Larian Waktu terlalu pantas. Tidak terkejarkan. Ia ibarat pedang yang memotong kehidupan. Waktu yang terpotong hanya boleh diabadikan. Waktu yang diabadikan adalah tulisan kehidupan. Tulisan kehidupan mungkin dapat memberi makna, menjentik intuisi, memperkaya inspirasi,merakam masa lalu dengan kesyukuran, masa depan penuh harapan
Sunday, October 11, 2009
ilal Liqa' Bintulu
................
...........
Alhamdulillah semalam pagi 10 okt 2009 telah selesai merasmikan MPWN Wanita JIM Sarawak di Bintulu dan sempat juga menghadiri MPN JIM Sarawak yang dirasmikan oleh S/U Agong, Akh Nahar. Rasa sungguh teruja apabila berjumpa dengan akhawat –akhawat Sarawak (local) yang bercakap fasih Sarawak….
4 Daerah Sarawak, Bintulu, Kuching Utara, Kucing Selatan dan Miri menghantar perwakilan ke MPWN. Memahami keadaan Sarawak yang sgt besar wilayah taruhan, namun ke hadiran perwakilan dari 4 daerah amat membanggakan. Apa yang ‘melegakan’ ialah perwakilan yang hadir terdiri dari muka lama dan muka baru. Yang lama or senior bersemangat nak ‘groom’ alias ‘rekrut’ yang baru dan yang baru bersemangat nak mewarisi & teruskan perjuangan org yang lama( senior). Syabbas! Disamping itu aktivis nya mula menampakkan keterlibatan akhawat local (sarawakian) , bak kata YDP Ustz Saudi, ini hasil kerja keras dan usaha mentajnid orang local dalam menggerakkan JIM Sarawak, sebab orang orang senanjung sooner or later akan balik ke Semenanjung….maka orang Sarawaklah yang tinggal….
..............
Jazakallah khairan katheera kepada akhi Roslan (mr tough guy c/w Stormnya ) kerana menjemput kami di Airport Bintulu dan juga pasangan suami isteri Akh Yacop dan Haz’iah (TKW WJIM Sarawak) yang menghantar kami pulang ke airport. Dalam perjalanan sempat pula singgah dan membawa kami menjamu selera di rumah terbuka ukh Zurainah (salah seorang ahli WJIM Bintulu). Alhamdulillah masakan ‘daging hitam’ salah satu masakan daging ‘ala Sarawak sedap dan menyelarakan. Masakan selanjutnya adalah masakan ala semenanjung sebab Zurainah berasal dari Cheras yg mendapat jodoh orang Sarawak.
............
.................
Semasa saya sampai di Tadika Brilliant Kindy, ingat nya hanya sebuah Tadika yg dijalankan di bungalow, namun apabila masuk ke dalam, MasyaAllah, ia buykan setakat Tadika, ‘ its an Islamic center’ aka Pejabat JIM Bintulu, lengkap dgn dewan besar berhawa dingin, PA system and plaster ceiling lagi, canggih……. Every class room dipasang aircond ….Entah kenapa tetiba sahaja rasa tercabar, sebab Dewan di Kompleks JIM HQ pun tidak sebesar itu. Menurut ikhwah Bintulu harga renovation dewan nya lebih kurang RM20,000 (murah berbanding di KL ). Saya berkata dalam hati, hebat perjuangan dan besar pengorbanan ikhwah akhawat Sarawak ini. Dengan bilangan ahli yang sedikit mereka boleh buat kerja besar. Disamping itu mereka telah berjaya menubuhkan Maahad Tahfiz!
Tahniah kepada Pimpinan baru WJIM Sarawak yang menggandingkan muka lama dan muka baru. Tabik kepada ukhti Zahirah (zaujah Faiz Sahari) yang menjadi pengerusi majlis yang berkesan. Ana sempat usik dia , ini bakal KW Sarawak in the making! InsyaALlah.
Kepimpinan WJIM Sarawak yang dipilih diketuai oleh KW Ukh Zaiton Yusof (Kucing ), TKW Haz’iah Sahari (Bintulu) , S/U Dewi Arabi(Kucing), Bendahari Cikgu Eda (tak pasti saada Kucing or Binutulu).
Tema ucapan perasmian WJIM pada tahun ini disemua negeri termasuk Sarawak ialah :
KEARAH PENEGAKKAN SYARIAH: KESEDIAAN & PERSEDIAAN (READINESS & PREPARATION)-
KESEDIAAN KITA:
KEPIMPINAN & JURUBICARA UMAT…! Kita bertambah yakin bahwa kita tidak ada pilihan lain melainkan ‘pejuang syariah’ harus maju ke depan memimpin umat - tidak ada alasan dan waktu untuk duduk di belakang! KITA TIDAK ADA PILIHAN LAIN BUT TO LEAD
MENEGAKKANYA SYARIAH PERLUKAN ”PERSEDIAAN” DAN KEKUATAN:
• Kekuatan pendokong yang beriltizam - yg beriman,berilmu, bersedia bersama kepimpinan semasa senang atau susah –tingkatkan penambahan ahli yg komited
Kekuatan sokongan rakyat (massa) yang memahami, menerima, memilih dan memperjuangkan Islam- sebarkan fikrah & santuni rakyat- jalankan modul-modul serata negara
Kekuatan dan kemampuan membaca Waqi’e , kita mampu membaca kedudukan dan keperluan masyarakat terhadap kepimpinan baru yg boleh memimpin dan menyelesaikan permasalahan ummah menurut neraca Islam.
Maka kita jayakan PELAKSANAN RJIM2 Dengan Segala Daya Dan Upaya menghayati Surah Hud, Ayat 88 dan surah Muhamamd ayat7…Pastikan kotak kotak dan petak petak KPI kita diupdatekan dan warnakan dgn warna hijau kuning atau merah….kita semak mengapa terjadi demikian dan baiki mana yang belum dicapai
Semasa break solat zohor, sempat pula menjenguk pasar Bintulu bersama ukh Hazi’ah dan ukht Nor Azah. Alhamdulillah dapat lah oleh- oleh yang unik seperti buah “DABAI’, keropok TEBALOI dan ikan pekasam Terubok…..Kata Akhi Yacop …..nampaknya tidak sempat lah nak merasai laksa Sarawak yang tak sama dgn laksa Johor atau laksa Penang! Pada jam 4.10 petang terbang pulang meninggalkan bumi kenyalang dengan memori indah yang tidak mungkin terlupakan,……
Ilalliqa’ Bintulu,…
Jangan kamu ucapkan “selamat tinggal “ bahkan ucapkanlah “jumpa lagi(ilal liqa’). Sekiranya tidak didunia maka di Syurga Tuhan yang mempunyayi Arasy di langit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment