Tuesday, July 29, 2008

Tolak ramalan nasib dari horoskop bintang

Satu masa, Khalifah al-Muktashim bersiap sedia untuk berangkat ke medan peperangan.Segolongan pakar ilmu bintang peramal nasib telah menemui baginda seraya berkata:

"Tuanku! Janganlah berperang pada bulan ini kerana bintang yg tujuh dan planet yg tujuh menyaksikan bahawa tuan akan kalah dalam peperangan".

Khalifah menjawab: "Saya tidak setuju dengan pendapat dan ilmu kalian. Saya bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhamad saw adalah utusan Allah. Saya berserah diri kpd Allah, cukuplah Allah sebagai pelindungku dan Dia adalah sebaik-baik pelindung".

Khalifah dan bala tenteranya pun berangkat ke medan perang. Ketika kemenangan begitu hampir diraih oleh kaum muslimin, Abu Tammam berkata kepada golongan pakar ilmu bintangan tadi:

"Di mana kebenaran ramalan kalian, di mana kehebatan ilmu kalian, apa permainan duniawi yang menghiasi ilmu kalian...?".

Itulah janji-janji palsu, kata-kata yang penuh dengan hiasan belaka.

"Bukan sebuah ketangkasan dan bukan juga sebuah kemenangan...Sesungguhnya kemenangan ada pada hujung-hujung tombak dan pedang yang berkilauan di tangan tentera-tentera yang sentiasa siap sedia dan bukan pada gugusan tujuhbintang."

Akhirnya Khalifah Muktashim menang kerana dia membawa kalimat"Laa Ilaha Illallah' dan dia juga adalah pembela kalimat tersebut.

Nukilan dan adaptasi dari "Jalan menuju kejayaan" oleh Dr 'Aidh bin Abdullah al-Qarni.

Tuesday, July 22, 2008

Setiap hari dalam hidupmu adalah kesempatan istimewa

Mama abadikan penulisan ini dari email di mailbox mama, mama teruja dengannya, mungkin baik untuk dikongsi.

Seorang suami membuka laci tempat isterinya menyimpan baju sambil membuka kotak yang berisi pakaian sutera Itali yang mahal. "Ini, bukan bungkusan yang asing lagi". Dia hanya memandang baju sutera itu sambil berkata, matanya berkaca,


"Isteriku membelinya semasa kali kami pergi ke New York, 8 atau 9 tahun yang lalu. Dia tidak pernah mengeluarkan bungkusan ini apatahlagi memakainya. Menurut nya, dia hanya akan digunakan untuk kesempatan yang istimewa.


Suami itu kemudian meletakkan bungkusan itu berdekatan dengan pakaian yang dia pakai ketika pergi ke pusara isterinya yang baru saja meninggal.


Dia menoleh dan berkata :

"JANGAN SEKALI KALI MENYIMPAN SESUATU UNTUK KESEMPATAN ISTIMEWA, SETIAP HARI DALAM HIDUPMU ADALAH KESEMPATAN YANG ISTIMEWA !"


Percaya Atau tidak kata-kata itu akhirnya mengubah hidup seorang insan yang terlalu suka menangguh nangguh kerja atau menagguh melakukan perkara perkara yang baik! Seorang yang selalu terlepas pulang!

Inilah pengakuannya:


Sekarang aku lebih banyak membaca dan mengurangi berangan-angan seperti Mat Jenin.
Aku duduk di sofa tanpa khuatir tentang apapun. Aku meluangkan waktu lebih banyak bersama keluargaku dan mengurangi waktu bekerjaku. No more ’ workoholic’. Aku mengerti bahwa kehidupan seharusnya menjadi sumber pengalaman supaya boleh hidup, tidak semata-mata supaya boleh ‘survive’(bertahan hidup)saja.


Aku tidak berlama-lama menyimpan sesuatu. Aku menggunakan gelas-gelas cantik ku setiap hari. Aku akan mengenakan pakaian baru untuk pergi ke Supermarket, jika aku menyukainya. Aku tidak menyimpan perfum specialku untuk kesempatan istimewa, aku menggunakannya kemanapun aku menginginkannya.


Kata-kata "Suatu hari ." dan Satu saat nanti ....." sudah lenyap dari
kamusku. Jika dengan melihat, mendengar dan melakukan sesuatu ternyata
boleh menjadikannya bernilai dan berharga, aku ingin melihat, mendengar atau melakukannya sekarang.


Walaupun sesuatu perkara itu nampak kecil, namun jika aku tidak melakukannya mungkin akan aku sesali jika tidak aku lakukan, jika aku tahu waktu sudah dekat. Aku akan menyesalinya, kerana aku tidak akan lebih lama lagi melihat teman-teman yang akan aku temui, juga surat-surat yang ingin aku tulis. ….ahhh Suatu hari nanti aku akan tulis". Aku akan menyesal ! dan merasa sedih, kerana aku tidak sempat mengatakan betapa aku mencintai orangtuaku, saudara-saudaraku dan teman-temanku.

Sekarang, aku bertekad untuk tidak menunda atau menyimpan apapun yang boleh membuatku bahagia dan menikmati hidup. Dan, setiap pagi, aku berkata kepada diriku sendiri bahwa hari ini akan menjadi hari istimewa. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, adalah istimewa.

Tuesday, July 08, 2008

Minyak naik? Harus marah kepada siapa?

Sejak minyak naik mama macam orang lain juga marah marah sama Petronas, tetapi bila baca posting kawan yang membaca blog Che Det, rasa marah dengan petronas jadi sejuk sikit.

Ada juga betulnya Che Det ni. Memang sejak peristiwa 1997 dan zaman reformasi 1998 mama marah dan benci dengan Che Det. Benci dengan perangainya yang membenarkan fitnah berlaku sewenang wenangnya dan angkara politik kotor. Namun benci mama bukan kerana orang nya tetapi perjuangan yang didokongnya. Jika perjuangan nya zalim mama benci la, jika perjuangannya untuk keadilan dan untuk rakyat saya sokong. Demikian juga mama sokong Anwar kerana perjuangannya untuk rakyat nanti apabila ditakdirkan Anwar memerintah Malaysia, kemudian dia melakukan kezaliman mama akan bencinya juga. Jadi sokong seorang pemimpin bukan kerana batang tubuhnya tetapi kerana dasar perjuangan yang di bawanya, kewibawaa dan keberaniannya . Demikian juga dengan Che Det ini. Idea orang tua itu banyak juga betulnya.. Allah mencipta manusia dengan pelbagai guna dan ada juga yang melakukan pelbagai angkara untuk menguji kita semua.

Sahabat ini memberi komen penulisan Che Det,

"Beberapa fakta & konsep yang betul yang telah diceritakan oleh Che Det dalam bahasa orang awam yang lebih mudah, terutamanya yang diwarnakan kuning. Sebar & ceritakan pada yg lain. Dengan modal sebanyak RM 10 million sahaja, PETRONAS telah memulangkan semula RM 336 billion kepada Kerajaan dari 1976 - 2007.

Persoalan yang patut ditanya adalah ke mana & bagaimanakah RM 336 billion ini telah diuruskan oleh pemimpin negara ?

Kita harus ambil pengajaran dari Indonesia dengan pengurusan syarikat minyak negaranya, PERTAMINA.

- Indonesia mengeluarkan minyak lebih 3 kali ganda dari pengeluaran Malaysia..
- PERTAMINA juga pernah menjadi guru PETRONAS pada tahun 70 an.
- Tetapi dek kerana pelbagai isu (kronisma, nepotisma dll) maka PERTAMINA mengalami kerugian (menjadi liabiliti pula kepada kerajaan Indonesia) & merudum sejak lebih 15 tahun lalu & akhirnya Indonesia terpaksa menarik diri dari menjadi anggota OPEC."

......ini from Che Det's blog.......

Saya berasa amat sedih kerana ada orang menyalahkan Petronas kerana kenaikan harga minyak sehingga sanggup mengkasari beberapa pekerja Petronas yang memakai baju Petronas dan menolak-nolak mereka dalam keretapi komuter. Kenaikan harga minyak disebabkan oleh peniaga minyak antarabangsa yang menjual beli minyak sesama mereka seperti dahulu mereka menjual beli matawang negara tertentu termasuk negara kita. Terdapat maklumat yang mengatakan mereka menyewa tanker besar untuk simpan minyak menunggu kenaikan harga. Kenaikan harga yang amat tinggi mempunyai kesan negatif kepada negara seperti China dan Jepun yang bersaing dengan Amerika Syarikat dan Eropah.

Di masa yang sama pendapatan dolar yang bertimbun-timbun oleh Negara pengeluar minyak terpaksa disimpan di Amerika. Wang ini digunakan oleh Amerika untuk menampung ekonomi mereka yang menghadapi defisit dalam belanjawan negara dan defisit dalam dagangan Amerika.Kebanyakan daripada syarikat pengeluar minyak dimiliki oleh rakyat Amerika dan mereka mendapat keuntungan yang amat besar daripada penjualan peratusan minyak yang dikeluarkan oleh mereka bagi negara-negara pengeluar yang tidak mampu mengeluar sendiri. Di Malaysia juga terdapat syarikat-syarikat asing yang untung besar daripada bahagian mereka dalam perjanjian "production sharing".

Hanya di Malaysia Petronas memiliki bahagian yang lebih besar kerana kita tidak serah semua kegiatan pengeluaran kepada syarikat asing semata-mata. Industri petro-kimia juga adalah milik Petronas.Kerana Petronas terlibat secara menyeluruh dalam industri minyak ia diundang untuk mengambil bahagian dalam pengeluaran, penapisan dan lain-lain kegiatan industri minyak di 34 buah Negara.Keuntungan daripada operasi luar Negara kian meningkat dan pendapatan dibawa balik dan di miliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.Pendapatan Petronas lebih tinggi daripada jumlah cukai korporat dan cukai pendapatan Kerajaan.

Tanpa sumbangan besar daripada Petronas Kerajaan tidak akan dapat memberi subsidi minyak sama sekali.Keputusan untuk menggunakan sumbangan wang daripada Petronas untuk subsidi adalah hak Kerajaan dan bukan hak Petronas. Bagaimana dan banyak mana subsidi yang hendak diberi adalah tanggungjawab dan hak Kerajaan. Mengurang atau tidak jumlah subsidi juga ditentukan oleh Kerajaan.Walaupun Kerajaan mengganti rugi semua syarikat minyak di Malaysia kerana menetap harga minyak yang rendah daripada kos minyak, ini tidak dilakukan berkenaan harga gas.

Harga gas sekarang jauh lebih rendah daripada harga sebenar. Kerajaan memaksa syarikat penjual gas menanggung kos ini. Oleh itu hanya Petronas sahaja yang sanggup mengadakan stesen gas untuk kereta dan juga membekal gas kepada stesen jana elektrik. Tiap satu meter padu gas yang dibekal oleh Petronas untuk kereta atau stesen janakuasa, Petronas menanggung kerugian.Oleh kerana permintaan untuk gas melebihi daripada pengeluaran di Semenanjung, Petronas terpaksa beli gas dengan harga pasaran dunia. Dengan ini kerugian menjadi lebih besar.Jika lebih banyak gas digunakan, walaupun Petronas dibenar menaikkan harga gas, tetapi Petronas tetap akan rugi. Sudah tentu syarikat minyak yang lain tidak akan import dan jual gas di Malaysia. Sebagai syarikat negara Petronas sanggup tanggung kerugian. Syarikat dagang tidak akan berasa bertanggung jawab terhadap negara ini.

Penggunaan minyak dalam negara meningkat sepanjang masa. Tiap tahun hampir setengah juta kenderaan bermotor didaftar. Bangunan-bangunan pencakar langit dan bangunan rumah bertambah dengan pesat. Demikian juga industri yang mewujudkan peluang kerja kepada rakyat. Semuanya mengguna kuasa elektrik yang dijana dengan gas sebagai bahan api.

Hari ini kita keluarkan lebih kurang 650,000 tong sehari, dan kita guna 400,000 tong dalam negara. Baki 250,000 tong kita jual di luar negara dengan harga pasaran iaitu 140 Dolar Amerika se-tong bersamaan dengan RM420 se-tong.Dengan kenaikan harga minyak, subsidi untuk minyak tentu naik. Tetapi kerana kita dapat tambahan pendapatan daripada kenaikan harga jualan minyak yang kita eksport maka subsidi boleh ditambah.Tetapi jika kegunaan dalam negeri meningkat, dan ia tetap meningkat, maka eksport tentulah merosot sepanjang masa. Bertambahnya penggunaan dalam negeri bermakna lebih banyak jumlah subsidi yang diperlukan.

Lebih banyak yang digunakan dalam negeri, maka jumlah eksport tentulah merosot dan pendapatan daripada eksport juga akan merosot.Jika sampainya satu masa jumlah kegunaan dalam negeri menjadi sama dengan jumlah pengeluaran dalam negeri, maka tidak akan ada lagi pendapatan daripada eksport. Di waktu itu tidak ada wang untuk memberi subsidi lagi.Petronas saya percaya jika tidak diganggu oleh pihak tertentu untuk menguasai industri yang begitu untung ini, akan cuba mengeluarkan minyak di luar negara. Minyak ini tidak akan beri pulangan yang sebesar minyak dalam negeri. Bayaran hasil oleh Petronas kepada Kerajaan akan merosot.


