Friday, August 29, 2008

Abai solat & mudah bersumpah boleh jadi iblis

Seorang ustaz menghantar satu email yang baik untuk dibuat renungan dan dikongsi bersama.

Beliau mengambil beberapa petikan dari buku "Tanbih al-Ghafilin" mengenai "kebudayaan bersumpah''.

"Dahulunya Iblis dapat dilihat dan bertemu secara terang terangan dengan semua manusia, maka ada seorang insan bertanya kepada Iblis: "Hai Abu Murrah (Iblis)! bagaimana caranya untuk menjadi seperti engkau? (maksudnya: untuk menjadi Iblis). Jawab Iblis: Celaka engkau! Tidak pernah ada seorang manusia yang mahu menjadi seperti aku. Bagaimana engkau boleh membuat permintaan itu?

Insan malang ini menjawab itu: "Memang saya betul-betul ingin menjadi seperti engkau".

Maka Iblis pun berkata: " Kalau engkau betul-betul ingin menjadi seperti aku, engkau lakukan dua perkara:

pertama, abaikan sembahyang

dan

kedua, jangan mengambil berat tentang sumpah (maksudnya: Selalulah bersumpah samada kamu bercakap benar atau berdusta)... .."

Dari kitab Tanbih al-Ghafilin, ms 395, (Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia)

No comments: