Tuesday, February 27, 2007

Musafir Sukma ESQ-Part 01

MSESQ01- Curiosity killed the cat

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin dikongsi cumanya , saya tidak tahu dimanakah untuk memulakanya. Saya akan namakan penulisan bersiri mengenainya sebagai ’Musafir Sukma dalam ESQ’ .

Pada hari pertama,
Pagi itu, Jumaat 16hb February 2007 menjejak kaki di Hotel Palace of Golden Horses. Saya kesana kerana menghadiri ESQ165 Eksekutif Training Angkatan ke 4. Sebelum ini sebanyak 3 angkatan telah menjalani training yang serupa. Saya diberitahu ESQ 165 Training ini memfokus kepada memperkasa jatidiri dan pembangunan perwatakan menerusi sinergi Kecerdasan.Intelektual, Emosional dan Rohaniah. The integration of these values would contribute to increase and improvement of individual performance that would then lead to increase in productivity of the company or organization.

Sebelum hari ini, dari awal lagi, saya katakannya kepada seorang kawan yang mengajak ke program seperti itu, ”Terus terang saya nak cakap,untuk hadir ke program begini dengan bayaran sebanyak RM1380 seorang buat masa ini memang saya tidak mampu”.

Namun apabila seorang sahabat yang juga merupakan alumni ESQ, yang telah menjalani ESQ training di Jakarta dan Malaysia menjemput saya dengan percuma (dia carikan sponsor) saya tidak mampu untuk menolak. Berlebih lebih lagi saya ingin melihat dengan mata saya sendiri dan mendengar ceramah dengan telinga saya dari orang yang bernama Ary Ginanjar. Saya mengenali nama itu melalui buku best sellernya “Rahsia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual –The ESQ Way 165 dan “ESQ Power” nya yang saya beli di Jakarta pada tahun 2003 dahulu. Buku itu mengenal kan saya kepada konsep ESQ yang sebelum itu kak Su telah banyak menulis mengenainya. Tambahan pula sejak akhir akhir ini namanya menjadi buah mulut dan sebutan para pengurus HR di Syarikat yang besar besar samada di Indonesia dan Malaysia.

Perasaan ingin tahu saya terus membuak. Did curiosity kill the proverbial cat?.

However, curiosity is one of the most important aspects of life. It is through curiosity, a desire to find out something, that life promotes itself, keeps itself alive, reproduces itself, and gathers resources more effectively. A lack of curiosity can lead to a lack of life, rather than the opposite.

“Kak Endok dijemput untuk hadir ke program ini dengan harapan apabila kak endok puas hati dan rasa berkesan dengannya kak endok boleh berkongsi dengan rakan rakan JIM yang lain. Manalah tahu ada perkara baik yang boleh dipelajari oleh JIM dalam penyampaian dakwah yang lebih berkesan”.

Tidak hairanlah apabila tiba dikaunter pendaftaran, ‘nametag’ saya telah siap tertulis nama dan organisasi yang saya wakili iaitu JIM. Terima Kasih JIM kerana nama itu membawa rezki percuma untuk kak endok menghadiri satu training program yang sangat bermakna sekali, ie ESQ. Sekali lalu kebanyakan yang hadir pada hari itu adalah pegawai-pegawai yang dihantar oleh majikan masing masing seperti Petronas, para doktor pakar HKL, Pegawai PUSPAKOM, Pengurus HR dari syarikat besar lain dan para pengurus Jualan Lansung dari seluruh Malaysia. Individu yang datang dengan ongkos sendiri boleh dibilang dengan jari.


No comments: