunkan tadi.
3. Mestilah memastikan ketepatan dalam mengeluarkan makna dari lafaz-lafaz ayat dan hadith tersebut dengan mengikuti disiplin istinbat yang betul (lughah arabiah dan usul fiqh)
4. Kefahaman yang telah dikeluarkan tadi ditimbang dan disemak pula dengan perkara teras dan pokok dalam agama juga maqasid syariah.

HafizaAllahu Syaikhana As-Syaikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari yang telah mendidik dan menunjukkan buat kami akan jalan dan cara faham untuk mendalami agama dengan benar. 
Bukan sekadar dakwaan dan semangat yang jauh dari panduan Ilmu.

Thursday, March 05, 2015

Belajar dari burung

14 Jamadil Awal 1436H
05 Mac 2015M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

...belajar dari burung...

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ ۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَـٰنُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ ﴿١٩﴾

Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.
(Al-Mulk: 19)

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ

"Akan masuk syurga suatu kaum yang hati mereka seperti hati burung".
(Hadith Riwayat Muslim)

Hati burung dikenal lembut, halus, peka , berjaga-jaga dan sangat tinggi tawakkal serta rasa takutnya pada Allah Penciptanya. Inilah hati yang dikatakan sebagai hati penduduk syurga.

Rasulullah SAW bersabda:

لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا تُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا

"Seandainya kalian benar-benar bertawakkal pada Allah, tentu kalian akan diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki. Ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali di sore hari dalam keadaan kenyang".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Al Imam Nawawi dalam Syarah Muslim menyebut:

يقول النووي - رحمه الله - في شرح صحيح مسلم: قوله - صلى الله عليه وسلم -: ((يدخل الجنة أقوام أفئدتهم مثل أفئدة الطير))، قيل: مثلها في رِقتها وضَعفها؛ كالحديث الآخر: ((أهل اليمن أرقُّ قلوبًا وأضعف أفئدة))، وقيل: في الخوف والهيبة، والطير أكثر الحيوان خوفًا وفزَعًا؛ كما قال الله - تعالى -: ﴿ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ﴾ [فاطر: 28].

وكأن المراد: قوم غلب عليهم الخوف؛ كما جاء عن جماعات من السلف في شدة خوفهم، وقيل: المراد المتوكلون، والله أعل

"(Hati mereka) seperti hati burung pada lemah lembutnya sebagaimana dalam hadis yang lain (Penduduk Yaman paling lembut dan halus hati mereka). Dikatakan juga dalam konteks hati yang dipenuhi rasa takut dan haibah. Burung adalah haiwan yang jiwanya paling takut dan khuatir (berjaga-jaga). Sebagaimana firman Allah Ta'ala (menggambarkan jiwa hambaNya) bermaksud:
"Hanyasanya yang takutkan Allah ialah hamba-hambaNya di kalangan ULAMAK".
(Fathir: 28)

Seolah yang dikehendaki dengan maksud hadis itu ialah kaum yang jiwanya dikuasai oleh rasa bersangatan khauf takut (kepada Allah) dan bertawakkal kepadaNya.

...ibrah pengajaran buat HATI yang hidup berhubung dengan penciptaNya...

Monday, March 02, 2015

Bersamanya ada hari2 yg paling indah

Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?

Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.

Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.

Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"

Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"

Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"

Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"

Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."

Ciku kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."

Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.

Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.

Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.

Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."

Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.

Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.

Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.

Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.

Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."