Saturday, February 19, 2005

Hari ini Hari Asyura -10 Muharram

Hand phone berbunyi begini "Kak Uda, puasa kah hari ini?"
Jawapan: "Ohhh...adak! Kenapa hari ni kan hari sabtu?"
"Hari ni kan hari Asyura!....tak ingat ke?"
Aduhai, kenapa tak peringatkan semalam?
tak per lah..buat macamana dah lupa....
Kak ngah kata dia nak cukur kan rambut baby nya kemudian nak timbnag rambutnya untuk dinilai beratnya dengan bera timbangan emas, harga timbangan itu dibelanjakan untuk diebrikan kepada fakir miskin?...
Hmm..kalau sempat boleh lah buat....
Jadi apakah signifikant hari Asyura?

10 Muharram terkenal dengan nama Hari Asyura’. Menurut riwayat, hari Asyura’ ini adalah hari kejayaan dan kemengangan para rasul dan beberapa nabi yang terdahulu terhadap musuh-musuh mereka. Kita seharusnya mengambil tauladan pada hari itu kerana Allah telah menjadikannya sebagai sejarah kebangkitan dan kejatuhan sesuatu umat dari abad ke abad untuk menjadi iktibar dan pelajaran bagi umat-umat yang akan datang. Juga sebagai satu gambaran antara orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang engkar. Hal itu ditegaskan secara umum dalam Al-Quran, sepertimana firmanNya dalam surah Ali Imran, ayat 140:
Artinya: Hari-hari kemenangan ini, Kami (Allah), pergilirkan antaramanusia, supaya jelas oleh Tuhan orang-orang yang beriman itu, dan dijadikan sebahagian daripadanya menjadi kesaksian-kesaksian (syuhada’). Dan Tuhan tidak menyukai orang-orang yang zalim.

Banyak terjadi peristiwa-peristiwa penting di Hari Asyura yang mempunyai nilai-nilai perjuangan. Sebahagian daripadanya dikisahkan dalam Al-Quran adalah kisah Nabi Musa a.s, kemenangan Nabi Nuh a.s dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada umatnya supaya mengambil nilai-nilai rohaniah dari peristiwa-peristiwa tersebut. Tetapi bukan dengan merayakannya dengan cara-cara yang tidak mengikut syarak. Jadikannya sebagai hari untuk meningkatkan ibadah dan amal. Di antaranya dengan berpuasa pada Hari Asyura’ itu. Keistimewaan berpuasa pada bulan Muharram itu dijelaskan dalam satu hadith Rasulullah s.a.w:

Puasa yang paling mulia sesudah bulan puasa Ramadhan ialah bulan Muharram. (Hadith riwayat Muslim).

Puasa bulan Muharram itu ialah puasa pada Hari Asyura’ seperti yang ditegaskan lebih terang dalam satu hadith yang lain:

Puasa hari Asyura’ menghapuskan dosa setahun yang telah lalu-(Hadith riwayat Muslim).

Oleh karena hari Asyura’ ini hari yang mulia, maka Islam menganjurkan agar kita membuat kebajikan kepada fakir miskin, kaum keluarga, khasnya anak-anak sendiri yang membuatkan mereka merasa bahagia dan gembira. Ajaran ini dijelaskan dalam satu hadith yang menyatakan:

Barang siapa yang melapangkan jiwa dengan memberi hadiah-hadiah kepada anak cucu dan keluarganya pada hari Asyura’, nescayaAllah akan memberikan kepadanya kemudahan rezki sepanjang tahun itu-(Hadith riwayat Al-Baihaqi).

Semoga Allah memberikan kita taufik untuk melakukan amal soleh yang diredhainya. Amin…..

Friday, February 18, 2005

Complete guide on tsunami

Found the complete guide and report on tsunami ...

..try this link http://http://www.drgeorgepc.com/Tsunami2004Indonesia.html

Malam tadi majlis solat hajat yang semarak dan ramai

Alhamdulillah ramai yang datang ke halaqah malam tadi. Majlis dimulai pukul 9.55pm dengan solat Isya kemudian tazkirah mengenai hijrah dan perubahan oleh Pak Uda. Diikuti dengan dengan solat hajat, baca yasin (untuk memudahkan sesgala urusan), baca 41 kali Surah al Waqi'ah(murah rezki).... Oleh kerana ada lebih kurang 22 orang hadir, maka seorang hanya perlu baca 2 x sahaja. Antara yg hadir, Pak long D & Mak Long Ani dgn Adam, Sara dan Idris, Mak long Ina dengan Pie, Udin & Aspa & anak2Nasyrah dan Naurah, Rahim & Diana&Najwa, Adak & Hidayah, Oteh & ALong Nadia dan Ila, Zalie, Bangah, Abg Uda, Aala....Sayang razi dan isterinya tak datang sebab isterinya kurang sihat, tak apalah pengantin baru!
semoga hari ini dijalani dengan berkah dari Allah....

Thursday, February 17, 2005

Bersangka baik membawa bahagia

Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
.........
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu
kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan
yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita
melihatnya.
"Tegakkn Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas
bumi kamu"Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.

Sunday, February 06, 2005

Ahad yang menceriakan...

Bangun pepagi lagi...Aalaa dah keluar dengan kelisa nya pergi jogging di taman tasik titiwangsa dengan kengkawannya.

Selepas solat dan membaca Al Ma'thurat, terasa perlu buat strectches dan a bit of exercise, jogging around the house.

7.30am, terima SMS daripada ROHA :

"Kami kat Lambaro di posko PKS. Dekat dah dgn Aceh. Setakat ini semua sihat, Alhamdulillah. Tlg sampaikan berita ini kpd keluarga Dr Hafidzi, akh Hamdy, akh Nash, Ukhtie Jannah dan akh Aidil. Teruskan doa utk kami. Jzkk.
Note: 'POSKO=pos komander'

Selepas penat lari keliling rumah, buat gardening sikit, pruning some roses and bunga melati , rearanggging few pots, penuhkan corner sebelah car porch dengan pepokok biar nampak green and fresh, berat juga terasa sakit pinggan nih...ok lah panggil bibi tolong ...sehingga pukul 9.30a,m. Kejutkan papa (katanya nak baca Qur'an dulu...lama nya mama tunggu tak turun turun rupanya dia terlena..biasak lah papa tu...) untuk meracun pokok gergasi belakang rumah dengan racun yang paling power. This is the 2nd time. First time pokok tu gugurkan daunya buat seketika tetapi itu dua minggu dulu, selepas dua minggu hujan panas hujan pans, daun daun berhenti gugur dan pelik daun daun baru mula tumbuh la...ha..may be pokok tu kena diracun sekali lagi...pakai tangga lah papa...

Rushing mandi dan solat zuhr untuk prepare to attend meeting kelab kelas darjah 6 Umar.
Berbagai program untuk anak anak kelas 6 umar, terutama persediaan untuk UPSR. Keceriaan kelas perlu di beri perhatian penting.

Lepas asar, papa , bangah, banguda, Menghantar 'car seat' yg terpakai ke workshop Demanz Garage, tyre cover...etc



Saturday, February 05, 2005

Selamat berbakti di Aceh wahai pahlawan & serikandi

Pagi ini mama terbangun lambat sedikit, 5.39am itupun setelah mendengar deringan telefon Ustz Zul, suami Dr Har, seharusnya bertolak dari rumah Jannah di Ukay Perdanan pukul 5.30am. Tak lama kemudian Wan Uji menelefon dah sampai mana ?..he hehe...baru nak bersiap. Tolong tunggu, jangan tinggal daku. Ok wan uji akan tunggu di depan Shell dekat Tamn Sri Ukay. Setelah siap mandi dan berpakaian, mama kejutkan Aalaa untuk menemani mama bertemu konvoy mereka. Wan Uji dengan suaminya (W.A.N) yang memandu Etsima, Roha, Mala, bertolak ke KLIA untuk menghantar Roha dan Jannah dalam Misi Kemanusian Aceh 2. Roha dan Jannah mewaikili wanita dalam misi ke dua ini. Jannah, Sheareza, Halifah menaiki kereta Halipah. Faridah and Dr Sahrim dan keluarga dengan kereta mereka sendiri. Jannah dah jalan dulu. WAN memandu sangat laju. Singgah sebentar di Shell Bandar Tasik Selatan untuk mengambil barangan kiriman Dr Har untuk anak anak Yatim Aceh. Yang cantiknya buahtangan satu beg kertas itu dibuat sendiri oleh anak anak Dr Har, Shifa' (12thn) dan Syamil (7).

