Wednesday, January 28, 2015

Saling mencintai kerana Allah

Mutiara Pagi ini dikirim oleh sahabatku Noraziah Harun

Rasulullah saw bersabda:
"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya.Mereka bukan para Nabi atau Syuhada'. Para Nabi dan Syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung kerana Allah."
(HR At-Tirmidzi)

Hadith ini menjelaskan bahawa
Iman terbahagi kepada lima peringkat:

🍂Pertama, Iman Taqlid:
Seseorang yang beriman dengan semua rukun iman tetapi hanya dengan mengikut orang lain.

🍂Kedua, Iman Ilmu:
Seseorang yang bekeyakinan berasaskan fikiran dan ilmu, akan
tetapi Imannya hanya berada di fikiran sahaja tetapi tidak di hati.

🍂Ketiga, Iman ‘ayan:
Seseorang yang berkeyakinan di hati. Ia mengamalkan ilmu yang
diketahuinya dgn faham dan khusyuk.

🍂Keempat, Iman Hak: Inilah iman yang sebenar. Seseorang yang beriman hak tidak dapat dilalaikan oleh nafsu dan syaitan.

🍂Kelima, Iman Hakikat: Peringkat Iman tertinggi yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasulullah, yang masuk syurga tanpa dihisab.

🍃Cara Memperoleh Iman
Ada beberapa cara untuk memperoleh iman dan mengukuhkannya. Antara cara2nya
ialah:

🌹Pertama, Melawan Hawa Nafsu: Ini hanya dapat dilakukan melalui cara berikut:
🔹Takhalli: Membuang sifat-sifat mazmumah (tercela) seperti riak, ujub, hasad dengki, pemarah, penakut, cinta dunia
dan lain-lain.

🔹Tahalli: Menghiasi hati dengan akhlak serta sifat-sifat mahmudah (terpuji) seperti jujur, ikhlas, tawadwuk, sangka baik, syukur, rajin, berani dan lain-lain.

🔹Tajalli: Hati yang terasa kehebatan Allah.

🌹Kedua, Tafakkur:
Iaitu berfikir untuk menyedarkan kita mengenai keagungan Ilahi, dengan melihat kejadian-kejadian alam serba indah serta nikmat-nikmat Allah, menginsafi dosa-dosa yang telah kita lakukan.

🌹Ketiga, Amal Soleh: Melakukan amalan soleh seperti sembahyang sunat, zikrullah, baca Al-Quran, berdoa, bermuzakarah, berpuasa sunat, berjuang, bersedekah,
bersangka baik sesama manusia, menziarahi orang sakit dan sebagainya.

🍄Perkara2 Yang Membatalkan Iman;

Tanpa kita sedari, Iman boleh terbatal melalui tiga cara berikut:

📍Pertama, Melalui I’tiqad:
Seperti meragui perkara-perkara yang disuruh beriman dengannya, sebagai contoh, meragui perkaraperkara ghaib tentang wujudnya Malaikat, Alam Barzakh dan lain-lain.

📍Kedua, Perkataan:
Bercakap sesuatu berbentuk cacian terhadap kemuliaan Islam sama ada sengaja atau tidak sengaja. Contohnya mengatakan Allah itu zalim, syariat Islam tidak sesuai untuk semua zaman dan sebagainya.

📍Ketiga, Perbuatan:
Melakukan perbuatan yang tidak
dibenarkan oleh syariat. Contohnya sujud kepada selain Allah swt.
👉Benteng-Benteng Iman:
Iman memerlukan benteng yang kukuh yang dapat menahannya
daripada terlucut daripada diri seseorang. Antara benteng penyelamatnya ialah:
👉Yakin:
Yakin terhadap semua rukun- rukun Iman dan Islam.

👉Ikhlas:
Membuat atau meninggalkan sesuatu perkara hanya kerana Allah.

👉Istiqamah:
Menyempurnakan amalan wajib serta meninggikan pangkat dan darjat di sisi   Allah swt.
                  
👉Beramal Soleh:
Melakukan amal soleh sedikit tetapi berkekalan ianya lebih baik dan berkesan daripada banyak tidak istiqamah (berterusan).

👉Mengawal Iman:
Dari gangguan nafsu dan syaitan.

👉Bertertib:
Menjaga adab, kesopanan dan kehalusan lahir dan batin dalam beramal.
🌸🌺🌸🌺🌸🌺🌸🌺

No comments: