Penulisan ini dibuat sebelum Tsunami melanda negara. Namun nurani Mama merasa resah tidak menentu mungkin bersebab, antaranya kerana setiap hari TV mengiklankan count down "Perayaan tahun Baru di KLCC" setiap beberapa minit. Mama tahu berbagai aktiviti yang bergelumang maksiat akan terjadi. Apalah daya mama untuk menghalang nya. Namun ditulis juga artikel ini, mungkin untuk menyediakan jawapan apabila di tanya oleh Allah di Yaumul Makhsyar, "Apakah yang telah Mama lakukan untuk menghalang pesta bercampur maksiat ini terjadi? Sekurang kurangnya Mama ada jawapan, bahwa Mama yang kerdil ini telah menulis mengingatkan mereka tentang keburukan perayaan tahun baru berasaskan hedonisma ini.
Tulisan ini disiarkan oleh Berita Harian dalam kolumn Wadah Wanita Islam, 29 Disember 2004
http://coretan2ku.blogspot.com/2004/12/golongan-bijak-hargai-masa-beruntung.html
----------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment