Mama baca berita ini terlewat, sebab setelah beberapa hari apabila ada kawan memberitahu mengenainya.
*Abdullah meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan, di Kuala Lumpur, semalam. (Berita Harian, Jumaat, 1 Ogos 2008)*
*Kenyataan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin Tentang Upacara Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan* <http://drmaza.com/home/?p=344>“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan. Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia haram tetap kerana meniru perbuatan musyrikin. Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar. Firman Allah: (maksudnya) /“Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”./ (Surah al-Anbiya 50-54)”
Apakah kezaliman yang paling dahsyat?
Membunuh tanpa hak itu zalim,
menahan tanpa perbicaraan itu zalim
Menuduh orang terhadap sesuatu yang tidak dibuatnya juga zalim
Dan orang kata buang subsidi minyak secara mengejut juga zalim.
Terasa bila kena diri sendiri.
Tetapi bila orang Islam berbuat syirik
Syirik itu benar-benar kezaliman yang (amat) besar -Luqman
Syirik adalah antara dosa yang tidak diampunkan Allah
Dengan orang-orang kafir masih kita ketemui
ayat-ayat al-Quran yang berbicara
katakanlah wahai orang-orang kafir.
Tetapi tidak dengan orang musyrik.
Perjuangan atas kertas.
Jika orang murtad ingin menulis pertukaran agama
atas dokumen resmi, ramai yang sensitif.
Tetapi jika buat terang-terang dan masuk kertas suratkhabar?
Bagaimana kita dipesungkan?Bukankah kita tahu seseorang akan sampai
di hari akhirat dengan amalan perbuatannya
bukan mykad bukan dokumen dunia tetapi
apa yang dicatatkan malaikat.
Saya ingat apabila Abrahah datang dengan tentera bergajah
mahu runtuhkan Kaabah dan merampas harta-harta penduduk Makkah
Abdul Muttalib datang berunding
minta pulangkan unta-untanya.
Kaabah? Itu Allah punya, terpulang kepadaNya.
astaghfirullah
Ayuh, berlindunglah!
Ya, Allah kami berlepas diri dari Abdullah Badawi
Kami berlepas diri dari Musa Hasan
Kami berlindung dengan Mu dari mensyirikkan Mu
dengan sesuatu yang kami ketahui
dan
Kami memohon ampun dari Mu terhadap apa yang tidak kami ketahui.
Janganlah Engkau masukkan kami dari golongan yang zalim itu.
Syirik adalah kezaliman yang besar
Zalim kepada terhadap tuhan semesta Alam.
Jika tiada manusia mahu mempertahankan Allah,
maka Allah maha perkasa dari segala dari apa yang manusia mampu lakukan.
Hukum Islam sudah jelas
Fatwa kebangsaaan fatwa negeri sudah ada.
Di mana orang yang mahu mempertahankan Islam?
Di mana letaknya muka orang Islam?
Jika bukan Islam mahu berbincang tentang hukum Islam
sangup buat bantahan.
Jika ketua Islam Hadari menzalimi Tuhan tiada tindakan.
Bukankah lebih baik belanja diberikan kepada pahlawan-pahlawan
bukan kepada batu yang tidak bernyawa.
Wahai tuhan kami janganlah engkau siksa kami
kerana kelupaan kami, ampunikanlah kami
oleh Wan Hasbullah Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment