Tuesday, July 28, 2015

Membetulkan cara pandang

MEMBETULKAN CARA PANDANG

Nabi isa a.s melihat bangkai seekor anjing yang mati di padang pasir. Sahab-at-sahabatnya menutup hi?dung malah ada yang loya dengan keadaan mata anjing yang hampir pecah, isi perut yang terburai..!

Akan tetapi Nabi isa berkata,

"ALANGKAH PUTIHNYA GIGI ANJING ITU..!"

Sahabat-sahabatnya menegur bagaimana Nabi isa boleh berkata demikian? Lalu Nabi isa menjawab,

"AKU SEDANG BELAJAR MELIHAT KEBAIKAN DAN KECANTIKAN DI DALAM KEBURUKAN..!"

Semoga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam diri seseorang waima MUSUH KITA sekalipun. InsyaAllah! Hati kita akan bertambah senang dan tenang..!

Jadilah seperti LEBAH..! Walaupun hidup di dalam lautan sampah, BUNGA juga yang dicarinya..!

Janganlah jadi seperti LALAT..! Walaupun hidup di taman yang indah, SAMPAH jua yang dinantinya..!

Semoga ikatan kita sesama insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, irihati dan benci-membenci ..!

"SEKIRANYA KITA MELIHAT SESUATU YANG BURUK PADA ORANG LAIN
IA ADALAH CERMINAN UNTUK DIRI KITA..!

KERANA HANYA ORANG YANG 
HATINYA BERSIH, SELALU MELIHAT KEBAIKAN PADA ORANG LAIN..!"

Sunday, July 26, 2015

RELUNG KEHIDUPAN

Madah dari seorang sahabat....

RELUNG KEHIDUPAN

Waktu sedang "di puncak", kita merasa ramai teman di sekeliling kita,

Waktu sedang "Berkuasa", kita percaya diri boleh melakukan apa saja,

Waktu sedang "Tak Berdaya", barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada,

Waktu sedang "Jatuh", kita baru sedar selama ini siapakah teman yg memperalat dan memanfaatkan kita,

Waktu sedang "Sakit", kita baru tahu bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta yang kita ada,

Waktu kita"Miskin", baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walaupun seringgit  dan saling membantu sesama manusia,

Masuk "Usia Tua", baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah SWT yang belum ditunai, banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke rumah Allah SWT,

Saat "di Ambang Ajal", kita baru sedar ternyata begitu banyak waktu yg kita buang sia-sia,

Hidup tidaklah kekal selamanya,
sudah saatnya kita harus berusaha bersama-sama membuat hidup lebih berharga,
saling menghargai, saling menghormati, saling membantu dan saling memaafkan.

Jadilah insan setia tanpa syarat,
tunjukkanlah bahwa anda masih mempunyai hati nurani yg tulus, jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah sesama manusia,
jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yg ditabur itulah yang akan dituai,
Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar,
namun ketahuilah bahwa Allah SWT selalu memberi pelangi di setiap badai, senyum di setiap air mata, rahmat dan berkat di setiap usaha,
dan jawaban di setiap doa.

Jangan pernah menyerah ,
teruslah istiqamah beribadah,
kerana..
hidup ini terlalu indah.. .

Hidup di dunia bukanlah kekal selamanya,
melainkan sebuah persinggahan sementara,
Indahnya hidup bukan karena ramainya orang mengenal kita, namun berapa ramai orang yang bahagia mengenal kita.

Semoga coretan ini bermanfaat,
perkara yang lepas terlalu jauh untuk digapai,
kerana hari ini, esok dan hari- hari seterusnya
belum pasti untuk kita yang selalunya alpa,
namun yang pasti Malaikat Izrael tak pernah lupa menjemput kita bila tiba waktu dan ketikanya.. .

Tuesday, July 21, 2015

PUASA 6 VS OPEN-HOUSE

PUASA 6 VS OPEN-HOUSE

Majlis rumah terbuka adalah satu adat kebiasaan umat Islam di Malaysia. Ia sering menimbulkan konflik apabila yang dijemput ingin melakukan puasa enam, apatah lagi wanita yang perlu mengqadhakan puasa Ramadhannya. Di bawah dibawakan hadis-hadis berkaitan dan fatwa ulama berkaitan hal ini.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وقَالَ زُهَيْرٌ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى طَعَامٍ وَهُوَ صَائِمٌ ، فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian dijemput untuk makan sedangkan dia berpuasa, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa.

[Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, Bab al-Soim Yud’a Littho’am, hadis no: 1947]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيُجِبْ فَإِنْ كَانَ صَائِمًا ، فَلْيُصَلِّ ، وَإِنْ كَانَ مُفْطِرًا ، فَلْيَطْعَمْ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian dijemput, hendaklah dia memenuhi jemputan itu. Jika dia berpuasa, hendaklah dia berdoa, jika dia tidak berpuasa, hendaklah dia makan.

[Sahih Muslim, Kitab al-Nikah, Bab al-Amr bi Ijabati ad-Da’I ila Da’wah, hadis no: 2493]

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، أَنَّهُ قَالَ : ” صَنَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا فَأَتَانِي هُوَ وَأَصْحَابُهُ ، فَلَمَّا وُضِعَ الطَّعَامُ , قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ : إِنِّي صَائِمٌ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : دَعَاكُمْ أَخُوكُمْ وَتَكَلَّفَ لَكُمْ ، ثُمَّ قَالَ لَهُ : أَفْطِرْ وَصُمْ مَكَانَهُ يَوْمًا إِنْ شِئْتَ “

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Aku menyediakan makanan untuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda dan sahabat-sahabatnya datang kepada aku. Apabila makanan telah dihidangkan, salah seorang daripada mereka berkata: Sesungguhnya aku berpuasa. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Saudara kalian telah menjemput kalian dan bersusah payah untuk kalian. Lalu baginda berkata kepada lelaki itu: Berbukalah, dan gantilah pada hari lain jika engkau mahu.

[Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Kitab al-Jumu’ah, Jumma’u Abwabi Zakati al-Fitr, hadis no: 7723. Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari berkata: Isnadnya hasan]

Berdasarkan kesemua di atas, dapat kita simpulkan:

1-     Puasa sunat boleh dibatalkan jika ada jemputan makan

2-     Mana yang lebih afdhal? ia bergantung kepada keadaan, adakah puasanya kita itu akan menyakitkan hati tuan rumah atau tidak. Jika ia menyakitkan hati tuan rumah, maka lebih elok berbuka, jika tidak, lebih elok teruskan puasa.

3-     Jika kita meneruskan puasa, hendaklah kita mendoakan tuan rumah.

4-     Hal ini juga perlu melihat situasi yang dijemput. Jika dia seorang wanita, dia perlu mengqadhakan puasa Ramadhannya, kemudian melakukan puasa enam, jika dia tetap membatalkan puasa enamnya, ditakuti dia tidak sempat melakukan puasa enam kerana akan tamat bulan Syawal atau haidhnya akan datang lagi.

5-     Sebagai umat Islam, kita perlu sedar, puasa enam adalah sunnah dalam bulan Syawal, tidak wajar kita berkecil hati jika ada tetamu kita tidak makan kerana mereka berpuasa. Open-house adalah adat dalam hari raya, puasa enam adalah sunnah, tidak wajar kerana adat kita mendesak orang lain meninggalkan sunnah.

6-     Open-house realitinya sering menjemput ramai orang, jadi tiada masalah jika kita tidak memakannya apatah lagi jika situasi wanita haidh yang sudah disebutkan.

Untuk membaca fatwa ulama dalam bab ini, sila klik ini berikut --> http://alkahfi.com.my/adab-adab-berhari-raya/

Friday, July 17, 2015

Balik kg dlm al Quran...

From my dear sister,
[7/17, 5:53 PM] Wahibah013: Cerita balik kampung ada juga di dalam al-Qur'an😭😭

(يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ * فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ * فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا * وَيَنْقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا * وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ * فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا * وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا * إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ مَسْرُورًا * إِنَّهُ ظَنَّ أَنْ لَنْ يَحُورَ * بَلَىٰ إِنَّ رَبَّهُ كَانَ بِهِ بَصِيرًا)
[Surat Al-Inshiqaq 6 - 15]

6⃣ Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
7⃣ Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
8⃣ Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan
9⃣ Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita
🔟 Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
1⃣1⃣ Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya
1⃣2⃣ Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang
1⃣3⃣ Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
1⃣4⃣ Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
1⃣5⃣ (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
[7/17, 6:02 PM] Wahibah013: 🆘Golongan yang beriman menerima kitab catatan amalnya dengan tangan kanan, melalui proses penghisaban dengan mudah dan bertemu dgn ahli keluarganya dengan penuh kegembiraan di kampung syorganya.
🆘Golongan yang mengingkari perintah Allah dan  kebenaran akhirat, leka berseronok dgn ahli keluarganya yang juga ingkar mengingkari Allah akan menerima kitab catatan amalnya dengan tangan kiri dan akan tersiksa menderita di kampung nerakanya...
🆘 اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخطك والنار

1 syawal 1436 H

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Tazkirah Syawal

01 Syawal 1436H

Sebahagian salaf menyebut:

ليس العيد لمن لبس الجديد ، إنما العيد لمن طاعاته تزيد

ليس العيد لمن تجمل باللباس و الركوب ، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب

Bukanlah hari raya itu pada orang yang memakai pakaian baru, tetapi sebenarnya hari raya itu adalah bagi orang yang ketaatannya bertambah.

Bukanlah hari raya itu bagi orang yang kelihatan cantik pada pakaian dan kenderaan, tetapi hari raya itu sebenarnya adalah bagi orang yang telah diampunkan baginya segala dosa.

Imam Hasan Al-Basri rahimahullah  berkata;

كل يوم لا يُعصى الله فيه فهو عيد

Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya.

اللهم أعد علينا رمضان أعواما عديدة.

Ya Allah! Pertemukan lagi kami akan Ramadhan.

`Eid Mubarak...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H dengan ucapan:

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.

Thursday, July 16, 2015

Green hari raya

✨ SALAM AIDILFITRI 🌟

*Kongsikan pesanan ini kepada rakan-rakan*

👀 TIPS RAYA HIJAU 🍃

1) CERMAT URUS MAKANAN
🌀 Masak 🍲 dan makan secukupnya dan sekadarnya. Usah membazir. 🙏

🌀 Didik ☝tetamu agar tidak membazir.  Nanti anda kena masak banyak kali sebab makanan habis dibuang 👎 bukan habis dimakan! 😭

🌀 Elak guna pinggan cawan 🍴 pakai buang. Jika mahu guna juga, pilih yg kertas berbanding polistiren ♻.

🌀 Bungkus 🍱 makanan yg lebih. Makan sendiri atau sedekah pada yg memerlukan👍.

2) PENGGUNAAN KENDERAAN & PERJALANAN
🌀 Rancang perjalanan dan elak jalan sesak 😉. Ini akan menjimatkan petrol, masa dan kurangkan pencemaran udara 💭.

🌀 Kongsi kenderaan bila hendak jalan beraya 🚘. Bukan shj menjimatkan, malah mengeratkan silaturrahim 💞

🌀 Jika rumah hendak dikunjungi dekat, boleh jalan kaki🚶atau naik basikal 🚲. Lebih sihat dan menyeronokkan.

3) URUS SAMPAH DENGAN BAIK
🌀 Sampah akan bertimbun 😱terutama semasa rumah terbuka. Didik diri dan tetamu utk kutip, buang dan asing sampah. Jika tidak anda akan penat mengemas! 😅

🌀 Semasa dlm kereta 🚗, sediakn bungkusan utk sampah. ☝INGAT Jangan buang sampah dari kenderaan anda.

👍 Mari sama-sama didik diri dan anak-anak 👪 utk menjaga alam bersama-sama... 🌾

Dari kami ✌ PERTUBUHAN ALAM SEKITAR SEJAHTERA MALAYSIA (GRASS) 😃
Fb: Grass Malaysia

Wednesday, July 15, 2015

Pesanan emak menjelang aidulfitri

PESANAN DARI  MAK@MAK MERTUA kepada ANAK, MENANTU dan CUCU-CUCU jika balik beraya :

1⃣
Mak bukan org gaji yg kena sediakan juadah utk korang anak beranak..

2⃣
Mak bukan org gaji yg nak kena kemas tempat tido korang anak beranak..

3⃣
Rumah mak bukan 'TAMAN PERMAINAN'.. jadi kawal anak masing-masing..

4⃣
Mak bukan isteri perdana menteri yg ada simpanan berjuta utk sponsor makanan raya kpd korang anak beranak....

5⃣
Mak bukan ada kedai dobi layan diri utk basuh segala cadar yg ditinggalkan lepas raya nanti. Pandai2 lah cuci dulu sebelum balik kerumah masing-masing...

6⃣
Rumah mak bukan dewan parlimen, dimana ipar duai, biras miras nak kecik2 hati sesama sendiri....

7⃣
Rumah mak bukan 'HOTEL'.... diulang HOOTELLL..., MAK taulah korang dah bagi duit raya..... jadi SURUH bini masing-masing ringan²kan diri utk tolong keja di dapur..

8⃣
Jagalah aurat di rumah mak. Masa ni ipar duai biras miras yg bukan mahram pun ada...

9⃣
Jaga pergaulan antara anak2 kamu semua dgn sepupu mereka....ingat sepupu lelaki dan perempuan bukan mahram...

Last... Yg ke 🔟
Rumah mak ni bukan studio gambar ye....jadi janganlah sibuk nak selfie atau rakam gambar famili di pagi2 raya sampai terlupa nak ziarah rumah jiran2....

Yang ikhlas....

MAK dan MAK MERTUA
korang!!!

Saturday, July 11, 2015

Malam Al Qadar

Malam Al Qadar

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri.

Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri.

Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar.

Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail.

Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.

Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu.

Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat.

Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya.

Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu.

Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin.

Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.

Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar.

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya.

Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk.

Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah.

Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu.

Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.

Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan.

Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa?

Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu.
Bantulah kami, kasihanilah kami,  sayangilah kami… Jangan KAU pinggirkan kami drp anugerah dn naunganMu... امين...امين...امين

Renungilah semuga dapat dihayati.

Tuesday, July 07, 2015

Ramadhan kareem

AMALAN TERBALIK 👎 VS
AMALAN TERBAIK 👍

👎 kita berebut penuhkan turn
moreh setiap malam Ramadhan,
👍 sedangkan pahala menjamu
orang berbuka puasa yg lebih
ganjarannya.

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

👎 kita beriya sedekah angpow
di pagi Syawal,
👍 sedangkan pahala sedekah yg
berlipat ganda adalah di bulan
Ramadhan.

🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺

👎 kita beriya meraikan anak2
yatim hanya sepanjang bulan
Ramadhan,
👍 sedangkan mengusap kepala
anak yatim sudah mendapat
pahala setiap masa dan ketika.

🌷🍀🌷🍀🌷🍀🌷🍀🌷

👎 kita berpusu-pusu memenuhi
saf-saf taraweh,
👍 sedangkan pahala solat 5
waktu berjemaah adalah 27 kali
ganda.

🌵🌴🌵🌴🌵🌴🌵🌴🌵

👎 kita melatih anak2 kita
berpuasa ketika mencecah 7
tahun,
👍 sedangkan yg disuruh
Rasulullah s.a.w ialah melatih
anak2 bersolat ketika umur 7
tahun.

💙💜💚💙💜💚💙💜

👎 kita berpusu2 ke masjid pada
10 malam pertama Ramadhan,
👍 sedangkan 10 malam terakhir
adalah kemuncak Ramadhan yg
amat bermakna.

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂

Nampak??

TERBALIKKAN AMALAN KITA!!
JOM MUHASABAH..
SEMOGA RAMADHAN KALI INI
LEBIH BERMAKNA..

Wednesday, July 01, 2015

Yang ada hanyalah cahaya

Kisah menarik

Seorang profesor yang Atheis berbicara dalam Sebuah kelas fizik.

Profesor: "Apakah Allah menciptakan segala yang ada?"

Para mahasiswa: "Betul! Dia pencipta segalanya."

Profesor: "Jika Allah menciptakan segalanya, berarti Allah juga menciptakan kejahatan."

(Semua terdiam. Agak kesulitan menjawab hipotesis profesor itu).

Tiba-tiba suara seorang mahasiswa memecah kesunyian.

Mahasiswa: "Prof! Saya ingin bertanya. Apakah dingin itu ada?"

Profesor: "Pertanyaan macam apa itu? Tentu saja, dingin itu ada."

Mahasiswa: "Prof! Dingin itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin sebenarnya adalah ketiadaan panas.

Suhu -460 degree Fahrenheit adalah ketiadaan panas sama sekali. Semua partikel menjadi diam. Tidak boleh bertindak pada suhu tersebut.

Kita menciptakan kata 'dingin' untuk mengungkapkan ketiadaan panas ya.

Selanjutnya! Apakah gelap itu ada?"

Profesor: "Tentu saja ada!"

Mahasiswa: "Anda salah lagi Prof! Gelap juga tidak ada.

Gelap adalah keadaan di mana tiada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari. Sedangkan gelap tidak boleh.

Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk mengurai cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari panjang gelombang setiap warna.

Tapi! Anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur melalui berapa besar intensiti cahaya di ruangan itu.

Kata 'gelap' dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan cahaya.

Jadi! Apakah kejahatan, kemaksiatan itu ada?"

Profesor mulai bimbang tapi menjawab juga: "Tentu saja ada."

Mahasiswa: "Sekali lagi anda salah Prof! Kejahatan itu tidak ada. Allah tidak menciptakan kejahatan atau kemaksiatan. Seperti dingin dan gelap juga.

Kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan Allah dalam dirinya.

Kejahatan adalah hasil dari tidak hadirnya Allah dalam hati manusia."

Profesor terpaku dan terdiam!

Dosa terjadi kerana manusia lupa hadirkan Allah dalam hatinya..

Hadirkan Allah dalam hati pada setiap saat, maka akan selamatlah diri kita..

Itulah IMAN..

SESUNGGUHNYA DOSA ITU LAHIR SAAT IMAN TIDAK HADIR DALAM HATI KITA..

Fikir akan solusi dan zikir untuk terus meraih MARDHATILLAH