Saturday, August 30, 2008

Buku Terbaru bakal keluar....


Insya Allah dalam waktu terdekat ini buku mama yang terbaru akan keluar, tajuknya

Mengapa saya bekerja
lebih lanjut di sini....


Friday, August 29, 2008

Abai solat & mudah bersumpah boleh jadi iblis

Seorang ustaz menghantar satu email yang baik untuk dibuat renungan dan dikongsi bersama.

Beliau mengambil beberapa petikan dari buku "Tanbih al-Ghafilin" mengenai "kebudayaan bersumpah''.

"Dahulunya Iblis dapat dilihat dan bertemu secara terang terangan dengan semua manusia, maka ada seorang insan bertanya kepada Iblis: "Hai Abu Murrah (Iblis)! bagaimana caranya untuk menjadi seperti engkau? (maksudnya: untuk menjadi Iblis). Jawab Iblis: Celaka engkau! Tidak pernah ada seorang manusia yang mahu menjadi seperti aku. Bagaimana engkau boleh membuat permintaan itu?

Insan malang ini menjawab itu: "Memang saya betul-betul ingin menjadi seperti engkau".

Maka Iblis pun berkata: " Kalau engkau betul-betul ingin menjadi seperti aku, engkau lakukan dua perkara:

pertama, abaikan sembahyang

dan

kedua, jangan mengambil berat tentang sumpah (maksudnya: Selalulah bersumpah samada kamu bercakap benar atau berdusta)... .."

Dari kitab Tanbih al-Ghafilin, ms 395, (Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia)

Wednesday, August 27, 2008

Rumah ALlah di dunia adalah di hati kita

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan

"Aku telah menyediakan syurga untukmu. Sebelum itu aku usir syaitan dari dalam syurga itu. Namun rumah-ku di dunia adalah dihatimu. Jadi sudahkah kamu bersihkan hatimu dari selain-Ku"

(Hadist-Qudtsi)

Semak lah,muhasabah lah dan tanyalah dalam diri kita. Dalam hati kita masih kah ada atau penuh dengan "tuhan-tuhan" yang lain...seperti wang, pekerjaan, harta benda, emas permata, kekaksih yang terlalu kita impikan, ,dambakan dan cita citakan sehingga melebihi keperluan spiritual kita ?

Di bulan Ramadhan adalah saat terbaik membuat interopeksi dan muhasabah diri. Kita bersihkan hati dan fikiran kita dari semua tuhan-tuhan yg lain.

Di bulan yang penuh rahmat, maghfirah ini., kita mulakan fokus usaha dan amal kita untuk memenuhi hati kita dengan Tuhan Allah kita.

InsyaAllah, Allah akan ada di setiap hati kita dan kita tidak akan resah & gelisah saat "tuhan-tuhan" yang lain meninggalkan kita, kerana Allah TIDAK pernah meninggalkan hambanya yg mengingatNya..Subhanallah...

Selamat menjalankan ibadah Puasa...
Sama samalah kita bermaaf maafan Lahir Batin..

Wednesday, August 13, 2008

Kezaliman yang paling dahsyat....

Mama baca berita ini terlewat, sebab setelah beberapa hari apabila ada kawan memberitahu mengenainya.

*Abdullah meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan, di Kuala Lumpur, semalam. (Berita Harian, Jumaat, 1 Ogos 2008)*

*Kenyataan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin Tentang Upacara Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan* <http://drmaza.com/home/?p=344>“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan. Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia haram tetap kerana meniru perbuatan musyrikin. Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar. Firman Allah: (maksudnya) /“Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”./ (Surah al-Anbiya 50-54)”

Apakah kezaliman yang paling dahsyat?


Membunuh tanpa hak itu zalim,
menahan tanpa perbicaraan itu zalim
Menuduh orang terhadap sesuatu yang tidak dibuatnya juga zalim
Dan orang kata buang subsidi minyak secara mengejut juga zalim.
Terasa bila kena diri sendiri.

Tetapi bila orang Islam berbuat syirik
Syirik itu benar-benar kezaliman yang (amat) besar -Luqman
Syirik adalah antara dosa yang tidak diampunkan Allah
Dengan orang-orang kafir masih kita ketemui
ayat-ayat al-Quran yang berbicara
katakanlah wahai orang-orang kafir.
Tetapi tidak dengan orang musyrik.

Perjuangan atas kertas.
Jika orang murtad ingin menulis pertukaran agama
atas dokumen resmi, ramai yang sensitif.
Tetapi jika buat terang-terang dan masuk kertas suratkhabar?
Bagaimana kita dipesungkan?Bukankah kita tahu seseorang akan sampai
di hari akhirat dengan amalan perbuatannya
bukan mykad bukan dokumen dunia tetapi
apa yang dicatatkan malaikat.
Saya ingat apabila Abrahah datang dengan tentera bergajah
mahu runtuhkan Kaabah dan merampas harta-harta penduduk Makkah
Abdul Muttalib datang berunding
minta pulangkan unta-untanya.
Kaabah? Itu Allah punya, terpulang kepadaNya.
astaghfirullah

Ayuh, berlindunglah!
Ya, Allah kami berlepas diri dari Abdullah Badawi
Kami berlepas diri dari Musa Hasan
Kami berlindung dengan Mu dari mensyirikkan Mu
dengan sesuatu yang kami ketahui
dan
Kami memohon ampun dari Mu terhadap apa yang tidak kami ketahui.
Janganlah Engkau masukkan kami dari golongan yang zalim itu.

Syirik adalah kezaliman yang besar
Zalim kepada terhadap tuhan semesta Alam.
Jika tiada manusia mahu mempertahankan Allah,
maka Allah maha perkasa dari segala dari apa yang manusia mampu lakukan.
Hukum Islam sudah jelas
Fatwa kebangsaaan fatwa negeri sudah ada.
Di mana orang yang mahu mempertahankan Islam?
Di mana letaknya muka orang Islam?
Jika bukan Islam mahu berbincang tentang hukum Islam
sangup buat bantahan.
Jika ketua Islam Hadari menzalimi Tuhan tiada tindakan.
Bukankah lebih baik belanja diberikan kepada pahlawan-pahlawan
bukan kepada batu yang tidak bernyawa.
Wahai tuhan kami janganlah engkau siksa kami
kerana kelupaan kami, ampunikanlah kami

oleh Wan Hasbullah Pulau Pinang

Friday, August 08, 2008

Buku BASB dicetak kali ke 7


Buku "Bagaimana akhirnya saya bertudung" telah diulang cetak untuk kali ke tujuh....

http://bukumama.blogspot.com/2008/08/buku-mama-di-kemas-kini.html

Thursday, August 07, 2008

Usah takut miskin kerana bersedekah

Usah takut miskin kerana bersedekah

(Tersiar di Berita Harian 28 Jun 2008)

"APA itu miskin, bu? Budak-budak lain di taman kata kita miskin. Benarkah itu, bu?" tanya si anak. “Tidak, kita tidak miskin, Aiko,” jawab ibunya. “Apakah kemiskinan itu?” Aiko, si anak, bertanya lagi.
“Miskin berarti tidak mempunyai se suatu apapun untuk diberikan kepada orang lain.” Aiko agak terkejut. Oh! Tapi kita memerlukan semua barang yang kita punya, apakah yang dapat kita berikan” katanya menyelidik. “Kau ingat makcik penjual kuih yang menjaja keliling kampung ke sini minggu lepas? Kita memberinya sebahagian dari makanan kita kepadanya. Kemudian dia datang semula ke sini. Kita berikan dia tempat tidur, kerana dia tidak ada tempat untuk menginap malam itu?

“Rumah kita pun jadi sempitkan?” jawab Aiko. Tapi si ibu tidak mengaku kalah “Kan kita selalu memberikan sebahagian dari sayuran kita kepada keluarga Watari, bukan?” katanya. “Ibulah yang memberinya. Hanya saya seorang yang miskin. Saya tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada orang lain.” Si ibu tersenyum dan memberikan pandangan pada anaknya.

“Oh! engkau pun ada sesuatu. Setiap orang mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang lain. Fikirkanlah hal itu dan kau akan menemukan sesuatu.” Tidak lama kemudian, si anak mendapatkan jawapannya. “Bu! Saya mempunyai sesuatu untuk saya berikan. Saya dapat memberikan cerita-cerita saya kepada teman saya. Saya dapat memberikan kepada mereka cerita-cerita dongeng yang saya dengar dan baca di sekolah.”


“Sudah semestinya! Kerana kau pandai bercerita, seperti bapamu juga. Setiap orang senang mendengar cerita.” “Saya akan memberikan cerita kepada mereka, sekarang ini juga!” kata Aiko. Dialog itu terdapat dalam buku kumpulan kisah-kisah inspirasi Aiko and Her Cousin Kenichi.

Dialog antara ibu dan anak itu, meneguhkan sebuah kesedaran besar, bahawa setiap kita boleh memberi. Ini lebih dari sekadar sebuah kesedaran sosial. Tapi kesedaran untuk menjadikan hidup ini lebih bererti kerana dapat membahagiakan orang orang lain. Akhlak mengenai kesedaran terhadap kehidupan orang lain, dimiliki oleh qudwah yang tidak ada bandingnya, iaitu Rasulullah SAW.

Malah utusan Allah itu disebut sebagai ‘orang yang tidak takut miskin kerana memberi’. Dialah yang menanamkan prinsip menolong orang lain untuk menolong diri sendiri. Perhatikan bagaimana sabdanya, “Allah SWT selalu menolong seorang hamba, selama hamba itu menolong saudaranya.” Atau, sabdanya yang lain, “Barang siapa yang memberi kemudahan kepada saudaranya, maka Allah akan memberi kemudahan baginya di dunia dan akhirat.” Itu adalah prinsip memberi dan menerima yang ditanamkan Rasulullah SAW.

Memberi kepada sesama insan kerana kita percaya kita membuatnya untuk berlumba merebut ganjaran Allah SWT. Secara praktiknya, prinsip itu berubah menjadi memberi dan memberi. Sebab penerimaan itu tidak datang dari manusia, tetapi dari Allah SWT. Mengajak untuk prihatin dan empati, memberi bantuan kepada orang lain, menolong atau memberikan jasa, mengeluarkan infaq dan sedekah, sering kali juga menimbulkan pertanyaan, “Bagaimana saya hendak bantu orang lain? Sedangkan saya sendiri dalam serba kekurangan, malah memerlukan dari orang lain?”

Kita memang mesti ingatkan bagaimana Rasulullah SAW menanamkan nilai bersedekah ini, nilai tertinggi sedekah ialah ketika dan saat kita dalam keadaan yang sangat sulit untuk mengeluarkannya. Suatu hari, datang seorang lelaki kepada Rasulullah dan bertanya, “Ya Rasulullah, sedekah apa yang paling besar pahalanya?” Rasulullah mengatakan, “Yaitu engkau bersedekah dalam keadaan engkau sangat memerlukan, dalam keadaan engkau takut miskin dan dalam keadaan engkau bercita-cita besar mahu menjadi kaya.” - (HR. Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menjelaskan bahawa dalam situasi seseorang bertanya, “Apalah yang boleh saya bantu, kerana saya pun susah dan sangat memerlukan?” Maka rebutlah pahala dengan bersedekah walaupun sedikit. Semakin seseorang di dalam dilema antara keinginan dirinya dengan apa yang akan disedekahkan, semakin tinggi nilai sedekahnya jika benar-benar dilakukan. Kesedaran memberi kepada orang lain, tidak semestinya berupa benda, material, wang ringgit, atau bantuan yang lahiriah. Tetapi boleh saja berbentuk buah fikiran, waktu, idea bernas, dan apa saja yang memberikan bermanfaat.

Oleh Endok Sempo Mohd Tahir, AJK Wanita JIM Pusat dan boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.com