Wednesday, July 04, 2012

FROM BROKEN HEART TO TRANQUILITY

Sukacita dimaklumkan bahawa WIRDA (Association For Women’s Initiatives For Reseach Development And Advancement) dengan kerjasama WANGI (Persatuan Kakitangan Wanita Teknologi, UTM) dan Raudhah Islamic Events akan mengadakan program Talk Show bertajuk:
“From A Broken Heart to Tranquility” pada ketetapan seperti berikut:


Tarikh : 14 hb Julai 2012

Masa : 8.30 pagi- 5.30 petang

Tempat : Dewan Centrum (Aras 5), JALAN SETIAWANGSA 13

Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur



3. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan perlatihan untuk menangani permasalahan hidup dan mengubah diri menjadi lebih positif. Kehadiran speaker berpengalaman seperti Profesor Dr. Rozieta Shaary, Puan Suria Mohd dan Puan Hajah Fauziah Ramly bakal membimbing wanita-wanita ini mengubah episod duka yang dilalui mereka kepada perubahan diri yang cemerlang. Program ini akan diserikan dengan persembahan istimewa daripada Hafiz Hamidun melalui zikir terapi diri yang amat sesuai bagi mencapai ketenangan jiwa (nafsu muthma’innah).

4. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung urusan dan operasi RUMAH WIRDA, iaitu sebuah rumah perlindungan untuk wanita yang menjadi mangsa rogol, penganiayaan, penderaan dan keganasan rumahtangga. Selain daripada itu, RUMAH WIRDA juga menerima kes-kes gangguan seksual, ibu tunggal dan anak-anak yang terpinggir.


5. Walaubagaimanapun, penghuni-penghuni rumah ini terpaksa dipindahkan setelah kontrak penyewaan ditamatkan. Buat sementara waktu, penghuni-penghuni terpaksa ditumpangkan di rumah-rumah sukarelawan. Justeru itu, pihak sukarelawan WIRDA sedang berusaha keras untuk mengumpul dana bagi mendapatkan rumah perlindungan baru yang lebih lengkap dengan fasiliti bagi menampung keperluan seharian para penghuni.


6. Bagi mencapai tujuan program ini, dengan ini kami memohon penajaan meja dari pihak YB Dato’. Penajaan meja adalah untuk wanita wanita teraniaya, golongan susah dan mualaf. Untuk makluman, tiket penyertaan atau penajaan adalah seperti berikut:


• RM290 untuk seorang

• Diskaun 10% untuk penyertaan 5 orang berkumpulan

• RM2500 bagi satu meja (10 orang)


7. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak sekretariat, Cik Balqis Ismail di talian 03-41085128 atau melalui emel wirda.central@gmail.com.


8. Bersama-sama ini saya sertakan flyer berkenaan program talk show tersebut. Kerjasama dan sokongan YBhg Dato’ adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

BAYARAN BOLEH DI BANK IN KE AKAUN : WIRDA, ACC NO : 1211-3010-0434-29
SILA FAXKAN RESIT ATAU BANK IN SLIP   KE FAX NO: 03-41075237

TERIMA KASIH.
SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA


No comments: