Iktibar dari pemergian Allahyarhan Tok Guru
Hari ini hari kedua mama ditahan di wad Cardiac Rehabilitation Ward (CRW) kerana low blood pressure & low sugar level.
Hari ini rasa ok sikit, nurse tanggalkan drip sekejap agar mama boleh mandi dan gosok gigi kemdian ganti persalinan.
Sambil baring2 di katil ma baca hp dan baca msg dari wasap grup.
One of them, sahabat forwarded msg ini melalui wasap dari ustaz nik umar.
Secara peribadi, saya mendapat iktibar dari kematian Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertama, cara hidup kita di dunia adalah gambaran kehidupan kita di akhirat. Jika selama hidup di dunia fokus kita adalah Allah dan rasulNya, maka dengan izinNya, apabila beralih kehidupan akhirat, perjalanan menuju Allah jadi mudah dan lapang.
Kedua, dakwah adalah membina hubungan dengan manusia. Jelas politik Tok Guru bukan politik peribadi tetapi semata-mata politik dakwah. Beliau membina empayar persahabatan merentasi politik, agama dan bangsa. Di hari kematiannya, orang yang berbeza dengannya boleh datang dari jauh, tanpa paksaan dan tanpa bayaran apapun. Tetapi kerana hormat dan sayang padanya.
Ketiga, bila kita menjaga hak Allah SWT, Allah jaga keaiban kita. Allah SWT angkat darjat kita. Siapakah yang menjentik hati puluhan ribu yang datang menziarahi jenazahnya? Siapakah yang menjentik hati ratusan ribu yang menyebut-nyebut kebaikannya? Siapakah yang menyebabkan air mata kita mengalir saat diberitakan kematiannya? Sedangkan dia bukan ayah saya, sedangkan dia bukan ahli keluarga saya? Masya Allah. Tok Guru sangat menjaga solat jemaahnya. Dalam siri ceramahnya, tidak ada yang tidak dikaitkan dengan tauhid. Semuanya ada Allah Swt. Allah yang mengangkat martabatnya di hari akhirnya.
Keempat, anak-anak adalah aset akhirat. Tok Guru meninggalkan aset akhiratnya yang ramai. Sekolah dan surau di tepi rumahnya adalah saham akhiratnya yang luas.
Kelima, sesungguhnya kelapangan bagi seorang Mukmin adalah selepas kematian. Sesungguhnya, kerehatan bagi seorang Mukmin adalah kuburnya. 84 tahun usia Tok Guru dan seluruh umurnya di jalan fisabilillah. Bacalah perjalanan hidupnya, umur 9 tahun sudah bertalaqi kitab.
Keenam, kesakitan adalah pengampunan dosa bagi seorang Mukmin. Dengan penyakit kanser yang dideritai Tok Guru, insha Allah itulah yang memadamkan kesalahan dan dosa yang tidak terlepas bagi seorang manusia biasa. Dia kembali pada Pencipta dengan pengampuanan dosa-dosanya, insha Allah.
Ketujuh, semoga cinta kami kepada akhlaknya akan menyebabkan kami meneladani kebaikan dan cara hidupnya. Cara hidup berlandaskan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment