Beberapa minggu lepas mama hadir Ceramah khas Syeikh Dr Mahmoud Ezzat , Naib Mursyidful am yang telah diadakan pada Ahad 29 Januari 2012 bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiasaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, Shah Alam. Beliau menyampaikan tajuk “Ikhwanul Muslimin di Era Baru” di hadapan lebih 2,000 hadirin. Beliau mengupas empat aspek; risalah yang diperjuangkan IM, sifat asasi IM, sejarah IM dan perkembangan revolusi dan pilihanraya umum Mesir.
Namun apa yang paling mama ingat ialah ungkapan yang di petik dari kata-kata Sayyid Qutb dalam bukunya yang mama tidak ingat apa nama nya.
“Sebenarnya kata kata kita, ungkapan-ungkapan kita ibarat patung, tanpa nyawa, kosong tanpa ‘semangat’ atau ruh, sehinggalah kita mati kerana kata-kata tersebut. Pada ketika itu kata-kata kita akan hidup, memancar sinar dan memberi makna. Kata kata itu akan terus hidup, seolah olah kita hidup kembali.
"Indeed our words will remain lifeless ,
barren, devoid of any passion, until we
die as a result of these words, whereupon
our words will suddenly springs to life
and live on amongst the hearts that are
dead,ringing them back to life as well.."
Tetiba mama teringat serangkap ayat Al Quran yang bermaksud;
‘Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
MasyaALlah Sayyid Qutb telah membuktikan kata-kata nya di tali gantung Presiden Mesir pada masa Jamal Abdul Nasser. Setelah beliau syahid kata-katanya dalam buku buku yang ditlus nbya terus hidup memberi makna kepada kita umat Islam, pencinta Islam dan dakwah.
No comments:
Post a Comment