Sampai di KLIA tepat 7.00 pagi. Belum ada yang sampai. Ada lebih kurang 10 kotak dan 5 beg yang memuatkan barangan sumbangan dari wanita JIMyang akan dibawa ke Aceh . Termasuk kelengkapan solat wanita, Tudung tudung dan tuala serta selimut. Barang -barang mainan dan gula gula dan cokelat yang siap dengan ucapan " Jangan berduka' sumbangan Anfaal.

Tak lama sampai beberapa sisters yang lain, Siti Hajar dengan ibunya, Faridah dengan anak gadisnya, Faridah isteri Mohd Yusof, Zuraidah (Dr Hafizi's wife).

Akhirnya semua ahli team mission sampai yang diketuai oleh Dr Hafizi (Naib Pres) bersama 3 lagi yg lain Nash, Aidil, Harun. Turut menghantar untuk mengucapkan selamat jalan ialah AJK JIM international Azhari Kadir(Ketua), Zun Arif, Zairul (TimPres sempat menyerahkan semua topi dan vest yang siap dengan logo misi Tsunami dan JIM). Dr Sahrim, Mohd Yusof, dua orang anak remaja Dr Hafizi. Ada tambahan kotak sumbangan , menjadi 13 kotak 10 beg semuanya.

Akhi Azhari sempat menunjukkan vest, topi dan 'bunting' misi kemanusian Aceh ke 2 . Vest Presiden berlengan panjang, lain lain semuanya sleeveless. Presiden dah jalan dulu, vest nya datang kemudian. Sempat mengadakan sesi bergambar bersama team mission selepas check in.

Selepas mereka hilng dari pandangan beredar pulang ke pejabat. Samapi ke pejabat 9.30am

Friday, February 04, 2005

Jom beramai ramai ke KLIA-mengucapkan ....bye bye

Apabila Dr Har called, rasa terpanggil untuk menghantar Roha dan jannah berlepas ke Aceh di KLIA. Tanpa berlengah mama poskan emel untunk ajak kawan kawan sama sama meramaikan saff menghantar mereka:
emel amma berbunyi begini:

JOM beramai ramai ke KLIA esok pagi- mengucapkan selamat kepada srikandi WJIM
Salam,
Roha dan Jannah (Srikandi Wanita JIM) bertolak ke Aceh dari KLIA pada 8.30 pagi Sabtu, 5 hb Feb dan balik semula ke KLIA on 13 Feb jam 10.30 pagi.
Mereka adalah lambang kesetiaan, kebersamaan dan pengorbanan kaum wanita JIM dalam semua Misi Keperihatian dan kepedulian JIM. Kini Misi Aceh memanggil
Kita untuk menyumbang bakti. ALhamdulillah mereka berdua telah dipilih oleh Allah.
Kita pula bagaimana? Inginkah kita tumpang pahala, barakah dan syafaat mereka?
JOM mari beramai ramai menghantar mereka, mendoakan untuk mereka dan mengucapkan selamat jalan dan kembali.
Gembirakanlah hati mereka.
.Kalau boleh kita berkumpul dan berjumpa di KLIA sebelum check in. Dalam pukul 7.00 pagi.
Bagi yg berdekatan dengan Ampang Jaya/Gombak ‘convoy’ akan bertolak dari rumah Jannah pada pukul 5.30 pagi di alamat di ukay perdana:
.......................
...........
- Bayangkan sedang meniup dua jari di mulut ibarat seruling jihad seperti dalam filem : “ Lion of the desert’, semasa Umar Mukhtar akan bertolak ke medan!-