Friday, June 12, 2009

Majlis penyampaian cek skim bantuan galakan hafazan al quran 2009






Alhamdulillah, semalam,11 Jun mama dan papa menenami Hikmat untuk menerima cek RM3000 dari unit baitul mal MAIWP. Cek ini merupakan bantuan galakkan hafazan Al Quran untuk kategori hafazan 30 juz bagi setengah tahun pertama 2009. Skim ini memberikan RM6000 setahun, RM3000 setiap enam bulan apabila disabitkan hafazan 30 juz nya. Tahinah kepada Hikmat kerana telah berjaya mengekalkan hafazan 30 juz setiap kali diadakan ujian hafazannya. Keep it up!


Skim ini menyediakan 4 skim bantuan:

1. Kategori Hafazan 5 juz diberikan RM1000
2. Kategori Hafazan 10 juz diberikan RM2000
3. Kategori Hafazan 20 juz diberikan RM5000
4. Kategori Hafazan 30 Juz diberikan RM6000


Menurut Menteri yang berucap di majlis itu, skim ini telah dimulakan sejak tahun 2006 oleh MAIWP dengan bilangan hauffaz permulaannya hanyalah berjumlah 37 orang dan kini setelah 3 tahun bilangan huffaz yang telah disabitkan penghafazannya telah meningkat kepada 103 orang.

Hari ini seramai 103 huffaz menerima skim bantuan berbagai kategori, 23 orang menerima kategori 1, 27 orang menerima kategori 2, 10 orang kategori 3 dan 43 orang kategori 4. wah!!! kategori 4 ini paling ramai yang disabitkan hafazan 30 juz!. MasyaAllah....

Sesiapa sahaja boleh mendapat bantuan galakkkan ini, tidak mengira samada lelaki atau perempuan, tua atau muda, imam atau makmum, sesiapa sahaja yang menunjukkan kesungguhan untuk menghafaz silakan daftarkan diri dan hadir di dalam majlis sabitan hafazan yang diadakan setiap 6 bulan sekali. Next progrm akan diadakan dalam bulan Ramadhan. Insyaallah.

Hanya hubungi MAIWP.

No comments: