Friday, February 04, 2005

Jom beramai ramai ke KLIA-mengucapkan ....bye bye

Apabila Dr Har called, rasa terpanggil untuk menghantar Roha dan jannah berlepas ke Aceh di KLIA. Tanpa berlengah mama poskan emel untunk ajak kawan kawan sama sama meramaikan saff menghantar mereka:
emel amma berbunyi begini:

JOM beramai ramai ke KLIA esok pagi- mengucapkan selamat kepada srikandi WJIM
Salam,
Roha dan Jannah (Srikandi Wanita JIM) bertolak ke Aceh dari KLIA pada 8.30 pagi Sabtu, 5 hb Feb dan balik semula ke KLIA on 13 Feb jam 10.30 pagi.
Mereka adalah lambang kesetiaan, kebersamaan dan pengorbanan kaum wanita JIM dalam semua Misi Keperihatian dan kepedulian JIM. Kini Misi Aceh memanggil
Kita untuk menyumbang bakti. ALhamdulillah mereka berdua telah dipilih oleh Allah.
Kita pula bagaimana? Inginkah kita tumpang pahala, barakah dan syafaat mereka?
JOM mari beramai ramai menghantar mereka, mendoakan untuk mereka dan mengucapkan selamat jalan dan kembali.
Gembirakanlah hati mereka.
.Kalau boleh kita berkumpul dan berjumpa di KLIA sebelum check in. Dalam pukul 7.00 pagi.
Bagi yg berdekatan dengan Ampang Jaya/Gombak ‘convoy’ akan bertolak dari rumah Jannah pada pukul 5.30 pagi di alamat di ukay perdana:
.......................
...........
- Bayangkan sedang meniup dua jari di mulut ibarat seruling jihad seperti dalam filem : “ Lion of the desert’, semasa Umar Mukhtar akan bertolak ke medan!-

No comments: