Pagi ini mama terbangun lambat sedikit, 5.39am itupun setelah mendengar deringan telefon Ustz Zul, suami Dr Har, seharusnya bertolak dari rumah Jannah di Ukay Perdanan pukul 5.30am. Tak lama kemudian Wan Uji menelefon dah sampai mana ?..he hehe...baru nak bersiap. Tolong tunggu, jangan tinggal daku. Ok wan uji akan tunggu di depan Shell dekat Tamn Sri Ukay. Setelah siap mandi dan berpakaian, mama kejutkan Aalaa untuk menemani mama bertemu konvoy mereka. Wan Uji dengan suaminya (W.A.N) yang memandu Etsima, Roha, Mala, bertolak ke KLIA untuk menghantar Roha dan Jannah dalam Misi Kemanusian Aceh 2. Roha dan Jannah mewaikili wanita dalam misi ke dua ini. Jannah, Sheareza, Halifah menaiki kereta Halipah. Faridah and Dr Sahrim dan keluarga dengan kereta mereka sendiri. Jannah dah jalan dulu. WAN memandu sangat laju. Singgah sebentar di Shell Bandar Tasik Selatan untuk mengambil barangan kiriman Dr Har untuk anak anak Yatim Aceh. Yang cantiknya buahtangan satu beg kertas itu dibuat sendiri oleh anak anak Dr Har, Shifa' (12thn) dan Syamil (7).
Sampai di KLIA tepat 7.00 pagi. Belum ada yang sampai. Ada lebih kurang 10 kotak dan 5 beg yang memuatkan barangan sumbangan dari wanita JIMyang akan dibawa ke Aceh . Termasuk kelengkapan solat wanita, Tudung tudung dan tuala serta selimut. Barang -barang mainan dan gula gula dan cokelat yang siap dengan ucapan " Jangan berduka' sumbangan Anfaal.
Tak lama sampai beberapa sisters yang lain, Siti Hajar dengan ibunya, Faridah dengan anak gadisnya, Faridah isteri Mohd Yusof, Zuraidah (Dr Hafizi's wife).
Akhirnya semua ahli team mission sampai yang diketuai oleh Dr Hafizi (Naib Pres) bersama 3 lagi yg lain Nash, Aidil, Harun. Turut menghantar untuk mengucapkan selamat jalan ialah AJK JIM international Azhari Kadir(Ketua), Zun Arif, Zairul (TimPres sempat menyerahkan semua topi dan vest yang siap dengan logo misi Tsunami dan JIM). Dr Sahrim, Mohd Yusof, dua orang anak remaja Dr Hafizi. Ada tambahan kotak sumbangan , menjadi 13 kotak 10 beg semuanya.
Akhi Azhari sempat menunjukkan vest, topi dan 'bunting' misi kemanusian Aceh ke 2 . Vest Presiden berlengan panjang, lain lain semuanya sleeveless. Presiden dah jalan dulu, vest nya datang kemudian. Sempat mengadakan sesi bergambar bersama team mission selepas check in.
Selepas mereka hilng dari pandangan beredar pulang ke pejabat. Samapi ke pejabat 9.30am
No comments:
Post a Comment