1) Minda mempunyai pengaruh yg besar kpd diri individu.
Mengikut sebuah kisah, suatu masa dahulu, seorang hartawanmengadakan majlis kenduri di rumahnya.Semasa tetamusedang asyik menjamu selera, tiba-tiba tukang masak membisikkansesuatu kpd tuan rumah. Secara spontan, tuan rumah menghimpunkanorang yg hadir dan menjelaskan bahawa tukang masak terbubuh racun tikus dalam makanan yg dihidangkan dan meminta maaf kerana perbuatanyg tidak disengajakan itu.Tiba-tiba, para hadirin menyerbu ke tandas kerana secara spontanberasa loya, sakit perut dan doktor dipanggil. Akhirnya, diketahuibahawa tuan rumah salah faham. Rupa-rupanya tiada sebarang racun yg dimasukkan ke dalam makanan. Lain yg dicerita oleh tukang masak,lain pula yg difahami oleh tuan rumah. Hadirin menarik nafas legadan ramai yg sebentar tadi berasa loya dan sakit perut mulamerasa sihat dan segar kesan dari maklumat yg baru mereka terima.(7 formula Individu Cemerlang oleh Dr Danial).2) Dalam al-quran terdapat banyak ayat yg menceritakan keadaansebenar umat Islam. Mereka sebenarnya adalah umat terbaik jika mengikutpertunjuk Tuhan. Mereka juga digesa jangan mengalah dengan keadaan persekitaran apabila mereka ditimpa kesusahan dan kesempitan. Lihatlah,renunglah dan tadaburlah ayat berikut, semoga kita kenal siapa kitadan siapa dibelakang kita. Maksud firman Allah:"Dan janganlah kamu lemah dan jangan pula berduka cita, sedangkankamu orang-orang yang lebih tinggi jika kamu orang-orang beriman."(Ali-Imran:139)3) Semoga ayat ini lebih mempengaruhi minda kita daripada maklumatsalah yg telah mempengaruhi minda hadirin yg hadir dalam majlis makanseperti kisah di atas.
Ahmad
No comments:
Post a Comment