Jika tidak ada sesuatu usaha dibuat sekarang, jika hanya politik yang diberi perhatian oleh Kerajaan Dato Seri Abdullah Badawi, ekonomi negara ini boleh hancur dan rakyat akan kembali jadi rakyat negara ketiga.Sementara itu kita harus fikir apakah akan jadi kepada kita jika tidak ada Petronas dengan kecekapan anggotanya dalam industri yang strategik ini.

Walaupun saya dinamakan penasihat kepada Petronas, setelah saya tidak jadi Perdana Menteri saya tidak lagi memberi apa-apa nasihat.Apa yang saya tulis ini ialah berkenaan dengan strategi Petronas yang dibentuk dahulu, yang mengambilkira masa depan industri minyak negara dan kesan terhadap ekonomi negara. Memang kenaikan harga minyak tidak diduga, tetapi ramalan kita tidak akan sebegini teruk.

Strategi ini perlu dikaji semula memandangkan kenaikan harga yang luar biasa.Strategi ini perlu mengambilkira bukan sahaja keadaan dalam negara dan keperluan mencari populariti tetapi juga keadaan di luar Negara di mana sekali lagi konsep pasaran bebas (free market) memberi peluang kepada penyangak gergasi untuk memperkayakan diri mereka di atas penderitaan yang miskin di dunia. - Che Det

Mama Vs Basikal Hikmat-to burn fat not petrol

Bila baca posting salah seorang sahabat mengenai mengubah cara hidup dek harga mintak naik, mama pun teruja dengan manfaat yang dia perolehi. Tetiba mama teringat basikal Hikmat yang lama tersadai ditepi rumah. Apa kata mama baiki dan boleh mula kayuh basikal selain jogging keliling rumah setiap pagi....siapa tahu umur mama dilanjutkan bertahun tahun lagi dalam keadaan sihat wal afiat...bukan mama nak hidup melangit tetapi biarlah hidup mama yang panjang itu tidak menyusahkan orang lain terutama anak anak. Kita namakan itu sebagai umur yang berkat, berguna kepada orang lain dan manfaat untuk diri sendiri.

Inilah posting dari nya:
" Sudah sebulan setengah saya berbasikal ke ofis. Lebih kurang 3-4 kali seminggu. 1.5 jam one way. Semalam saya gembira. Saya timbang berat badan. Saya sudah dapat mengenyahkan 5kg of fat. Alhamdulillah. No change in eating habit.I am 46 yrs old and was 95 kg before (now slightly below 90). The last time I cycle was when I was in Tingkatan 3. That was a long-long time ago! If I can do this, I'm sure lot more people younger and stronger than me can do better!

Points-to-ponder:
1. We need to educate our road users to share the road with cyclist.
2. Public bathing facilities.
3. Bicycle storage - some will use road bike costing easily RM3000 onward.
4. The more people cycle the more likely these changes will happen. Kalau cakap-cakap saja tak menjadi. Just Do It! Burn Fat Not Petrol.

Monday, July 07, 2008

Cukup lah Allah bagiku- Jangan lah bersedih wahai hati...

Seorang sahabat menghantar nasihat ini buat meredam kedukaan dan sedikit keterputus asaan. Mengapa perlu ada perasaan demikian ya....Itulah yang dinamakan manusia...

Kehidupan kita ada turun naiknya, demikian juga iman kita pula ibarat gelombang sinus (sine wave) sekejap berada ditahap maksimum dan sekejap berada di tahap minimum. ALangkah beruntungnya manusia yang berada ditahap minimum , namun hatinya sentiada mengingati ALlah dan tetap berada di jalan yang benar. Nah tulisan ini amat berguna untuk diriku yang memerlukan motivasi jiwa...

Suatu hari, seorang arab Badwi datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w katanya, "Wahai Rasulullah, adakah Tuhan itu dekat sehingga kami dapat bermunajat kepadaNya? Atau Tuhan itu jauh sehingga kami perlu menyeru kepadaNya?" Rasul terdiam hingga turunlah jawapan terus dari Allah swt berkenaan pertanyaan Badwi tadi…

Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah ayat 186)

Berpergang teguhlah dengan janji Allah ini, kerana tiada yang paling setia dengan janjinya melainkan Allah semata-mata. Allah memberikan baik dan buruk sesuatu perkara hanya atas tiga perkara:

1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya.

