PUASA 6 VS OPEN-HOUSE
Majlis rumah terbuka adalah satu adat kebiasaan umat Islam di Malaysia. Ia sering menimbulkan konflik apabila yang dijemput ingin melakukan puasa enam, apatah lagi wanita yang perlu mengqadhakan puasa Ramadhannya. Di bawah dibawakan hadis-hadis berkaitan dan fatwa ulama berkaitan hal ini.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وقَالَ زُهَيْرٌ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى طَعَامٍ وَهُوَ صَائِمٌ ، فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian dijemput untuk makan sedangkan dia berpuasa, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa.
[Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, Bab al-Soim Yud’a Littho’am, hadis no: 1947]
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيُجِبْ فَإِنْ كَانَ صَائِمًا ، فَلْيُصَلِّ ، وَإِنْ كَانَ مُفْطِرًا ، فَلْيَطْعَمْ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian dijemput, hendaklah dia memenuhi jemputan itu. Jika dia berpuasa, hendaklah dia berdoa, jika dia tidak berpuasa, hendaklah dia makan.
[Sahih Muslim, Kitab al-Nikah, Bab al-Amr bi Ijabati ad-Da’I ila Da’wah, hadis no: 2493]
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، أَنَّهُ قَالَ : ” صَنَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا فَأَتَانِي هُوَ وَأَصْحَابُهُ ، فَلَمَّا وُضِعَ الطَّعَامُ , قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ : إِنِّي صَائِمٌ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : دَعَاكُمْ أَخُوكُمْ وَتَكَلَّفَ لَكُمْ ، ثُمَّ قَالَ لَهُ : أَفْطِرْ وَصُمْ مَكَانَهُ يَوْمًا إِنْ شِئْتَ “
Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Aku menyediakan makanan untuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda dan sahabat-sahabatnya datang kepada aku. Apabila makanan telah dihidangkan, salah seorang daripada mereka berkata: Sesungguhnya aku berpuasa. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Saudara kalian telah menjemput kalian dan bersusah payah untuk kalian. Lalu baginda berkata kepada lelaki itu: Berbukalah, dan gantilah pada hari lain jika engkau mahu.
[Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Kitab al-Jumu’ah, Jumma’u Abwabi Zakati al-Fitr, hadis no: 7723. Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari berkata: Isnadnya hasan]
Berdasarkan kesemua di atas, dapat kita simpulkan:
1- Puasa sunat boleh dibatalkan jika ada jemputan makan
2- Mana yang lebih afdhal? ia bergantung kepada keadaan, adakah puasanya kita itu akan menyakitkan hati tuan rumah atau tidak. Jika ia menyakitkan hati tuan rumah, maka lebih elok berbuka, jika tidak, lebih elok teruskan puasa.
3- Jika kita meneruskan puasa, hendaklah kita mendoakan tuan rumah.
4- Hal ini juga perlu melihat situasi yang dijemput. Jika dia seorang wanita, dia perlu mengqadhakan puasa Ramadhannya, kemudian melakukan puasa enam, jika dia tetap membatalkan puasa enamnya, ditakuti dia tidak sempat melakukan puasa enam kerana akan tamat bulan Syawal atau haidhnya akan datang lagi.
5- Sebagai umat Islam, kita perlu sedar, puasa enam adalah sunnah dalam bulan Syawal, tidak wajar kita berkecil hati jika ada tetamu kita tidak makan kerana mereka berpuasa. Open-house adalah adat dalam hari raya, puasa enam adalah sunnah, tidak wajar kerana adat kita mendesak orang lain meninggalkan sunnah.
6- Open-house realitinya sering menjemput ramai orang, jadi tiada masalah jika kita tidak memakannya apatah lagi jika situasi wanita haidh yang sudah disebutkan.
Untuk membaca fatwa ulama dalam bab ini, sila klik ini berikut --> http://alkahfi.com.my/adab-adab-berhari-raya/
No comments:
Post a Comment