Sunday, July 19, 2009

Sesi perkongsian pengalaman- keibubapaan




Pada 8.30 pagi – 1.00 tgh Ahad, 19 Julai 2009 (26 Rejab 1430H) mama telah dijemput oleh Persatuan penduduk Jalan Duta Mas untuk sesi perkongsian pengalaman kehidupan dalam pendidikan anak anak. Program ini dijalankan dengan kerjasama Wanita JIM Titiwangsa dengan tema "Kecemerlangan Keluarga".Tempat : Surau Al Mizan Jln Dutamas 3,Kuala Lumpur.

Topik perkongsian "CABARAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK ANAK REMAJA MASA KINI"

Antara isi kandungan sesi perkongsian ialah:

1. Ibu madrasah pertama and jadikan anak sebagai sahabat/kawan dan tips menjadi bapa yang efektif
2.Cabaran membelai anak anak 'era inteligence' selepas era ledakan informasi..
3. Tips Saidina Ali (RA)……….ajari anakmu mengikut zamannya, dan bukan dengan zamanmu.. ……….
4. Memahami zaman dari teori perubahan kelompok generasi
1946-1964-The Baby Boomers
1965-1980:Generation X
1981-1994:Generation Y
1995-2008:Generation Z,

Gen Y lahir dalam information age, Gen Z lahir dalam intelligence age,
Dikatakan inilah kumpulan manusia paling sunyi dalam sejarah. Ibubapa sangat sibuk dengan kerjaya.
youtube, facebook, My Space, YM dll. kesunyian mereka diisi dengan rakan2 maya yang sebahagian besarnya mereka tidak pernah pun bertemu.

yang sangat obses dengan komputer dan berkurung dalam rumah.Mereka bersifat berterus-terang dan suka menuntut hak mereka dalam semua perkara. Fizikal mereka mungkin tidak sekuat generasi sebelumnya kerana kurang bermain di padang. Alat permainan mereka hanya menggunakan mata, telinga dan jari. Berjaga hingga lewat malam adalah satu kebiasaan.

Dunia mereka dunia digital. Segalanya adalah pantas. Gerakan mereka laju termasuk gerakan mata. Mereka tidak berjalan tetapi berlari walaupun dalam rumah.

Peranan dan cabaran ibu bapa ialah:

MENANGANI ’DIGITAL DIVIDE’
MEMAHAMI JURANG GENERASI
MEMBINA JAMBATAN
MENIMBUS JURANG

.......
.....

macamana nak upload ceramah mama ini (dalam power point presentation) ke blog ni..

2 comments:

hood@sunny said...

perkongsian yg sanagt menarik!!

cik sempo bleh upload gne scribed by using the link below:

http://www.scribd.com/upload

looking forward for the ppt :D

nas aliff said...

salam..
sye sbnrnye da lme follow
blog neh..
menarik.

urm..mintak kebenaran nk gune ayat kt tagline tu..rase cam terkesan je kt ati neh..hrp tuan nye blog neh izinkn la k..

btw, sye student ukm..
keep blogging~