2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita.

3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya.

Tetapi, asal ketiga-tiga yang di atas itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi kita sehinggakan bila kita terlupa atau sengaja lupakan Dia, tidak diazabnya kita terus serta merta. Bahkan Dia berikan sedikit cubaan, supaya kita ingat kembali padaNya. Supaya kita rasakan kembali kasihNya yang melimpah-limpah, supaya kita lembut hati untuk berkasih padaNya, dan supaya kita kembali ke pangkuanNya.

Hanya Dia sahaja tempat pergantungan kita. Selama mana kita bergelar hamba kepadaNya, selagi itulah kita bergantung seratus peratus kepadaNya. Dia menjanjikan kebahagiaan dengan segala ketenangan, ketenteraman, kekuatan, kebenaran, kemuliaan dan kesucian diri apabila manusia mendekatiNya. Dia Maha Menyayangi hamba-hambaNya, walau pun jelas keingkaran hambaNya. Dia tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Dia menawarkan kasihNya di mana sahaja kita perlukan. Dia menawarkan kasihNya bila saja kita dambakan. Dan Dia menawarkan kasihNya atas apa sebab sekali pun kita pohonkan.

Oleh itu, Kenapa perlu berputus harap padaNya. Sedangkan Dia tidak pernah memandang kita dengan pandangan kebencian? Kenapa perlu merintih pada ketentuanNya sekira Dia menawarkan kebahagiaan yang sangat besar di hujung perjalanan? Kenapa perlu ragu-ragu padaNya yang tidak pernah memungkiri janjiNya kepada kita? Tanda kasihNya sentiasa ada di dalam hati kita. Rujuklah kembali kepada ayat-ayat kasihNya yang diturunkan kepada kita, nescaya di sana ada janji setiaNya untuk kita…

Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar ayat 53)

Ujian yang datang dariNya, terimalah dengan hati yang tenang. Berpautlah pada tali cintaNya dengan sekuat-kuat pautan, nescaya kita tidak akan terhempas dipukul badai dunia. Pandanglah sesuatu ujian itu dengan pandangan Allah. Letaklah Allah di hadapan kita dalam melalui sesuatu musibah, nescaya Allah meletakkan kita di hadapanNya, nescaya Allah memandang kita selamanya dengan pandangan kasihNya, nescaya Allah sejukkan hati dan jiwa kita dengan hidayahNya, dan diterangi jalan hidup kita dunia dan akhirat dengan Nur kekuatanNya.

Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah. Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi, selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu. Tanda Dia amat mengambil berat akan hal kehidupan kita. Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya. Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di hari muka, yang kita tidak pernah bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di hati.

Sebaliknya, dekatilah Allah sedekat-dekatnya. Kasihilah Allah sedalam-dalamnya. BERBUALLAH DENGAN ALLAH selalu. Bermunajatlah kepadaNya selalu. Mengadulah masalah kita padaNya selalu. Mintalah kasihNya selalu. Nescaya Dia akan sentiasa dekat pada kita. Dia akan sentiasa kasih pada kita. Dia akan selalu berbual dengan kita. Dia akan selalu mendengar munajat kita. Dia akan selalu berkongsi masalah kita. Dan yang paling penting, Dia akan sentiasa meletakkan kita sebagai hambaNya yang mulia di sisiNya.

Apalah harga dunia jika ditimbangkan dengan setitik kasih sayang Allah. Hilang nikmat dunia bila datang setitis rahmat Allah. Lebur seluruh dunia, tenggelam dalam cinta Allah. Bila manusia sudah benar-benar teguh bersama Allah, perjalanannya sentiasa tenang dan damai, hatinya sentiasa terpaut pada Allah. Kasihilah Allah sepenuh hatimu, tumpahkanlah cintamu kepadaNya seikhlas mungkin, dekatilah Allah sedekat mungkin dan cintailah Allah sehalus mungkin. Nescaya hadir nanti insan yang mendekatimu kerana kelimpahan kasihmu pada Allah, kerana keikhlasan cintamu pada Allah, kerana dekatnya dirimu dengan Allah.. ketika itu dirimu akan menjadi perantara tumpahnya kasih Allah padanya...

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. (Surah Maryam ayat 19)